RAKAN PEJUANG

18 April 2014

HANYA YANG TABAH SAJA YANG MAMPU MENANGGUNG...

SALAM PERJUANGAN...

Hari ini tidak ada cerita menarik melainkan kematian Karpal Singh. AS tidak mahu bercerita tentang kematian Karpal juga tidak pula mahu mempersendakan ketentuan Allah. Ini kerana kematian adalah hak mutlak Allah S.W.T untuk menentukannya. Ia bukan kerana parti politik. Ia bersifat umum. Jadi, tidak perlu mempolitikkan kematian seseorang untuk memuaskan nafsu kita berpolitik. 

AS ingin memberi komen mengenai pendaftaran kenderaan tanpa sempadan negeri yang akan dilaksanakan pada 1 Mei ini. Ini adalah satu perkara yang baik yang telah dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan. Urusan pentadbiran JPJ semakin baik. Tahniah kepada JPJ. Tahniah juga kepada menteri dan timbalan menteri yang telah mempermudahkan segala urusan ini. Maknanya kalau kita rasa nak mendapatkan no pendaftaran kenderaan negeri Kelantan, maka kita tidak perlu pergi ke Kelantan. Memadai membuat permohonan pendaftaran di Putrajaya atau mana-mana JPJ yang berhampiran tempat tinggal. Mudah bukan. 

Dalam masa yang sama juga, Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 telah berlangsung dengn jayanya di PWTC yang akhirnya telah membawa kepada kontrak bernilai RM1.86 billion ditandatangani termasuk memorandum persefahaman (MOU) antara 17 syarikat industri pertahanan dan organisasi tempatan serta empat syarikat luar negara. Ini dapat meningkatkan lagi kualiti pertahanan negara.

Syabas kepada menteri pertahanan kerana dengan sikap yang begitu diplomasi dan bijak telah berjaya membawa masuk kontrak berbilion ringgit untuk pertahanan negara. 

Sedar tak dan perasan tak, Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan adalah orang yang sama. AS mengkagumi kepimpinan lelaki ini dan sedikit sebanyak mengubah persepsi terhadap kewibawaannya sebagai pemimpin negara. Bukan mudah untuk mengendalikan 2 kementerian dalam 1 masa dan kedua-dua kementerian ini terus berkembang dan menunjukkan peningkatan prestasi mereka. Pengangkutan nak jaga, pertahanan nak jaga, dan keluarga mangsa MH370 juga nak kena jaga. Dalam masa yang sama, kena jaga juga hubungan dengan negara luar agar kita tidak keseorangan dalam mencari pesawat yang hilang.
Banyak yang hendak dijaga kerana banyaknya tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Ia bukan sebarang orang yang mampu melaksanakannya. Tahniah DS. Kepimpinan tuan semakin menyerlah. 



16 comments:

Anonymous said...

Banyak kemudahan dah sekarang ni. Alhamdulillah. Depa ni kerja tak riuh. Baguihlah.Tak terkenal tak pa. Rakyat suka.

Anonymous said...

Tahniah juga tuan tanah. Melihat yg positif

Anonymous said...

Kebolehan Hishamuddin diakui dunia. Ketabahannya luar biasa..

Anonymous said...

Kita harap selepas ini Datuk Hisham dapat perhatikan kebajikan JPJ pula. Macam terpingir .

Anonymous said...

Datuk Hishamuddin dah dapat rentak dia..

Anonymous said...

Makin naik seorang tokoh Melayu makin kuat Cina menyalak

Anonymous said...

Macam ni keje org yg beriman, berakal & berilmu... X riak tapi tahu tanggungjawab. Bangga ak dgn Hishamuddin ni.. tokoh2 Melayu masa depan

Anonymous said...

Aku harap Kementerian Pengangkutan ni UMNO pegang sampai bila bila.

Anonymous said...

Ak harap sgt Hisham ni akan terus jd pemimpin Malaysia pada masa akan datang

Anonymous said...

Pelbagai lagi kebaikan & peningkatan yg boleh dibuat kalau Hisham terus diberi peluang

Anonymous said...

Semakin hari semakin banyak peningkatan positif kita dapat lihat. Syabas DS Hisham

Anonymous said...

Semua ni dah ditentukan oleh Allah... Allah lagi tahu kemampuan Hisham sebab tu Dia letakkan Hisham di mana beliau berada sekrang

Anonymous said...

Ketabahan seseorang diuji bila diri ditimpa musibah kemudian ade pihak yang mensabotaj.. sama ada dia teruskan perjuangan atau pun mengalah

Anonymous said...

Tuhan tak kan uji hambaNya lebih daripada kemampuan seseorang...

Anonymous said...

DS Hisham akan lebih kuat & tabah dengan adanya sokongan pada drpd rakyat Malaysia

Anonymous said...

Hebat Bro...hebat....