RAKAN PEJUANG

03 April 2014

GEMPAR!!!! KEHILANGAN MH370 DAH TERJAWAB??

SALAM PERJUANGAN

Buat masa ni penulisan AS lebih menjurus pada kehilangan MH370 seperti mana sebelum ni. Saban hari AS mengikuti rapat perkembangan kehilangan misteri pesawat ini. Pelbagai spekulasi dirangka dan dicipta untuk menambah perisa cerita kehilangannya. Tidak kurang juga para pembangkang di negara ini sangat rancak menyalahkan kerajaan malahan melemparkan pelbagai tuduhan liar menghina usaha yang telah dijalankan oleh pemangku menteri pengangkutan DS hishammuddin serta seluruh jentera pentadbirannya. Saban hari menteri ini terpaksa berdepan dengan persoalan yang meminta bukti ke mana hilangnya pesawat ini. Mereka menggunakan apa sahaja modal termasuk memperkecilkan aset pertahanan negara. Malahan puak pakatan haram ini menggemburkan kehebatan aset negara luar untuk tujuan menghina dan menjatuhkan martabat negara sendiri. AS yakin sebenarnya mereka ini mengetahui apa yang berlaku tetapi kerana matlamat memenuhi nafsu politik lebih menguasai maka mereka sanggup berbohong dan menyembunyikan kebenaran.

Sesungguhnya kehilangan MH370 ini membuka hikmah di sebalik kesedihan. Kita menjadi lebih peka siapa musuh kita sebenarnya.  AS tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Global Research yang bertajuk DISAPPEARANCE OF MALAYSIAN AIRLINES FLIGHT MH370: THE TRILLION DOLLAR QUESTION TO THE U.S AND ITS INTELLIGENCE SERVICES

Dalam artikel ini penulis menggesa para wartawan dalam mahu pun luar negara seperti CNN untuk berhenti menyalahkan kerajaan Malaysia kononnya tidak telus memberikan jawapan kehilangan MH370 dan menyarankan agar menyoal integriti Amerika dalam menyalurkan bantuan kepada negara ini dalam masa 3 minggu pertama. Penulis ini juga memberikan pandangan bahawa sebenarnya Malaysia hanya menjadi pemangsa atas agenda Amerika yang cuba melihat kehebatan aset China. 

WantChinaTimes, Taiwan reported,
The United States has taken advantage of the search for the missing Malaysia Airlines flight to test the capabilities of China’s satellites and judge the threat of Chinese missiles against its aircraft carriers, reports our sister paper Want Daily.
Erich Shih, chief reporter at Chinese-language military news monthly Defense International, said the US has more and better satellites but has not taken part in the search for flight MH370, which disappeared about an hour into its flight from Kuala Lumpur to Beijing in the early hours of March 8 with 239 people on board. Shih claimed that the US held back because it wanted to see what information China’s satellites would provide.
AS bersetuju dengan kenyataan penulis ini bahawa teknologi yang dimiliki Amerika mampu menyasarkan individu walau di mana sahaja individu itu berada tetapi tidak mampu memberikan maklumat tepat mengenai kehilangan MH370. Memang benar kata penulis ini, mengapa para wartawan tidak fokus pada kehebatan perisikan tentera yang dimiliki oleh Amerika di Diego Garcia sedangkan kehilangan MH370 adalah dalam lingkungan kawasan perisikan pusat ketenteraan Amerika di situ.   

Why was there been no focus, especially by foreign mass media, on the intelligence and surveillance capabilities of Diego Garcia, the strategic naval and air base of the US?
 Why no questions were asked whether the flight path of MH 370 (if as alleged it crashed in the Indian Ocean), was within the geographical parameters of the Intelligence capabilities of Diego Garcia? Why were no planes deployed from Diego Garcia to intercept the “Unidentified” plane which obviously would pose a threat to the Diego Gracia military base?
AS cadangkan agar selepas ini para wartawan pakat ramai-ramai buat havock pula mempersoalkan kredibiliti dan integriti aset ketenteraan Amerika yang telah gagal membantu kita dalam mencari MH370. DS Hisham telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan penuh komited. Beliau dan seluruh jenteranya telah berusaha untuk mencari MH370. Kini tiba masanya kita berfikir secara lateral dan horizontol. Untuk seluruh umat Islam di negara ini, berdoalah kerana melalui doa akan terbuka kebenaran. 


P/S - Penulisan ini sekadar perkongsian daripada artikel yang ditulis daripada Global Research dan bukan rekaan AS semata-mata. 

9 comments:

Anonymous said...

Saya setuju, serangan yang dibuat nak rosakkan imej negara sekaligus nak rosakkan datuk Hishamuddin.Sebenarnya US dan sekutunya gagal menjawab banyak soalan

Anonymous said...

Janji Allah ' Lepas kesusahan ada kesenangan ". Aku nampak Datuk Hishamuddin tenang dan tak terganggu dengan krisis besar ini. Aku doakan beliau berjaya.

Anonymous said...

Saya fikir ini perkara besar. Itu saya frust dengan pembangkang kita. Tak cukup supportif.

Anonymous said...

Apapun DS Hisham dah buat yang terbaik. Takbirrr!

Anonymous said...

Jika teori ini betul, kita tanya Al Gore. Tak jumpa al Gore? Tanya Anwarlah.

Anonymous said...

Gajah dengan gajah gaduh, apa pasal babitkan kita, Yahudi punya hati

Anonymous said...

Ini bermakna kita tidak berada dalam keadaan selesa dan selamat. Eloklah DS Najib dan DS Hishamuddin pikirkan sesuatu untuk perkukuhkan pertahanan

Anonymous said...

Konspirasi Yahudi. Allah akan balas perbuatan mereka

Anonymous said...

Keadaan makin runcing. Masa sangat terbatas, mari terus berdoa..