|
|
Wasiat Syeikh Abdullah Fahim I (ULAMA PULAU PINANG)
Ikhwah, sebenarnya aku terlupa, almaklumlah nama sahaja insan tempat berlaku khata` dan nisyan (salah dan lupa). Alhamdulillah, nasib baik ada sahabat yang mengingatkan aku berhubung dengan pesanan Syaikh Abdullah Fahim kepada anak bangsanya. Dalam buku "Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (2)" dipetik antara pesanan beliau:-
Supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.
Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.
Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.
Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
Syadid jugak Tok Wan Pak Lah ni. Dan saudara lihat juga bagaimana Tok Syaikh Abdullah Fahim mengisytihar Ibnu Qayyim sebagai seorang khawarij sebagaimana pernah dihukumkan oleh ulama-ulama sebelum beliau terhadap puak Wahhabi. Apa tidak khawarijnya, selain mereka semua tak betul, semua bid`ah, semua sesat, semua masuk neraka. Aku harap Pak Lah pegang dengan wasiat Tok Wan dia ni. Hadhari hadhari jugak, tapi carilah mana dia al-Ghazali, mana dia asy-Syafi`i. Imam asy-Syafi`i dan Hujjatul Islam al-Ghazali pergi meninggalkan warisan bernilai tinggi berupa kitab-kitab dan juga murid-murid yang berkesinambungan sehingga ke masa kita ini, alhamdulillah. Para ulama Syafi`i yang muktabar semuanya bersambung sanad dan silsilah keilmuan dengan mereka, jadi kalau nak cari mereka pergi kat ulama mazhab, bukan kepada ulama khawarij seperti kata Tok Wan tadi.
Yang aku pelik sekarang, kenapa masih ada ustaz bila orang awam bertanya mengenai sesuatu hukum, maka jawapan yang diberi bersandarkan kepada pendapat Ibnu Taimiyyah atau Ibnu Qayyim, sedangkan yang bertanya tu umumnya bermazhab Syafi`i. Sejak bila Ibnu Taimiyyah atau Ibnu Qayyim atau al-Qardhawi jadi ulama sandaran dalam Mazhab Syafi`i ? Bawalah keterangan ulama-ulama Syafi`i kita, Imam Ibnu Hajar ke, Syaikh Ramli ke atau sebagainya. Ini yang menyebabkan orang awam keliru dan pening kepala. Ini yang jadi punca qunut jadi bid`ah, talqin jadi bid`ah, talaffuz bin niyyah jadi bid`ah.
Aku rasa pihak Mufti Pulau Pinang dengan Jabatan Agamanya sekarang kena buat pemantauan terhadap perkembangan dakyah pencinta dan pentaksub Ibnu Qayyim yang berpusat di sana. Siap buat dewan pengajian atas nama Ibnu Qayyim. Besar sangat ke jasa Ibnu Qayyim kat bangsa Melayu Islam kat rantau ini ? Jagalah amanah Mufti pertama Pulau Pinang di atas (iaitu syeikh Abdul Fahim).
8 comments:
Alamak broth...aku macam faham jer posting nko ni,bab nikaziz ni aku pun sebenarnya keliru. Tapi aku keliru bab Islam diguna untuk tujuan politiknya dan kalau diguna pakai kepada umat Islam di Malaysia macam tak kena sahaja.Aku lebih ikut kaedah syariah bab Islam BN lebih baik dari cara PR. Aku tau kealimnya agamanya, tapi aku sangsi pembawaan cara ia memimpin macam tak ikut apa yang agama mahukan. Tak jaga akal orang langsung.Bab negara konsepnya pulak macam tak jaga negara lak. Nak letak prority kementerian pon aku was-was secara Islam ke tidak nanti.Inikan nak menjaga Islam.
Sumbangan Ilmu nyer ok. Tapi sumbangan politik nya tak ok. pendapat aku jer.
Memang benar, Nik Aziz adalah ulamak politik bukan ulamak Islam sebagaimana DS Harusani dan ulamak-ulamak yang menjadi Mufti kerajaan negeri.
Sebagai ulamak politik Nik Aziz setaraf dengan Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh. Cuma bezanya Karpal dan Kit Siang berlatar belakang kelulusan undang2 tetapi Nik Aziz berkelulusan mengeksploitasi agama Islam.
"NIK AZIZ BUKAN ULAMA!
NIK AZIZ ADALAH " ULAR DALAM SEMAK ".
salam saudara/i
saya dah link kan blog saudara..terima kasih banyak2...
Assalam Bro
Nik Aziz belajar gama dulu dimana? Tak tersenarai pun dalam senarai ulama melayu. Sebab tu ajaran dia ada songsang sikit. Mencarut tak tentu hala...
wlaupon atok aku sokong umno(disebabkan die ditipu dgn tv1 dan kami tak mampu nak buat apa2)
TAPI,DIA AMAT MENGAGUMI DAN MENGHORMATI NIK AZIZ.SEBAB NIK AZIZ TU ULAMA'..DAN ATOK AKT PON AKU ANGGAP BELIAU AGAK WARAK.SO...AKU HARAP KORG SEMUA NI DIBERI HIDAYAH DARI-NYA...
sebab atok ko tak bace tenet...haha
Atuk kau tu dgn kau tu bodoh...cuba kau tengok dlm u tube...bukti kesesatan sudah jelas ...Nik aziz ulama sesat...yg perbodohkan rakyat kelantan dgn imej islam...
Post a Comment