RAKAN PEJUANG

13 February 2011

BEZANYA PEMIKIRAN ANAK MUDA PRO KERAJAAN DENGAN PRO PEMBANGKANG

 MAHASISWA PEMANGKIN PEMBANGUNAN MASA DEPAN NEGARA.
 BARU-BARU NI ANAK SUFI BERKESEMPATAN MENGIKUTI SATU SIMPOSIUM YANG BERKAITAN DENGAN MASA DEPAN ORANG MELAYU. DALAM ACARA SOAL JAWAB, ANAK SUFI DAPAT MELIHAT DUA CORAK PEMIKIRAN ANAK MUDA IAITU SATU YANG PRO KERAJAAN DAN SATU LAGI YANG PRO PEMBANGKANG. 




BAGI ANAK MUDA YANG PRO KERAJAAN, SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN TERNYATA BERBEZA DAN MENAMPAKKAN MEREKA ITU PELAJAR UNIVERSITI. APAKAN TIDAK SOALAN MEREKA BERKISAR TENTANG PERJUANGAN, KEPIMPINAN DAN HARAPAN MASA DEPAN. 

NAMUN, BERBEZA DENGAN SOALAN-SOALAN ANAK MUDA PRO PEMBANGKANG NI. ANAK SUFI MELIHAT MEREKA INI MEMPUNYAI TREND PENYOALAN YANG SAMA SAJA DENGAN MANA-MANA FACEBOOKERS PEMBANGKANG. TIDAK LARI DARI ISU RASUAH! DAN KEPIMPINAN ISLAM! ITU SAJA! MALAHAN MEREKA INI ADA KALANYA MACAM BURUNG KAKAK TUA ATAU BURUNG TIONG YANG BERCAKAP TANPA MEMAHAMI MAKNA. APAKAN TIDAK, WALAUPUN PERKARA YANG DISOAL TELAH TERLEBIH DAHULU DIBINCANGKAN DAN DIKUPAS OLEH PANEL PEMBENTANG, NAMUN MEREKA MASIH JUGA BERTANYA SOALAN YANG SAMA. 

SEBAGAI CONTOH, ANAK MUDA PRO PEMBANGKANG BERCAKAP TENTANG HARGA NAIK, DUIT BELAJAR TAK CUKUP, SEDANGKAN BIASISWA SIKIT, NAK DAPAT PINJAMAN MARA SUSAH DSBNYA HAL KEPENTINGAN DIRI. 

ANAK MUDA PRO KERAJAAN PULA BERTANYA MENGENAI RUANG YANG MEREKA ADA UNTUK SAMA-SAMA MEMBANGUNKAN NEGARA INI.

TERNYATA, ANAK-ANAK MUDA PRO PEMBANGKANG MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG TIDAK BERKEMBANG, STATIK DAN JUMUD! ANAK SUFI YAKIN INILAH HASIL INDOKTRIN PEMBANGKANG PADA PEMIKIRAN ANAK-ANAK MUDA MELAYU SEHINGGA MEREKA TIDAK MAMPU MENGGUNAKAN AKAL DENGAN SEOPTIMUMNYA. SEDANGKAN ANAK-ANAK MUDA PRO KERAJAAN TERUS BERTANYAKAN SOALAN YANG MENJURUS KEPADA MASA DEPAN DAN MEMPUNYAI KEPELBAGAIAN CORAK SOALAN, ANAK-ANAK MUDA PRO PEMBANGKANG MASIH LAGI DITAKUK LAMA DAN ADA KALANYA MENAMPAKKAN KEBODOHAN MEREKA. 

ANAK SUFI TIDAK BERTUJUAN MERENDAHKAN MEREKA TETAPI ANAK SUFI CUMA NAK INGATKAN MEREKA BAHAWA JIKA MEREKA INGINKAN KEMAJUAN DAN HIDUP BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT, MEREKA PERLU MEMBANGUN BERSAMA ISLAM BUKAN MEMBANGUN BERSAMA PAS YANG DITUNGGANG OLEH DAP! HASILNYA NANTI MEREKA TETAP DITAKUK LAMA! DAP PASTI GEMBIRA MELIHAT PERKEMBANGAN INI KERANA DAP MEMANG TIDAK SENANG MELIHAT ANAK MUDA MELAYU BIJAK DAN BERWAWASAN BESAR. MEREKA MAHU ANAK MUDA MELAYU MENJADI MELAYU YANG HILANG HARGA DIRI DAN MARUAHNYA DAN HANYA MAMPU BERCAKAP TENTANG ISU KECIL BERBANDING ISU NASIONAL DAN DUNIA!


