AL-FADHIL USTAZ DR. HJ. ZAHAZAN MOHAMED
PAGI TADI ANAK SUFI SEMPAT MENDENGAR TAZKIRAH DARIPADA AL-FADHIL USTAZ DR. ZAHAZAN DI RADIO IKIM. ANAK SUFI SUKA MENDENGAR TAZKIRAH USTAZ ZAHAZAN NI SEBAB BELIAU MERUPAKAN USTAZ NEUTRAL YANG MENYAMPAIKAN ILMU TANPA ADA KEPENTINGAN POLITIK. KALAU ADA KESEMPATAN BOLEHLAH SAUDARA-SAUDARI MENDENGAR SIARAN IKIM PADA 6.30 PAGI DAN ULANGANNYA MALAM JAM 8.30 MALAM.
ANTARA INTIPATI YANG DISAMPAIKAN PAGI NI OLEH USTAZ ZAHAZAN ADALAH:
1. KITA PERLU BERBUAT BAIK DENGAN ORANG BUKAN ISLAM MELALUI PERWATAKAN KITA YANG BOLEH MENARIK MEREKA BERMINAT DENGAN ISLAM.
2. WALAUPUN KITA PERLU BERBUAT BAIK DENGAN ORANG KAFIR, TAPI KAFIR TERSEBUT MESTILAH MERUPAKAN KAFIR ZIMMI YANG DI BAWAH PENGAWASAN DAN PENTADBIRAN KITA ORANG ISLAM.
3. KITA BOLEH BERLEMBUT DENGAN KAFIR ZIMMI TAPI KETEGASAN PERLU ADA DALAM SATU-SATU PERKARA. (MAKNANYA TIDAK BOLEH BERLEMBUT SEPANJANG MASA).
4. ULAMA ADA DUA, IAITU ULAMA YANG MENGGUNAKAN ILMU UNTUK KEPENTINGAN UMMAH DAN ULAMA YANG JAHAT YANG MENGGUNAKAN ILMU UNTUK KEPENTINGAN DIRI MEREKA SENDIRI DAN MEMUSUHI ULAMA YANG LAIN KERANA RASA DENGKI DAN SEBAGAINYA.
5. ORANG YANG KUAT BERIBADAH PERLULAH BERGURU DENGAN GURU YANG BETUL AGAR TIDAK LARI DARI LANDASAN SEBENAR.
6. JANGANLAH MUDAH MELETAKKAN DIRI SENDIRI LEBIH SEMPURNA DARIPADA ORANG LAIN KERANA KITA MERASAKAN TINGGINYA ILMU YANG KITA MILIKI DAN JANGANLAH KITA MENGHINA ORANG LAIN KERANA MENYANGKAKAN KITA LEBIH MULIA DAN LEBIH KUAT IBADAH DARIPADA KITA.
7. ULAMA YANG MENGGUNAKAN ILMU KERANA KEPENTINGAN DIRI SAMALAH SEPERTI ORANG YAHUDI DAN ORANG YANG RAJIN BERIBADAH TAPI TIDAK MENDAPAT PETUNJUK DARIPADA TOK GURU YANG SAHIH DAN BENAR SAMALAH SEPERTI ORANG NASRANI.
DEMIKIANLAH APA YANG ANAK SUFI DENGAR PAGI NI SELAIN DARIPADA BEBERAPA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KEMULIAAN AKHLAK NABI SEHINGGA MAMPU MENARIK ORANG KAFIR MEMELUK ISLAM.
KESIMPULANNYA ANAK SUFI MENGINGATKAN DIRI SENDIRI DAN SAUDARA-SAUDARI AGAR TIDAK SOMBONG DENGAN ILMU YANG KITA ADA SEHINGGA MUDAH MEMANDANG RENDAH DAN MENGHINA ORANG LAIN YANG PADA ANGGAPAN KITA TIDAK SETANDING ILMU DENGAN KITA. SESUNGGUHNYA ANTARA PENYAKIT HATI ITU ADALAH TAKABUR DAN UJUB (MERASAKAN DIRI HEBAT). TIDAK AKAN MASUK SYURGA BAGI MEREKA MEMPUNYAI SIFAT SEBEGITU. NAUZUBILLAH.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka generasi yang jahat yang mewarisi al-Kitab, yang mengambil harta benda dunia yang murah ini seraya berkata: “Kami akan diberi ampunan.” (Surah Al-A'raf, ayat 169)
SIAPA AL-FADHIL USTAZ ZAHAZAN NI? BELIAU USTAZ YANG SEBENAR BERBICARA KERANA ALLAH BUKAN KERANA PARTI!
15 comments:
Salam,
Jika tak silap saya, Ustaz Zahazan ini adalah pensyarah di UiTM. Beliau ada buku yang bertajuk 101 himpunan doa dari Al-Quran dan Hadis.
TQ
Zack.
Alhamdulillah,, salah seoarang ustaz yang hebat,,
http://www.youtube.com/watch?v=SR8WkaHSE0M&feature=related
mereka bercakap bukan atas parti tetapi agama
Ustaz yg neutral dlm.ceamahnya...relaks n mudh fhm...suka sgt ustz zahazan.....smoga kta sume d landasn yg btul hingga tiba waktujya..amin..
Salam Bro,saya dah lama mendengar ceramah Ustaz Zahazan di radio.Beliau memang hebat dan berkata yang benar sahaja.Pandangannya bernas dan mudah diikuti.
Betul3
tapi kini tidak lagi. byk post dalam fb ttg pujian parti pas. cuba cr dan bc...sy suka dgr tafsir quran dia dlm ikim setiap pg. tp....byk sgt tuduhan dia buat pd umno,,sad
Banyak tuduhan pada umno?
Umno memang jelas tolak hukum hudud itu bukan tuduhan bro, itu penjelasan yang benar daripada orang yang celik hati, bukan puak-puak yang buta hati dan berkepala batu.
hudud versi PAS? Itu bukan versi Allah, itu hudud PAS versi Syaitan. Mana boleh laksana.
Berdosa.
KALAU TAK MAU HUDUD VESI PAS ,BUAT LAH VERSI UMNO, KITA SAMA2 SOKONG,YG JD MASALAH NYA TAKMAU HUDUD,
a
PAS mau hudud? minta izin lah dengan DAP
us zahazan dah tak mengajar di ikim.kenapa ye?
Bila dah tak suka pd kebenaran maka, hudud pun disebutkannya drpd Pas...miga Allah bg hidayah pd saya dan tuan2
Bila dah tak suka pd kebenaran maka, hudud pun disebutkannya drpd Pas...miga Allah bg hidayah pd saya dan tuan2
dr zahazan mohammed anak kelahiran melaka yg lahir pd 1974
pendidikan awal beliau di sek ren kampung gelam
sek men di sek men agama sul ahmad melaka dan kisas
peringkat ijazah di yarmouk jordan
masters & phd di um dlm lughoh & tafseer
pernah mjadi pensyarah di beberapa uni tempatan termasuk kuis & uia
selain dr penceramah bebas beliau juga aktif sbg penulis artikel dan memenuhi jemputan tv dan stesen radio
2014 mdapat anugerah tokoh maal hijrah negeri melaka
kini masih aktif berdakwah & memenuhi pelbagai undangan di masjid, institusi akedemik mahupun jabtan² kerajaan disamping mjadi editor utk penerbit buku telaga biru.
Post a Comment