RAKAN PEJUANG

16 December 2010

PEMBANGKANG DAH SEMAKIN BIADAB DAN KURANG AJAR.






DENGAN MENGGUNAKAN KALIMAH DEMOKRASI, MEREKA TERUS MEMBELAKANGKAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DEWAN.  BILA DIGANTUNG DARIPADA MENGHADIRI SIDANG, PEMBANGKANG MULA MEMBUAT PELBAGAI TUDUHAN JAHAT TERHADAP KERAJAAN. 

JANGAN SALAHKAN ORANG JIKA KITA DIHUKUM. MEMANG MEREKA ADA NIAT UNTUK MENGANGGU DEWAN DENGAN JERIT PEKIK MACAM ORANG KURANG SIUMAN. NAK BERCAKAP, BERCAKAP DENGAN BERHEMAH DAN BERSOPAN. BUKANKAH KAMU SEMUA ITU PEMIMPIN PARTI? ITU SEBAB TIDAK KETERLALUAN JIKA ANAK SUFI MENYATAKAN BAHAWA PENGIKUT2 PEMBANGKANG INI BERSIKAP KURANG AJAR DAN BIADAB KERANA PEMIMPIN YANG SUMBANG WATAKNYA.
DEWAN PARLIMEN ADALAH DEWAN UNTUK MEMBAHASKAN MASALAH RAKYAT DAN DASAR NEGARA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT. BUKAN UNTUK MENCARI PUBLISITI DAN BUKAN UNTUK MENCIPTA SUASANA YANG MENGELIRUKAN YANG BOLEH DIJADIKAN ISU OLEH PEMBANGKANG UNTUK MELIHAT BURUKNYA PENTADBIRAN KERAJAAN. SESIAPA SAJA PUN, JIKA BERADA DI TEMPAT DUDUK TAN SRI PANDIKAR AMIN AKAN BERTINDAK MENGGUNAKAN KUASANYA UNTUK KENTENTERAMAN AHLI PARLIMEN YANG LAIN. 

PERKARA YANG BELUM DIBAWA KE DEWAN UNTUK DIBAHASKAN TIDAK BOLEH DIJADIKAN ISU UNTUK DIBINCANG SECARA TERBUKA SEBAGAIMANA YANG DIBUAT OLEH PEMIMPIN PEMBANGKANG TERSEBUT. JANGAN KERANA MEREKA SANGKA MEREKA DAH BERJAYA TUMBANGKAN BEBERAPA NEGERI BERMAKNA MEREKA BOLEH LAKUKAN SESUKA HATI TANPA MENGHORMATI ORANG LAIN. 

SINONIM DENGAN NAMA SEBAGAI PEMBANGKANG
INI LAH PERILAKU BIASA MEREKA

SUDAH MENJADI TREND PEMBANGKANG TERPEKIK TERLOLONG MENGGANGGU PERJALANAN DEWAN SEPERTI BERLAKU DI DUN PERAK DAN PARLIMEN.  ANAK SUFI SANGAT BIMBANG DENGAN PERLAKUAN PEMIMPIN PEMBANGKANG INI YANG MUNGKIN AKAN MENJADI IKUTAN ANAK-ANAK MUDA KITA KELAK. BILA PERLAKUAN INI DITIRU, MAKA IA AKAN BOLEH MEMBENTUK BUDAYA DALAM MASYARAKAT YANG MENGHASILKAN MASYARAKAT BIADAB. 




PASTINYA KITA TIDAK MAHU ANAK CUCU KITA MEMBENTUK PERSONALITI YANG CELARU DAN PERLAKUAN YANG BIADAB SEBEGINI. OLEH ITU, WAHAI PEMIMPIN PEMBANGKANG, TOLONGLAH JANGAN MENUNJUKKAN PERLAKUAN BURUK SEBEGINI KERANA PERLAKUAN ANDA DITONTON OLEH GENERASI KITA. BIARLAH KITA BERTINDAK SECARA PROFESIONAL BUKAN MENENTANG SECARA SAMSENG JALANAN YANG AKHIRNYA MERUGIKAN NEGARA DAN RAKYAT!



2 comments:

Groom said...

Alah...kalau pembangkang kena gantung, dikatanya Demokrasi Hitam,...abis bila Pakatan Haram di Selangor dan Penang gantung YB BN mcm Dato' Azhar kat Penang tu, demokrasi apa pulak tu? Hitam? Merah? Kelabu? atau Pink? (opss..pink warna gay mcm Anwar Gay)..heee

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! atas nama kebebasan dan keadilan..janganlah berperangai biadap.. kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!