ITULAH BEZANYA ANAK MUDA PRO KERAJAAN DENGAN PRO PEMBANGKANG! SIAPAKAH YANG BERSALAH?

16 comments:

Anonymous said...

Saya pernah tanya kepada penyokong Pembangkang mengapa marah dengan UMNO?
Jawapan saperti biasa UMNO rasuah , siapa rasuah ? ahli UMNO rasuah , saya jawab biar bagi specific . Ketua bahagian rasuah , Menteri rasuah. Ada bukti ? memang depa rasuah . Mengapa tak lapor pada SPRM, terus diam . Saya beritahu yang kita menuduh orang rasuah tanpa bukti adalah salah disisi agama . Kita ada Raja , Polis ,SPRM jika mereka bersalah mereka menghadapi tindakan undang undang siapa kita untuk menjatuhkan hukuman. Jika sekalipun mereka rasuah dan terlepas di Dunia di akhirat mereka tidak terlepas.Yakin lah kita pada yang maha kuasa. Inilah jawapan yang selalu saya dapat bila saya tanya soalan ini kepada Penyokong Pembangkang dan jawapan nya pun telah saya ketahui sebelum dijawab oleh penyokong Pengbangkang.Dari sini saya membuat kesimpulan yang penyokong pembangkang mempunyai hati yang busuk setiap apa yang dibuat oleh kerajaan semuanya salah disisi mereka pendek kata buat baik bagaimana pun kerajaan BN/UNMO tetap salah . Yang paling meyedihkan mereka ini bergaji besar gred 41 keatas anak kebanyakan belajar diITM buat harta tapi bila bercakap kerajaan zalim . bagi saya mereka ini adalah golongan yang tidak bersyukor dengan nikmat yang mereka kecapi dari Kerajaan BN/UMNO selama ini.

Anonymous said...

sufi la sgt!! hahaha

Pejuang Revolusi 1957 said...

cantik la blog nie.. nak kawan la ngn anda :)

Anonymous said...

jadi ahli pas takde rasuah ke? tu rasuah MC tu ape cerita? itu baru MC dah nak tipu...yg lain tak pyh cakap la...baik belajar dulu la...klu dpt result power blh dpt keje...nak membangkang tp dok sibuk kejar jawatan keje ngan kerajaan...tak malu ke?

Anonymous said...

Dia orang ni bukan nak belajar sangat.Tujuan sebenar hanya sekadar nak tunjuk teror saja.Kalau nak tahu,puak-puak ni la yang banyak melakukan maksiad di U.Kemudian cuci tangan,pakai serban dan tudung labuh.Simpan janggut sejemput,ok la tu.Semua beres.
PTPTN sepatutnya janagn di bagi walau sesenpun.Biar diorang mamampus.Kalaudah anjing tak guna ditolong.

Anonymous said...

Saya pernah tanya pak cik tua sebab apa sokong umno? pak cik tu kata orang umno bagi duit ehsan, dekat nak pilihan raya, mereka tolong pak cik, mereka baik bagi duit. Berapa banyak pak cik dapat? Ade la rM 200.

Saya tanya pulak pak cik tua yg lain sebab apa sokong PAs? Dia cakap sebab nak islam. Pak cik tengok kat mana islam tu? Pak cik tu cakap, kalau tengok dari segi zahir pun pemimpin pas lebih bagus, isteri pakai tudung, orang umno isteri tak pakai tudung lepas itu nak bela agama islam? boleh ke? tudung pun tak pakai. tak tutup aurat tu pun dah jadi kemurkaan Allah. suami tak tegur, dayus la tu. Pak cik tak kata orang umno masuk neraka. tapi antara kriteria orang masuk neraka ialah tak tutup aurat. Kalau dari segi dalaman jangan kira la. kalau luar dah baik, insyaallah dalam mesti baik.

Anonymous said...

