RAKAN PEJUANG

25 February 2011

30 NASIHAT BERGUNA TG NIK AZIZ! SILA BACA....

30 nasihat berguna ulama bernama TG Nik Aziz !


1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
 
ANAK SUFI MEMINJAM BICARA DARI BLOG INI

7 comments:

TARANTULA said...

TERKEDU MEMBACA TULISAN SAUDARA

ALANGKAH SESATNYA MURSHEET INI

Anonymous said...

woit…APA PEDULI MAMAK INI KAPIR KE….LAKNAT KE…. kah kah kah..

kah kah kah… TAK PERLU AMBIL POT…. kah kah kah…

kah kah kah…DIA KAPIR KE.. DIA KAPAK KE… BUKAN ISU… kah kah kah..

kah kah kah…YANG JADI ISU… DIA SUDAH SEBAT 90 BILION RINGGIT…. kah kah kah…

kah kah kah..YANG JADI ISU… ANAK DIA REBAT HARTA RAKYAT…. kah kah kah..

woit… YANG JADI ISU… BETUL KE MALAON INI MELAYU…. kah kah kah…

Anonymous said...

aduh! dahsyatnya nasihat..
terlau bencinya n. ajis kepada umno.
sehungga tergamak dikatakan kafir.
nauzubillah..
kenyataan sebegini perlu dijelaskan oleh majlis fatwa kebangsaan adakah bolen memesongkan akidah tapi apakan daya majis fatwa sedang tido. zzzzzz.
tak buat apa pun..

MrsRZAG_97 said...

subhALLAH~ btul tu pa yg d ktakn oleh Tuan Guru @ Tok Guru...sya skong b'juta-juta peratus...!! Takbir...!!!

Anonymous said...

INILAH TOK GURU CELAKO, TOK GURU BERSIFAT BINATANG.....TOK GURU SYAITAN DAN IBLIS ..TOK GURU YANG SESAT DAN MENYESATKAN.....TOK GURU YANG MERUPAKAN BAPA SEGALA PERPECAHAN......TOK GURU BAPA KEPADA KESESATAN.....TOK GURU PAS YANG TIADA NILAI UNTUK AGAMA WALAU PUN SEBESAR ZARAH...DIA LAH PENJAHANAM AGAMA ALLAH YANG SEBENARNYA.......DIALAH TOK GARU DUNIAWI YANG BERTOPENGKAN SERBAN DAN JUBAH BAGI MENUTUP KEJAHATAN DAN MENYESATKAN UMMAH PAS YANG KEBODOHAN......

SopheaMaya said...

ermm.. mcm mna klu hujah2 ini kita quote kn kt penyokong2 PAS.. we can see that from all of his statements, it is from utusan malaysia. so, we know that UM is one of the medias that more related to government.. so are they gonna believe it?? idts. cz alasn dorg.. tgk lah akhbar apa.. UM so mst la dorg konfem2 xmau prcya..just one thing ja lah.. bila dh trllu taksub sgt nie.. yg salh pon nmpk btol ja kt mata depa nie.. depa dok bjet depa tu hbes suci dh.. depa xingt.. org2 UMNO pon da gak org2 agama di dalamnya..

Unknown said...

ASSAMUALAIKUM,sebetulnya nik aziz ada ilmu menundukan orang atau ilmu pengasih.mengikut kata seorang anak murid tua tok kenali yang dikenali tok guru pak ngah mamat" berusia 98 th,beliau bersalam dengan nik aziz semasa dia datang ceramah di kg serdang pak badol ....." SAYA TAK BOLEH TIDOR INGAT DENGAN NIK AZIZ SEMINGGU BELUM LAGI SAYA MINUM AIR TAWARNYA"
ilmu menunduk yang ada padanya boleh membuat semua orang akan amin atau diam dan mengiakan apa saja dia cakap
begitulah yang di maksudkan, jadi tak hairanlah kalau 30,000 ribu pengikutnya yang hadir meraikan jenazahnya .....bahkan 1juta pun kita hairanlah cuma yang menghairankan kita bagaimana setiap kata2 dan ucapan itu menjadi ikutan rakyat kelantan yang tidak akan menyambut maulud nabi sampai bila2 sehingga kiamat,dan menuduh orang2 umno itu kafir dan ahli neraka ......bukankah ini maksiat dosa yang akan ditanggungkan oleh tok guru yang menyampai bagi orang ikutanya.....inilah namanya politik,sebab tu guruku cakap dengan kashafnya ia mengatakan nik aziz kalau tak masuk politik dia wali besar tapi sayang dia masuk politik sebab politik tu kotor.....