RAKAN PEJUANG

20 April 2014

KATA MAZA: KARPAL BOLEH SELAMAT DARI NERAKA ALLAH?

SALAM PERJUANGAN..

Sebelum ni AS memang meminati penulisan Dr. Maza kerana bagi AS Maza merupakan ulama alaf baru yang dapat melihat sesuatu isu itu dalam konteks luar kotak. Malangnya, sejak akhir-akhir ini, sejak Maza bergelumang dengan puak pakatan dan sejak berkawan dengan anwar, AS lihat banyak kenyataan Maza yang agak menyokong puak tersebut. 

Hari ini, AS terkejut membaca twitter daripada Maza dengan tajuk Bolehkah bukan muslim selamat dari neraka? AS buka dan baca, rupanya penulisan ini telah dibuat oleh Maza semasa dia menyambung pelajaran di UK dulu pada tahun 2011. Namun, kemusykilan AS mengapa hari ini dia membawa kembali isu tersebut? Adakah ada kaitan dengan kematian Karpal? Hanya Allah yang tahu.

AS serahkan pada pembaca untuk menilainya. Isu ini amat berat dan boleh membawa lebih teruk perpecahan ummah.
SILA BACA : BOLEHKAH BUKAN MUSLIM SELAMAT DARI NERAKA?



GILA???????????

8 comments:

Anonymous said...

Kena bezakan kafir dgn bukan Islam.
Kafir semmgnya bukan Islam, kalau pun mengaku Islam, sebnrnya munafik, cuma kita tidak tahu siapa yg munafik ni. Bukan Islam pula tidak semestinya kafir.
Kafir, fasik atau zalim adalah berhubung sikap penerimaan seseorg terhdp perintah hukum dan larangan Allah swt.
Kufur membawa makna, menolak, memusuhi, enggan taat, enggan patuh, menentang atau membantah, menyombongkan diri terhdp perintah Allah swt.
Yg semmgnya tak sampai seruan Islam, tak tahu langsung perintah dan larangan Allah swt, dan tidak diketahui sikapnya terhdp Islam, menentang, memusuhi, membantah atau berkecuali, tak kisah, atau bersikap berbaik baik walau pun tidak menerima, tidak kita ketahui. Adakah golongan ini boleh dikatakan kafir? Ini yg dibahaskan ulama' sbg ahli fitrah, bg saya mrk tidak kafir, tp mrk bukan Islam, yg nasibnya tidak disebut dlm Al Quran dan terserah kpd Allah swt semata mata. Adakah KS termasuk golongan ini ? Bg saya tidak, kerana KS jelas penentangannya terhdp Islam.
Kafir yg bererti menolak, memusuhi, enggan terima, enggan taat dan patuh, menentang membantah, menyombongkan diri terhdp perintah Allah swt, jelas dlm Al Quran mmg dijanjikan Neraka dan Allah swt tidak menyalahi janjiNya dan tidak mengubah ngubah KalimahNya.
Syurga pula dijanjikan utk org org yg bertaqwa, beriman dan beramal soleh. Yg sekedar mengaku Islam, belum tentu ke Syurga, dan belum tentu selamat dr Neraka.
Anyway, Neraka ni semua org kena lalui juga walau pun org bertaqwa sekali pun, cuma mufassirin berbeza dlm tafsirannya ttg makna "wariduha" dlm Surah Maryam 71, dan yg "wariduha" Neraka tu pula tidak semestinya terazab dgnnya, kerana org bertaqwa telah dijanjikan keselamatan, tiada kesedihan tiada ketakutan yg mana walau pun mrk "wariduha" Neraka tu tp mrk tidak terazab olehnya.
Yg pasti kafir ke Neraka, yg taqwa pasti ke Syurga. Tak kafir tp tak taqwa, belum ada jaminan.
Ahli Kalimah Syahadah pula yg mati dlm keadaan tidak terbatal Syahadahnya, Nabi saw kata ?Dakhalal Jannah" iaitu akan masuk Syurga walau mungkin terpaksa disuci dibersihkan dulu dosa dosanya di Neraka, sbb kita tahu Syurga tu tmpt yg bersih suci, yg baik baik, yg mulia, tiada yg kotor yg hina, yg buruk, yg jahat akan berada di dlmnya.
Mk itu sbnrnya penting sekali kita berusaha bersungguh sungguh agar kita termasuk golongan org org bertaqwa ini agar selamat kita dr segala azab, dan jgn sekali kali mati dlm keadaan kufur, na'uzubillah.
waAllahu'alam !

AntiHipokrit said...

