RAKAN PEJUANG

11 April 2014

MUKA KERING DALAM PARLIMEN

SALAM PERJUANGAN....

AS nak ucapkan syabas dan tahniah pada rafizi kerana menjadi kuli batak yang nuar brahim yang paling berani dan anak jantan. Sebab apa? Sebab....rafizi lembu ni telah berjaya melakonkan watak yang baik sebagai "kaki pukul" dalam parlimen apabila dia tanpa menghiraukan sama ada fakta berkaitan dengan GST itu betul atau salah (memang banyak fakta yang salah pun) dengan beraninya memberikan hujah untuk membuktikan bahawa GST memang membebankan rakyat di PARLIMEN.  Rakaman hujah rafizi lembu ni telah tersebar melalui youtube bagaimana dia berhujah tentang kelemahan GST. Bijak betul rafizi lembu ni membawa isu ini di PARLIMEN. Ini kerana PARLIMEN adalah tempat yang paling ampuh untuk menyuntik kepercayaan pada rakyat. Namun, tujuan utama dia mengeluarkan kenyataan dalam PARLIMEN bukan sebab nak membela rakyat pun. Bukan sebab GST tu teruk, bukan sebab tidak mahu melihat rakyat menderita, bukan kerana nak menjadi wira rakyat jelata, bukan! bukan! bukan!


Matlamat utama rafizi adalah untuk MEWUJUDKAN PERSEPSI, MEMBINA PERSEPSI, MENGEMBANGKAN PERSEPSI DAN MENGINDOKTRINKAN PEMIKIRAN RAKYAT BAHAWA KERAJAAN BN NI TERUK, MEMBULI RAKYAT, MENGUTAMAKAN KEKAYAAN DIRI SENDIRI, MENIPU, TIDAK BIJAK MENTADBIR DAN BERMACAM LAGI PEMIKIRAN NEGATIF TERHADAP KERAJAAN DI BAWAH PIMIPINAN DS NAJIB. MATLAMAT UTAMANYA ADALAH RAKYAT PERLU BERSAMA MEREKA PADA 1 MEI INI UNTUK TURUN PADANG MENENTANG KEZALIMAN GST DAN TUKAR KERAJAAN!!!!!

Ini yang rakyat tidak tahu. AS pernah terdengar seorang anak muda berkata, "kita kena beli tahun ni, tahun depan GST, harga naik dah".  Persepsi telah bertukar menjadi kepercayaan maka berpeganglah mereka pada kepercayaan yang salah ini dan menghalalkan mereka melakukan perarakan dan mendesak kerajaan BN diturunkan. Ini agenda besar wahai pemimpin BN. Itu sebab AS katakan rafizi sangat bijak berlakon dan bijak mengatur strategi memastikan agenda jahat mereka sampai menyerap dalam pemikiran rakyat.

Hakikatnya, apa tindakan BN? Apa tindakan UMNO? Mana youtube maklum balas semula orang UMNO/BN dalam PARLIMEN menghentam kenyataan rafizi? Mana tindakan kita untuk memastikan semua rakyat tahu tentang kebaikan GST? Tidak cukup sekadar memasang iklan di tepi highway. Tidak cukup sekadar memberi penerangan dalam program wacanan RTM. Siapa nak dengar? Berapa ramai nak dengar? Kita tidak aktif seberti mereka. Kita alpa dan terus alpa. Dalam kalangan kakitangan awam sendiri tidak ada penerangan tentang GST. Tidak sampai ke akar umbi. Apa strategi kita untuk menerangkan kepada rakyat dan anak muda tentang kelebihan GST? Mana? 1 Mei tidak lama lagi. Mereka mengatur langkah ke depan untuk kemusnahan kita tetapi kita masih kaku termanggu mengharap keajaiban tiba.

Bertindaklah seperti DS Hisham yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam memberikan fakta misi pencarian MH370. Rakyat perlu diberikan maklumat agar tidak tenggelam dalam penipuan pakatan haram. DAP sedang menganga untuk menjadikan orang melayu kasut mereka. Bersediakah kita menjadikan anak cucu kita kasut mereka? Tepuk dada tanya selera!








No comments: