Pelajar ucap jutaan terima kasih
Arfah Mawaddah |
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dengan ini saya dan rakan-rakan adalah antara pelajar yang terlibat dalam proses pemindahan pelajar Mesir ke Malaysia ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada: 1. Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) 2. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 3. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 4. Lembaga Zakat Selangor (LZS) 5. Pesawat Penerbangan AirAsia (Mesir-Jeddah) 6. Saudi Arabian Airlines (SV838) Jeddah-Riyadh-Singapura 7. Staff Madinatul Hujjaj, Tabung Haji Malaysia, Jeddah, Arab Saudi Serta semua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam operasi ini. Sesungguhnya berkat doa dan usaha kalianlah yang mempermudahkan perjalanan kami. Hanya Allah sahaja yang layak melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian. Akhir kata, bumi Mesir terlalu dekat di hati kami, doakan agar kami dapat meneruskan permusafiran ilmu di bumi barakah itu, kepada azhari/ah,doktor/ah, jadikan peluang ini untuk menabur khidmat kepada masyarakat kita atas nama Islam. Semoga Malaysia akan menjadi negara yang menepati "baldatun tayyibaton, wa rabbun ghafur" amin. Penuntut ilmu yang tidak tahu, Arfah Mawaddah Amir Hamzah, Gombak, Selangor. |
3 comments:
Dengan Allah pun dia tak beterima kasih.... inikan pada manusia...
Dia cuma puji allah,Terima kasih tidak !
minta tengok gambar muka budak bebal dan biadap ni....ada sapa sapa yg boleh kasi gambarnya??
xpe..kerajaan dah umumkan pelajar yang balik hari tu skrg balik mesir ngan tambang sendiri..isu yang kerajaan beri perhatian ialah isu keselamatan rakyat malaysia di luar negara.sbb tu dbawa balik. bukannya isu tambang flight.tanggungjawab kerajaan dan ditunaikan.yang budak arfah bgtau ni cuma peranan kecil je.penggerak usaha tetap kerajaan.kami sbg rakyat lebih tahu menilai.
Post a Comment