RAKAN PEJUANG

10 May 2014

MENTERI DICIUM 2 ORANG GADIS MANIS!!!!!!! MASALAH BESAR UNTUK UMNO????

SALAM PERJUANGAN...

Apa nak jadi dengan menteri pertahanan ni? AS letih tengok menteri ni. Sudah lah tak habis-habis berdiri depan wartawan, tak jemu-jemu memberikan perkembangan tentang MH370, sekarang ni ada isu lain pulak yang menteri ni buat. Ada saja. Setengah orang makin besar jawatan makin sombong, makin membesar diri, tapi menteri ni makin sibuk, makin dikenali, makin hebat di mata dunia, semakin tak jaga status pulak. Aduh, kenapa menteri ni ambil penerbangan kelas ekonomi?


Anwar Ibrahim yang tak ada duit tu pun (kononnya) naik jet peribadi yang disewa untuk dia. Nanti orang kata menteri UMNO sengkek tak macam ahli pembangkang yang ada gaya bermewah dengan kereta buatan orang putih dan jet mewah.

KERETA RASMI GUAN ENG

Satu lagi yang pelik, bukan ke menteri ni dah ada anak isteri tapi kenapa membenarkan dua orang gadis manis mencium  dia? Kiri kanan pula tu! Ni lah masalah menteri ni. Baik sangat, merendah diri, mesra dan dalam masa yang sama tegas mengurus konflik. Memang masalah besar ni! 

Masalah kepada pencacai pembangkang! Hahahahaaaaaaaaaaa

Tahniah le DS. You are the best!

14 comments:

Anonymous said...

Sentiasa turun ke bawah merasai denyut nadi rakyat.

Anonymous said...

Pembangkang selalu kata Hishamuddin ni elit. Padahal cara hidup Nuar Brahim jauh lebih elitis

Unknown said...

Bakal PM Msia ... Hishamuddin is the best

Anonymous said...

dulu aku tak sukan kamu , skrg aku puji gaya kamu
jgn hunus keris tapi senjata

Anonymous said...

Mudah mudahan Hishamuddin dapat mengekalkan sikap dan caranya . Ini politik baru, anak muda sukakan kesederhanaan

Unknown said...

Cara dan gaya DS Hishamuddin tak pernah berubah. Semoga diberkati danm dapat memimpin kita selepas DS Najib

Anonymous said...

Cara Hishamuddin yang membuatkan orang ramai berkenan dengan beliau.... memang nampak keikhlasan

Anonymous said...

Amboiiii, senyum lebar Hisham... senang hati sgt tu...

Anonymous said...

Comel je gambar yang last skali tu...budak2 pun suka dengan DS Hisham ni

Anonymous said...

Memahami jiwa rakyat... proud of u Hisham

Anonymous said...

Kesederhanaan yang ditonjolkan oleh Datuk Seri ini lah yang membuatkan orang ramai bukan sahaja golongan tua, muda malah kakak2 pun suka

Anonymous said...

Tak lama da ni... Hishamuddin bakal PM Malaysia

Anonymous said...

Jika diteruskan dengan cara yang mcm ni, memang boleh p jauhlah DS Hisham ni...

Anonymous said...

Mcm mana rakyat tak makin sayang & mengharapkan DS Hishamuddin untuk menjadi PM Malaysia 1 hari nnt kalau mcm ni la beliau punya gaya mesra dengan semua org.