RAKAN PEJUANG

20 March 2014

HEBAT TUAN!!!!

SALAM PERJUANGAN...

Hari ni AS nak menulis khusus untuk memberikan kredit yang sangat tinggi kepada DS Hishamuddin Tun Hussein yang telah menunjukkan jati diri yang sangat tinggi sebagai anak dan cucu kepada pemimpin negara iaitu Dato Onn Jaafar dan Tun Hussein Onn. Ketokohan kedua pemimpin negara kini jelas terbukti diwarisi oleh DS Hisham. 

Bukan mudah untuk mengemudi dua kementerian dalam satu masa. Alangkan nak mengawal dua anak pun susah inikan pula dua kementerian yang besar. Tambahan pula Kementerian tersebut adalah Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan yang kini dalam masa yang sama sedang berkait dalam kehilangan misteri MH370. Saban hari DS Hisham berhadapan dengan beratus media termasuk media asing yang pastinya ada yang celupar dan kurang ajar dengan pertanyaan yang tidak masuk akal. Bukan semua orang boleh berhadapan dengan kemelut yang sebegini kompleks. Tidak semua orang mampu untuk berdiri dan berdepan dengan wartawan asing seluruh negara untuk mendapatkan maklumat dan adakalanya memberi soalan yang jika DS Hisham tidak mampu mengawal keadaan, pasti rahsia negara juga akan turut terbongkar. Namun DS Hisham mampu menjawab dengan berhemah setiap pertanyaan walaupun AS lihat ada soalan yang sangat berkait rapat dengan teknikal pesawat. Terjahan yang bertubi-tubi daripada wartawan media dalam dan luar negara yang dilalui setiap hari dan ditambah dengan kritikan mereka yang berniat jahat terhadap keselamatan negara pastinya memerlukan ketahanan mental dan emosi yang tinggi. 


AS tak kisah jika ada yang kata AS cuba mengampu DS Hisham tapi apa yang AS tulis ini adalah kerana kekaguman AS terhadap DS Hisham yang sangat bijak dan matang dalam berdepan dengan kes  ini. Ini bukan pandangan AS seorang sahaja tetapi kebanyakan rakan-rakan yang AS jumpa turut memberikan pandangan yang sama terhadap kewibawaan DS Hisham. 

Negara ini telah melakukan yang terbaik untuk mencari MH370. Kementerian Pengangkutan belum pernah mengalami masalah yang sebegini kompleks seperti apa yang dialami oleh DS Hisham sebagai menterinya. Begitu juga dengan Kementerian Pertahanan yang terpaksa menggunakan aset negara untuk dikerahkan mencari kapal terbang tersebut. Cabaran yang dihadapi oleh DS Hisham ini adalah ketentuan Allah untuk menguji hamba-Nya. Lihatlah hikmah disebalik musibah. 

Teruskan perjuangan DS Hishamuddin. Allah dan seluruh rakyat Malaysia bersama Dato Seri. 

Pemimpin Hebat - Memahami perasaan seorang ayah kepada penumpang MH370

23 comments:

Anonymous said...

Salam,
Tahniah. Membina dalam kesukaran

Anonymous said...

Salam saudara,
Terima kasih kerana menulis artikel ini. Saya orang UMNO, saya bangga dengan pemimpin saya.

Anonymous said...

Aku pun bangga gak. Orang Melayu boleh handle benda macam ini, kira hebatlah.

Anonymous said...

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL. SAYA DAPAT LIHAT KESUKARAN HISHAMUDDIN DAN PARA PEGAWAINYA. SAYA HARAP MEREKA SABAR DAN TERUSKAN USAHA. MUDAH MUDAHAN ALLAH BERIKAN PETUNJUK.

Anonymous said...

Raspek Datuk Hishamuddin dengan team dia.

Anonymous said...

Saya orang Singapura juga kagum dengan cara penyampaian Hishamuddin. Sekalung bunga buat Hishamuddin. Yang lain harus ambil public speaking course.

Anonymous said...

Kepada semua Kerajaan Malaysia dan pegawai yang terlibat dalam operasi SAR, sekalung TAHNIAH buat anda

Saya ingin memetik sebuah doa yang diambil dari ayat suci Al-Quran dalam merungkai segala kekusutan "Surah Al-Fath, Ayat 1 hingga 4". Amalkan sepanjang pencarian anda

Berusaha, berdoa dan tawakal. Kepada Allah jua kita berserah

Anonymous said...

Biar dituduh biar dicela biar bertongkat paruh namun tetap berjuang wpun dalam susah dan payah.

Semoga Allah memberi petunjuk dan semoga pencarian ini berakhir dengan jawapan yang dapat merungkai segala misteri dan tuduhan.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Kita serahkan segalanya kepada Allah.

Anonymous said...

Yang betul kita sokong, yang silap kita tegur itulah sebaiknya.

Bukan dengan cara memaki hamun hingga melibatkan seluruh keturunen.

arjunaB said...

Ujian yg berat ni menguji kemampuan DS Hisham sebagai seorg pemimpin...nah..skrg 1 dunia bole nmpk jiwa seorg pemimpin yg sebenar. Teruskan berjuang Hisham..

ellManggo said...

Cayalah Bro Hisham.. jelas betapa professional nye dia handle kes ni... inilah pemimpin yg kami mahu!

Anonymous said...

Tahniah & terima kasih atas entry yg bagus ni... X dpt disangkal lg, Hisham mmg mewarisi ciri2 kepimpinan yg hebat

Anonymous said...

Nampak tenang risk wajah DS Hisham tp jatuh dilubuk hati die hanya Tuhan je tau ape yg dia rasa...kuatkan semangat Hisham

Anonymous said...

Jom kita ramai2 tunjukkan sokongan kpd Hisham moga die terus semangat utk masa depan...hidup Hisham!!!

Anonymous said...

Saya bangga sebagai org beragama Islam, Melayu, rakyat Malaysia ade pemimpin seagama & sebangsa saya iaitu DS Hisham mengendalikan kes yg berat & pertama kalinya terjadi di dunia. .

Anonymous said...

Rasa mcm nk p jumpa DS Hisham skrg nk ckp kt die "saya bangga dgn DS"

Anonymous said...

Hisham bakal mencipta nama dlm sejarah Malaysia yg akan diceritakan kpd anak cucu kita kelak sbgaimana ayah & datuknya dahulu

Anonymous said...

Wa salute lu Bro Hisham....

Anonymous said...

Tu dia...semakin hari semakin byk penghargaan buat Hisham..cayalah lu Bro

manjalara said...

Insha Allah, moga ini akan lebih membakar semangat Hisham utk terus berjuang

Anonymous said...

Yg sukar itulah yg menguji kebolehan Hisham yg sebenar... alhamdulillah, hingga arini ak X nampak pun sebarang penipuan atau apa2 yg cuba disembunyikan

Anonymous said...

Tahniah DS Hishamuddin