Karpal tu tak sampai seru ke ? Bukanke dah bertahalluf sikit punya baik. Matinya sbg kafir memang sbg org yg kufur kpd Allah. Bukan kerana tidak sampai seru Islam kpdnya.

Anonymous said...

Pd aku kebnykn bukan Islam hari ini mmg kafir, ada lg ke yg tak sampai seru kat M'sia ni?
Yg tahu agama tp ngajar yg salah, dimisalkan mcm anjing. Yg ngikut ngikut tanpa fikir betul salahnya, dimisalkan spt binatang ternak. Kan dulu dulu anjing ni yg ngawal binatang ternak, gitu le dibuat permisalan. Begitu juga manusia, bila taksub dgn kumpulan masing masing, walau pun salah dipertahankan jugak, diikut jugak, mcmlah binatang ternak, pimpinannannya pulak dimisalkan spt anjing. Klu ada yg terasa harap jgn marah, fikir fikirkanlah, lg pun org bertaqwa tak mudah marah. Tok nenek dok sembah patung, dia pun ikut sembah patung tanpa fikir betul salahnya, walau pun ada PHD tp dimisalkan mcm binatang ternak.

Anonymous said...

Terima kasih kerana pautan ke laman artikel dr maza utk topik tersebut.

Kandungan artikel tu mmg bukan utk santapan orang yang tiada asas agama atau utk orang yg baru belajar agama.

Mmg masih ada orang dalam dunia ni yg tak pernah dengar pun ttg Islam... Kaum inuit di artik, orang asli di amazon, malah mungkin kaum penan di Sarawak.

Bahagian mereka sudah pasti ada di sisi Allah yang maha Adil.

Tapi nak kaitkan dgn bukan Islam yg tinggal dalam petempatan yg bertamadun atas alasan '...mungkin hujah ttg Islam belum dijelaskan sepenuhnya kpd mereka', adalah alasan yg amat daif.

Anonymous said...

MAZA ni ada penyakit jiwa dan tak siuman sedikit. Walau pun sedikit tapi merosakkan umat.

Anonymous said...

Baca atau dgr pndgn pndgn yg tidak mashur di klgn umat Islam ni kena hati hati dan buat tapisan, buat rujukan dgn kitab kitab imam imam yg terpercaya di klgn Ahli Sunnah, atau ilmuan ilmuan yg terpercaya.
Pemerhatian aku secara peribadi, di klgn yg aku ikuti pndgn pndgnnya dan tulisan tulisannya aku sgt yakini beberapa ilmuan, pd aku utk yg belum mendlm ngajinya pun boleh ikut, tak payah tapis, iaitu Ust Zul Al Bakri, Nuruddin Al Banjari (Indon), Mohd Idrus Ramli (Indon) dan sorg anak muda, Syed Ahmad Faiz. Bukan yg lain tu kurang, tp pasal aku tak ikut sgt pndgn pndgn dan tulisan tulisan mrk.
MAZA pd aku bnyk kontroversi, yg ngaji agama boleh baca pndgn dan tulisannya utk buat perbndgn, tp utk diikuti kena tapis elok elok.
WaAllahu'alam.

Anonymous said...

Pndgn MAZA ttg isu Kalimah Allah swt, jgn ikut, merosakkan aqidah.
Isu Kalimah bukan isu cabang / furu' tp isu aqidah.

Unknown said...

Saya bukanlah mempertahankan Asri. Dari apa yang ditulis oleh beliau ialah menceritakan mengenai ceramah bertajuk "Can Non-Muslims be Saved?" yang dibentangkan oleh Jon Hoover, pengkaji Ibn Tammiyya dan Ibn Qayyim. Dari apa yang saya baca drp profile Jon Hoover, University Nottingham, Jon Hooper mengatakan bahawa Ibn Qayyim tidak memberi pendapat yang jelas mengenai samada orang bukan Islam akhirnya akan berada di Syurga. Malah Asri pun mengeluh kerana tiada penjelasan mengenainya.
Pendapat saya Asri membangkitkan hal ini pada masa kematian Karpal Singh kerana ada isu ini dibangkitkan. AS memilih tajuk "KATA MAZA: KARPAL BOLEH SELAMT DARI NERAKA?" hanyalah untuk menarik pembaca membaca tulisannya. Malah AS tidak memberi pandangan tapi hanya menyuruh pembaca merumuskan sendiri.
Apa yang saya boleh rumuskan disini bahawa Asri tidak mengatakan Karpal boleh selamat dari Neraka. Ini berasaskan mengikut Asri kpd Ibn Qayyim yang berkata: "Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanab)".
SAYA HARAP JANGANLAH ADA YANG MENGATAKAN ASRI KATA KARPAL SELAMAT DARI NERAKA.