KEPADA SEMUA UMAT ISLAM, MARILAH KITA SAMA-SAMA BERSALAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W. SEMOGA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN INI MENAMBAHKAN LAGI SALAWAT KITA KE ATAS BAGINDA RASULULLAH. SESUNGGUHNYA RASULULLAH ADALAH INSAN TERPILIH, KEKASIH ALLAH YANG AKAN MEMBERIKAN SYAFAAT BUAT KITA DI PADANG MAHSYAR KELAK.
SETIAP KALI ANAK SUFI MENDENGAR LAGU DIA KEKASIH ALLAH NYANYIAN KUMPULAN HIJJAZ, SETIAP KALI ITU JUGA ANAK SUFI BERASA SEBAK DAN TERASA BETAPA KITA INI KERDIL BERBANDING RASUL JUNJUNGAN KITA. TERINGAT SENIKATANYA YANG MENYENTUH HATI:
MALU RASANYA MENYATAKAN CINTA
KEPADA DIA KEKASIH ALLAH
KERANA DIA INSAN MULIA
SEDANGKAN DIRIKU INSAN BIASA
KUPUJUK JUA HATI DAN JIWA
MELUAHKAN RASA CINTA MEMBARA
DIDALAM PUJIAN UCAPAN SELAWAT
TANDA PENGHARGAAN SEORANG UMAT
SELAGI TERDAYA KUTURUTI AJARANNYA
APA TERDAYA KU AMALKAN SUNNAHNYA
MOGA DIDUNIA MENDAPAT BERKAT
DIAKHIRAT SANA MENDAPAT SYAFAAT.....
SEMOGA KITA UMAT ISLAM AKAN BERSATU DI BAWAH RASA CINTA PADA RASUL ALLAH KITA. KETEPIKANLAH IDEOLOGI YANG BERBEZA ANTARA KITA, MARILAH KITA BERSATU SEBAGAINYA BERSATUNYA ANSAR DAN MUHAJIRIN. BERPECAH DAN BERPISAH HANYA MERUGIKAN KITA UMAT ISLAM! ORANG KAFIR SEMAKIN KUAT KITA SEMAKIN LEMAH TANPA PENYATUAN UMMAH!
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL!
1 comment:
assalamualaikum..
sy telah link kan blog tuan di blog sy.. dan terima kasih kerana link kn blog saya..
teruskanlah usaha tuan untuk memartabatkan agama islam dari terus di permainkan.. moga2 kita mendapa syafaat dari nya.. amin..
Post a Comment