RAKAN PEJUANG

07 March 2011

HARUSSANI PULAK MEMBERI MAKLUM BALAS PADA NIK AZIZ!

SALAM...
ANAK SUFI INGIN MENGAJAK SEMUA UMAT ISLAM MENILAI DI ANTARA NIK AZIZ DAN HARUSSANI, SIAPAKAH YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN POLITIK DAN KEPENTINGAN AGAMA. WALAUPUN DI MAKI DAN DIHAMUN OLEH PAS TERMASUK BADRUL AMIN YANG MENGATAKAN HARUSSANI ADALAH MUFTI BERDENGUNG DAN NIK AZIZ PULA MENGATAKAN HARUSSANI HANYA LAYAK JADI MUFTI NEGARA KOMUNIS, NAMUN HARUSSANI TIDAK BERDENDAM MALAHAN MENEGUR MEREKA YANG MENYAMAKAN NIK AZIZ DENGAN AYAH PIN. 


ALLAH HU AKBAR! KITA SENDIRI BOLEH MELIHAT SIAPAKAH YANG BENAR DAN SIAPAKAH YANG MUNAFIK!

 Dosa samakan Nik Aziz, Ayah Pin: Harussani

SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik.

"Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya.

Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz de-ngan Ayah Pin adalah sa-ngat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.

"Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.

Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.

"Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya 


BACALAH PULA BETAPA CETEKNYA PEMIKIRAN NIK AZIZ DALAM MELIHAT PERJUANGAN ISLAM.

 Harussani Mufti atau Mufta? - YAB Tuan Guru Nik Aziz
Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.
Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.
Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau  di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,
“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”
Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.
Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan  politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah  mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?
Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di  dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!
Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.
Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

4 comments:

mnorkembalak said...

Terima kasih bro satu artikel yang menarik, kita dapat membezakan yang mana kaca yang mana intan.

Mohon izin copy artikel untuk saya kongsikan bersama rakan-rakan.

Penditakainsingkat said...

Salam AS,

Kenyataan Dato' Seri Harusani berkaitan menyamatarafkan Nik Aziz dengan Ayah Pin patutlah kita ambil perhatian serious.

Memang tidak wajar menyamakan mana-mana individu dengan individu yang lain secara umum apatah lagi jika situasi perbandingannya tidak sepadan.

DS harussani bukan mempertqhankan Nik Aziz, tetapi mempertahankan kesucian ajaran Islam yang mementingkan hormat menghormati, sayang enyayangi dan menjaga persaudaraan dan silaturrahim.

Bagaimanapun Pendita memahami mengapa Farhana bertindak demikian.

Farahana mengandaikan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin dari sudut khusus kedua-dua mereka menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Beliau juga mengkhususkan bahawa kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu berminat mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.

Farhana juga melihat mereka kelihatan sama kerana sanggup lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana menganggap diri mereka seolah-olah "suci"

Bagaimanapun Farhana perlulah memberi perhatian juga kepada pandangan DS Harussani yang lebih berautoriti dalam hal agama kerana beliau adalah Mufti dalam Kerajaan Paduka Seri Sultan perak yang sah.

anak sufi said...

ds harussani menjalankan tanggungjawabnya menegur jika ada yang salah. apapun pada pandangan anak sufi, farhana mungkin hanyalah berbicara mengenai pengikut yang sangat taksub pada pemimpin mereka (nik aziz). Alangkah bahayanya mereka. tapi malangnya nik aziz tidak pula menegur dan terus menegur pengikutnya yang terlalu taksub mengangkat dirinya setinggi itu. itu yang menjadi isu. apapun segala perbuatan itu bergantung pada niat. Allahualam..

Fakeh said...

Assalamualaikum,

Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda @ Wahabbi as-Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

• Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

• Tok Ayah Zid Kedai Lalat
http://www.docstoc.com/docs/56809171/Tok-Ayah-Zid-Kedai-Lalat

• Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca

• 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
http://www.docstoc.com/docs/56808286/40-Mutiara-Hikmat-Serambi-Mekah

• Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
http://www.docstoc.com/docs/56809354/Jaringan-Wahabbi-Sdn-Bhd

• Jom Kenali Dr Maza & Co
http://www.docstoc.com/docs/56808885/Jom-Kenali-Dr-Maza-_-Co

• Ahlul Bait Yang Dicerca
http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca

• Rasulullah Budak Kampung
http://www.4shared.com/video/LKrvHrKs/Rasulullah_Budak_Kampung.html?

• Maulid Tandingi Krismas
http://www.4shared.com/video/-X8gpNaU/Maulid_Tandingi_Krismas.html?

• Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
http://www.4shared.com/video/xxv1LDSt/Sifat_20_Tidak_Wajib__Nik_Aziz.html?

• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
http://www.4shared.com/video/g7Mzgr1l/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?



• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

• Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

• Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
http://www.4shared.com/video/GPYkBAbH/Isu_Sifat_20_-_Mohd_Asri_al-Wa.html?

• Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
http://www.4shared.com/video/Q-5Xol7T/Isu_Sifat_20_-_Rasul_Dhari_al-.html?

• Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi
http://www.4shared.com/video/oVyEtogF/Isu_Sifat_20_-_Fathul_Bari_al-.html?

• Aqidah Muhyiddin Yasin
http://www.box.net/shared/nd4xc31lyy

• Ahlul Bait Baka Pengkhianat (Nik Aziz)
http://www.box.net/shared/i98cl1svgi

• Bapa Kaum Muda Kelantan (Nik Aziz)
http://www.box.net/shared/px1f0idux8

• Melayu Jahiliyah (Nik Aziz)
http://www.box.net/shared/zzphcptlde

• Nik Aziz VS Guru Pondok
http://www.box.net/shared/z79fqf9j45

• Guru Pondok Yang Difitnah
http://www.box.net/shared/si344vemq9

• Risalah Hina Guru Pondok
http://www.box.net/shared/hv5tgpvrja

• Wahabiyyah Darul Naim
http://www.box.net/shared/nd1iif2tz4

• Daulah Indera Kayangan (Shahidan Kasim)
http://www.box.net/shared/lbyk6boch7

• Fitnah PAS Terhadap Habib Umar
http://www.box.net/shared/03rq3s0ock

• Gerakan Wahabbi PAS Melaka
http://www.box.net/shared/65mycqlf8x

• Sokong Membawa Rebah
http://www.box.net/shared/zcpypl85a2

• Bahaya Allah 4 All
http://www.box.net/shared/l2xl7umn6v

• Tajdid Wahabbiyah
http://www.box.net/shared/j2yrzlfmcr

Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka marilah bersama-sama kita berjuang dengan bakat-bakat tadzkir, ta’lim, tazkiyah, tadbir (kuasa), siasah (undi) dan doa bagi mempertahankan aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.


FAKEH KHALIFAH SAKA