ALLAHYARHAM DATUK ZAHARUDDIN ABU KASSIM ADUN KERDAU
SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM DATUK ZAHARUDDIN ABU KASSIM ADUN KERDAU YANG MENINGGAL DUNIA SEMALAM. SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA HAMBA YANG BERTAQWA. DALAM KESEDIHAN KAUM KELUARGA ALLAHYARHAM, ANAK SUFI YAKIN, PASTI ADA SUARA-SUARA SINIS PENYOKONG PAS YANG MENGAITKAN KEMATIAN BARISAN PEMIMPIN UMNO INI SEJAK AKHIR-AKHIR INI DENGAN DOA MUJARAB TOK GURU. BUKANKAH NIK AZIZ MENDOAKAN KEHANCURAN ORANG UMNO? MALAHAN MUNGKIN ADA PUAK-PUAK PAS YANG RASA GEMBIRA DI ATAS KESEDIHAN KAUM KELUARGA MEREKA YANG TELAH PERGI INI KERANA ADA PELUANG BERTANDING MEREBUT KERUSI YANG KOSONG.
APAPUN ANAK SUFI LEBIH TERTARIK UNTUK BERCAKAP TENTANG JAMPI TOK GURU. WALAUPUN ANAK SUFI SANGAT YAKIN DAN PERCAYA APA YANG BERLAKU INI BUKAN KERANA JAMPI ATAU DOA KEHANCURAN OLEH TOK GURU TAPI KERANA KUASA DAN KEHENDAK ALLAH S.W.T NAMUN ANAK SUFI JUGA SANGAT YAKIN BAHAWA APA YANG BERLAKU INI AKAN MENGUATKAN LAGI KETAKSUBAN PENGANUT PAS TERHADAP NIK AZIZ.
PENGANUT PAS SEMAKIN TAKJUB PADA NIK AZIZ?
NIK AZIZ SEMAKIN PERCAYA, HORMATNYA DAP PADANYA DAN PADA PAS KERANA KETAQWAANNYA. BILA INI BERLAKU, SEMAKIN RAPATLAH HUBUNGAN MEREKA, BILA SEMAKIN RAPAT HUBUNGAN , MAKA NIK AZIZ PUN AKAN MENGELUARKAN APA SAHAJA FATWA YANG BOLEH MENGHALALKAN HUBUNGAN POLITIKNYA DENGAN DAP DAN SEMAKIN ITU JUGALAH PAS AKAN LEBIH TERUS RENGGANG DARIPADA UMNO. BUKAN ITU SAHAJA, KETAKSUBAN PAS PADA NIK AZIZ JUGA TURUT AKAN MERENCONGKAN KEIMANAN MEREKA SEHINGGA MEREKA MERASAKAN APA YANG BERLAKU INI KERANA KEHENDAK NIK AZIZ BUKAN KERANA KEHENDAK ALLAH S.W.T. DAP GEMBIRA DAN SYAITAN KETAWA!
WAHAI UMAT ISLAM YANG PERCAYA PADA ALLAH S.W.T. NIK AZIZ HANYALAH MANUSIA BIASA. DIA TIADA KAITAN DENGAN MANA-MANA KEMATIAN ATAU MUSIBAH. SESUNGGUHNYA JODOH PERTEMUAN, AJAL DAN MAUT ITU DI DALAM KITAB LUH MAHFUZ ALLAH. JANGAN LAH MENJADI SYIRIK HANYA KERANA KETAKSUBAN PADA NIK AZIZ APATAH LAGI NIK AZIZ HANYALAH BONEKA DAP YANG ENAK UNTUK DITUNGGANGI!
BACA JUGA PENDAPAT PENDITA DI SINI
No comments:
Post a Comment