SALAM PERJUANGAN...
PRK DUN Kajang akan diadakan tidak lama lagi. Pihak pembangkang bertungkus lumus mempertahankan kerusi mereka yang dilacurkan oleh mereka sendiri. Atas pelacuran ini membuatkan mereka bagai cacing kepanasan ketika mencari calon yang sesuai untuk menggantikan anwar yang didapati bersalah meliwat.
Orang yang paling malang diangkat untuk menjadi calon PKR adalah wan azizah kerana terpaksa mencuci najis dan kotoran yang digubah suaminya anwar ibrahim. Tanpa mengenal erti kesedihan terhadap kejadian MH370, jentera pembangkang dan wan azizah sendiri saban malam memukul canang memfitnah kerajaan khususnya Pemangku Menteri Pengangkutan kononnya kita lembab mengambil tindakan. Itu perkara biasa bagi pembangkang negara ini. Mereka bukanlah berhemah sangat pun. Nilai kebenaran ditolak ke tepi walaupun mereka tahu bahawa kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk MH370.
Kerajaan kepimpinan DS Najib disarankan agar tidak membuang duit rakyat menabur ratusan dan jutaan ringgit untuk membeli hati masyarakat china di Kajang. Biarlah mereka terus percaya pada fitnah PKR, percaya pada mimpi kosong DAP. Biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.
Apapun, kepada rakan-rakan berbangsa China dan India yang masih setia bersama BN, percayalah pada calon DUN Kajang yang sangat sempoi, berpendirian serta suka membantu. Poster BN yang direntang di tepi jalan sepanjang pekan Kajang menunjukkan calon ini amat layak ditempatkan di DUN Kajang demi memastikan perniagaan orang china di kajang terus maju.
Kenyataan Kit Siang bahawa pengundi di Kajang perlu menjadi hakim untuk menghukum BN sangat klise. Siapakah yang perlu dihukum?
PENYELAMAT
ATAU
PENGKHIANAT?
1 comment:
Jauhkan diri dari peliwat !
Post a Comment