Kalau nak bercakap soal kerajaan bagi ptptn, buat jalan raya............. ini memang tanggungjawab kerajaan. duit itu bukan duit dia....... pastu umno nak ungkit dia bagi kat org pas padahal benda itu memang tanggungjawab kerajaan...... nak jadi macam Firaun, kisah Firaun semasa zaman nabi musa dahulu, dimana firaun mengatakan kepada kaumnya mengapa kamu nak ikut nabi musa, dia boleh bagi apa? tengok aku bagi kepada kamu saliran air untuk tanaman kamu..... musa boleh bagi apa? sikap yg sama macam pemimpin UMno........ aku nak tanya korang apa yg umno dah buat untuk menegakkan islam??? harga minyak makin naik!!...pencuri makin banyak!!...gaji sama sahaja!!!.... harga barang makin naik!!! ini kamu kata ekonomi bagus....... akhlak remaja makin hancur!!!!.....apa la yg kamu harapkan dari pemimpin kamu wahai penyokong umno yg jahil

Anonymous said...

Kalau nak bercakap soal kerajaan bagi ptptn, buat jalan raya............. ini memang tanggungjawab kerajaan. duit itu bukan duit dia....... OK AYAT NI BOLEH DIFAHAMI.. TP.. pastu umno nak ungkit dia bagi kat org pas padahal benda itu memang tanggungjawab kerajaan...... ADA KESILAPAN D SINI.. sbb ape.. kerajaan bg ape kat pas atas dasar tggungjawab.. ape yg pas bg cume conmplaint, complaint n complaint.. cuba saudara tgk di kelantan ditadbir pas,ape jadi.. mcm mane dgn rakyat kelantan.. ttap juga hidup susah.. lebih susah berbanding rakyat malaysia di negeri lain.. kalau kata pegangan agama diterapkan sgt kuat di kelantan, tp kenapa agaknya remaja2 lelaki kelantan kebanyakan nya bersifat samseng.. sebenar nya mcm ni saudara, agama tu kepercayaan.. pegangan.. ianya dtg dr individu tu sendiri.. saudara x boleh membandingkan tahap islam orang lain dengan orang islam yg lain.. takut ianya menjadi umpatan dan fitnah.. yg berdosa tu saudara, tu yg pasti.. dan tentang ape yg saudara terima, bersyukur atau tak tu pilihan saudara.. saudara juga sudah membandingkan seorang islam dengan firaun, semoga saudara sedar akan kesilapan saudara.. jangan la saudara hanya tahu 'menegur' tp tak bersedia utk 'ditegur'.. saya juga sudi diperbetulkan jika ada sebarang kesilapan..

whiteorange said...

Dari pengamatan aku
1.Kerajaan sangat liberal dalam hal pendidikan orang Melayu sehingga yang sepatutnya tak layak masuk U pun dapat masuk. Kerana apa ? kerana mereka Melayu

2. Orang Melayu yang banyak komplen ni sebenarnya orang Melayu yang banyak cakap tapi tak banyak berusaha. Peluang sangat luas terbentang, malangnya peluang ini hanya untuk orang yang syukur nikmat, dan rajin berusaha, untuk yang lemah dan malas, apa lagi yang boleh mereka lakukan, komplen lah
3. Orang yang banyak komplen inilah yang sebenarnya banyak mengaut nikmat atas apa sahaja dasar yang kerajaan buat
4. Barang naik - logikkah harga barang akan kekal sama sepanjang masa. Bukankah kerajaan juga terikat dengan urusan perdagangan luar. Kita bukan hidup sendiri didunia ni. Sekali sekali cuba buat perbandingan pendapatan dan harga barang di Indonesia dengan Malaysia.
5. Fitnah kalau dihasut berhari hari, bertahun tahun, berabad abad, nescaya termakan juga fitnah tersebut. Hanya yang insaf tahu membezakan antara realiti dan fantasi

JADILAH INSAN YANG SYUKUR NIKMAT SEBELUM ALLAH TARIK NIKMAT ITU SEMUA

Anonymous said...

post hang sume cam bodoh je...

azham said...

Saya memang pro pembangkang.20 tahun saya duduk didalam kawasan bn.tiada istimewanya, siapa yg kaki ampu boleh berjaya.bayangkan guru sekolah rendah boleh dapat pangkat dato.sebab aktif dgn bn.jika benar bn telus.yg di gembar gembur kan.siapa ingin bayar income tex.bayar ikut parti politik.kita lihat bagaimana bn lumpuh.kerana dalam sistem bn duit no satu.rasuah...

Unknown said...

tak takut ALLAH ke.??

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

malaysia terbaekkk...

Unknown said...

Pro kerajaan Najib sudah tersungkur... Kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Hidup lagikah? Tanya ja. Hahaha pro pembangkang is pro gov skrg.