RAKAN PEJUANG

03 March 2014

PKR SEMAKIN RAPUH, PAS SEMAKIN LEMAH, DAP JUGA YANG MAKIN GAGAH

Salam Perjuangan...

AS melihat kemelut yang melanda PKR sekarang ini adalah merupakan satu petanda kepada PAS bahawa Allah tidak merestui hubungan mereka dalam Pakatan Haram. Jenuh sudah mereka berdoa, bersolat hajat, bermunajat mohon agar Allah memberikan kemenangan kepada mereka. Namun, mereka kian didedahkan dengan sikap hipokrit pemimpin parti PKR dan DAP yang hanya menjadikan mereka boneka dan tempat pijak yang paling ampuh untuk dipergunakan.

Selain itu, PAS sendiri pastinya dapat menilai betapa kerakusan pemimpin PKR mempermainkan agama dan memutar belit kata hingga sanggup menggadai kepercayaan pengikut mereka demi kuasa. Ini terbukti apabila Anwar tanpa perbincangan dengan PAS tetapi bersekongkol dengan DAP mengambil tindakan drastik bertanding di DUN Kajang.

Malang sekali Parti Islam Semalaysia dijadikan boneka. Malang bagi Parti ini kerana gagal untuk melihat petunjuk yang diberikan kepada mereka bahawa sesungguhnya PARTI ISLAM SEMALAYSIA DI MATA PKR DAN DAP HANYALAH SEBUAH MAINAN MURAHAN YANG HANYA LAYAK DIJADIKAN TEMPAT PIJAK SEMATA-MATA!

PKR SEMAKIN RAPUH, PAS SEMAKIN LEMAH, DAP PULA SEMAKIN GAGAH! KENAPA? KERANA ORANG MELAYU BERPECAH!

 PASTINYA HANYA UMNO/BN DI HATI!






No comments: