RAKAN PEJUANG

22 March 2014

TOLONG SIASAT CCTV

SALAM PERJUANGAN....

Walaupun PRK Kajang akan diadakan esok tapi AS kurang berminat untuk membicarakan tentang kesewelan puak pembangkang untuk menang di Kajang. Bagi AS, isu penting yang lebih besar adalah kehilangan MH372. AS ingin bersama rakyat Malaysia yang lain memberikan sokongan pada pihak pemerintah negara khususnya kepada Pemangku Menteri Pengangkutan DS Hishammuddin yang tidak akan mengalah walau diterjah dan dikutuk oleh puak kepala biul sama ada di dalam maupun di luar negara. AS terus kagum dengan kehebatan pemimpin ini.

Berbalik semula pada pencarian MH370, kini seluruh dunia mencari pesawat tersebut. Masing-masing mengeluarkan pandangan dan hujah untuk membantu negara ini mencari MH370 yang hilang entah ke mana. 

Dalam konteks ini, AS pun tidak terkecuali berbicara tentang misteri kehilangan pesawat ini bersama beberapa orang rakan. AS telah berjumpa seorang rakan yang merupakan seorang ahli psikologi yang secara tidak sengaja bercakap tentang video cctv semasa pemeriksaan keselamatan ke atas kapten zaharie dan co pilot fariq.

AS sedar bahawa adalah berdosa besar kita sebagai umat Islam membuat tuduhan ke atas orang lain tambahan pula individu tersebut seorang yang diketahui orang yang baik. Malahan sekiranya ditakdirkan Allah kemalangan jiwa berlaku ke atas individu ini, AS akan menanggung dosa yang amat besar kerana bersangka buruk begini. Namun, AS niatkan untuk penyiasatan. Bukan cuba memburukkan. Ini kerana bahasa lenggok badan dan riak wajah kapten zaharie ketika memasuki pemeriksaan amat pelik. Dalam keadaan biasa, kedudukan mata kita akan berada searas dengan bahu sebagaimana yang dilakukan oleh fariq. Namun, berbeza dengan keadaan kapten berpengalaman ini. Mata beliau terus memandang cctv dengan keadaan kepala yang tegak untuk diperiksa. 

Menurut kawan AS tu, kedudukan mata yang terus memandang cctv dan tanpa ada pergerakan menunjukkan syarat yang tertentu seperti cuba menyembunyikan sesuatu. Walau bagaimanapun, andaian ini akan terbatal atau salah sekiranya ia merupakan habit atau perlakuan kapten zaharie setiap kali melalui pemeriksaan. Oleh itu, AS mohon agar pihak MAS melihat kembali beberapa cctv sebelum ini yang menunjukkan pergerakan kapten tersebut. 

Itu sahaja yang dimaklumkan oleh kawan AS tu dan AS harap sekiranya andaian ini salah, AS mohon maaf kepada kaum keluarga dan sahabat handai kapten hebat ini. Sekiranya sebaliknya, maka penyiasatan perlu dilakukan lebih mendalam lagi.

Hanya Allah yang tahu.

2 comments:

Anonymous said...

Ini termasuk dlm salah satu aspek siasatan..faktor psikologi. Ada asas untuk pemerhatian dan siasatan.

Anonymous said...

Pandangan yang wajar diberi perhatian