RAKAN PEJUANG

09 March 2014

JERAT TAK PERNAH LUPA PELANDUK! BERHATI-HATILAH...

SALAM PERJUANGAN

Apa yang berlaku terhadap MH370 amat menyedihkan kita. Pelbagai spekulasi telah dibuat oleh ramai orang yang dia sendiri pun tidak pakar dalam hal penerbangan ataupun jenayah. Dalam kesedihan kita menanti berita dan kepastian mengenai pesawat tersebut, pencacai dan penjilat jubur nuar ibrahim melaungkan apa yang berlaku ini bala kerana UMNO mempenjarakan nuar yang tak bersalah.

Inilah mentaliti pembangkang. Anak-anak muda pembangkang ini tidak lain telah disumbat kepala otak mereka dengan ketaksuban yang melampau terhadap nuar. Ingat nuar tu nabi ke? ulama besar? Kes yang tertangguh sebanyak 60 kali. Kalau kerajaan nak tangkap nuar tu, dah lama dia disumbatkan masuk lokap. Pencacai ni kata UMNO takut kalau nuar menang DUN Kajang. Statement low mentaliti.
Kerajaan tetap akan berdiri teguh walaupun nuar duk dun kajang tu wahai pencacai!

Satu perkara lagi, AS nak ingatkan kita semua, isu hangat kehilangan MH370 telah membuatkan kita lupa mengenai kes nuar yang didapati bersalah. Semua media perdana hanya memberikan tumpuan pada MH370 kerana peristiwa ini amat menggemparkan kita. Namun, kita jangan lupa, jerat tidak pernah lupa pelanduk. Tolong berikan perhatian pada perancangan mereka yang berniat jahat membuat huru hara atas kes nuar.

AS cuma ingatkan sahaja kerana AS rasa ada agenda di sebaliknya (perancangan huru hara) Biarlah kita melihat dengan kedua belah mata.  BUKAN MATA BUTA SEBELAH! HARAP ADA YANG MEMAHAMI MAKNA TERSIRAT YANG CUBA AS NYATAKAN NI!





No comments: