SALAM PERJUANGAN
SALAM SYAWAL BULAN KEMENANGAN
Mencari dan terus mencari. Mencari siapakah dalang di sebalik semua ini. Mencari sebab mengapa mereka memperlakukan kita begini. Adakah kerana kebetulan atau ia adalah satu rancangan yang amat terancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ada khabar mengatakan pesawat ini ditembak oleh jet pejuang di udara dan terkini Menteri Pertahanan memaklumkan bahawa ia ditembak dari darat ke udara dengan menggunakan peluru berpandu BUK sehingga terkena pesawat malang tersebut.
Bagaimana cara ditembak bukan menjadi isu utama tetapi penembak itu yang perlu dicari. Justeru, Menteri Pertahanan DS Hisham dengan penuh rasa tanggungjawab berkata mulai 10 Ogos, hashtag #Pray for MH17 ditukar kepada #Justice For MH17. Oleh itu,beliau mengajak rakyat Malaysia menggunakan hashtag ini untuk menunjukkan sokongan kepada keadilan untuk pesawat tersebut.
AS kagum dengan semangat keberanian yang ditunjukkan oleh DS Hisham apabila dalam kenyataannya menyebut "Kalau sebelum ini insiden pesawat komersial lain yang ditembak tidak mendapat keadilan yang sewajarnya hingga ke hari ini, kita tidak mahu ia turut menimpa MH17 dan kita akan siasat ke akar umbi untuk tahu siapa yang bertanggungjawab," katanya.
Semangat ini yang diperlukan oleh kita daripada seorang pemimpin yang berani seperti ini. Memang benar, kita perlu mencari keadilan yang sewajarnya untuk MH17 walau sepayah mana sekalipun. Apa yang penting adalah usaha. Semoga pencarian keadilan ini berhasil dengan izin Allah S.W.T. #JUSTICE FOR MH17!.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140810/dn_01/MH17-bukan-ditembak-pesawat-pejuang#ixzz3A0OZybMH
© Utusan Melayu (M) Bhd
9 comments:
Semangat beginilah yang kita perlukan. Kita negara berdaulat.
Syabas kerajaan Malaysia. Nampak semakin tegas dan yakin menghadapi cabaran
Aku syak ini Yahudi punya perancangan
Kemalangan. Allah menguji
Mari kita semua rakyat Malaysia bersatu hati. Negara kita pertahankan.
Syukur. Kita telah berada di tahap negara bebas sepenuhnya. Aku harap penjenayah ini akan dikenalpasti.
Siapapun yang terlibat mesti diheret untuk dijatuhkan hukuman. Msia tak pernah kacau sesiapapun
Akhirnya kita akan dapat dalang disebalik semua ini. Harap kerajaan kita bertegas dan tidak tunduk ddngan sebarang tekanan
Kita doakan agar pemimpin kita mempunyai kekuatan untuk meneruskan usaha mencari penjenayah sebenar.
Post a Comment