RAKAN PEJUANG

02 August 2011

TOLONG SAMPAIKAN DOA DAN HASRAT INI PADA DATO DR. HARUN DIN.

SALAM...


ANAK SUFI MENDOAKAN AGAR TIMBALAN MURSYIDUL AM PAS DATO DR. HARUN DIN CEPAT SEMBUH. KAMI UMAT ISLAM DI NEGARA INI YANG TELAH MEMBESAR BERSAMA CERAMAH DAN FORUM DARIPADA BELIAU TERASA SEDIH DENGAN BERITA BELIAU YANG DIMASUKKAN KE IJN. 


WALAUPUN DATO HARUN DIN MERUPAKAN AHLI PAS, TAPI IA TIDAK MENGUBAH RASA HORMAT KAMI PADA SEORANG ULAMA TERSOHOR SEPERTI BELIAU YANG BERCAKAP BUKAN ATAS NAFSU TAPI ATAS DASAR HAQ. DI KALA USTAZ-USTAZ CIPTAAN PAS BERCAKAP SEKONYONG MENGIKUT NAFSU POLITIK MEREKA, DATO HARUN DIN BERCAKAP DI ATAS LANDASAN AGAMA ALLAH YANG SEBENAR.


BELUM PERNAH ANAK SUFI MENDENGAR DATO HARUN DIN MEMAKI HAMUN ORANG APALAGI MENYUMPAH SERANAH ORANG SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN OLEH USTAD PAS TERMASUK NIK AZIZ SENDIRI.


DATO HARUN DIN MUNGKIN RASA SANGAT KECEWA KERANA PAS SUDAH LARI DARIPADA LANDASAN PERJUANGAN SEBENAR. DATO HARUN DIN MUNGKIN RASA SANGAT TERKILAN APABILA PERLEMBAGAAN PAS KINI BUKAN LAGI BERTERASKAN NEGARA ISLAM TETAPI LEBIH TUNDUK PADA KAFIR DAP DAN PERCATURAN JAHAT ANWAR IBRAHIM.


DATO HARUN DIN, KAMI MENDOAKAN DATO CEPAT SEMBUH DAN MENGHARAPKAN DATO DAPAT MENJADI PENYELAMAT UMMAH. AMBIL LAH PENTADBIRAN PAS DENGAN SEGERA. SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN DATO MENJADI MURSYIDUL AM PAS MENGGANTIKAN NIK AZIZ YANG SUDAH GANYUT DIBAWA USIA. 


ATAUPUN KAMI INGIN SEKALI MENDENGAR DATO HARUN DIN MENGISYTIHARKAN KELUAR PAS DAN MENJADI PENCERAMAH BEBAS SEPERTI DULU. KAMI MERINDUI DATO. 

SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN USIA DAN MEMBERIKAN KEKUATAN PADA DATO MELEPASKAN DIRI DARIPADA PAS UNTUK MENERUSKAN USAHA DATO BERDAKWAH DALAM MASYARAKAT KITA YANG KIAN CELARU INI.

6 comments:

Anonymous said...

Aminnn....

Anonymous said...

amin...

jom download quran mp3 player secara percuma :-

http://www.shaplus.com/free-quran-software/quran-mp3-software/QuranReciter/quranreciter-free-download.htm

Anonymous said...

bila aku balik kg jelempuk perlis kg harun din dan juga kg aku selalu sangat dengar orang kampung meluahkan perasaan kecewa setelah dia terlibat dgn politik. elok elok jadi penceramah bebas macam dulu merajuk sikit dgn tun M, terus masuk PAS.Terlalu percaya sangat dgn anwar hingga sanggup keluar kenyataan anwar x liwat azizan setelah pegang dada anwar.

Apa bodo harun ni tak tau la.cuba tengok hari ini siapa sebenarnya anwar. 99% rakyat malaysia percaya pelakun video sex tu anwar,depa yang kata tak percaya tu pun sebenarnya pembohong, depan khalayak bila orang tanya kata itu bukan anwar sebab ego nak tunjuk yg dia penyokong anwar dan pas,tapi bila balik rumah depan bini dah cite lain,bila kena herdik ngan bini."ye la abang rasa memang betul lah anwar dalam video tu dan abang yakin itu anwar, sebenarnya abang kenal sangat anwar tu,tapi nak jaga parti abang diam je la."ini contoh kata2 dari bini orang pas yg cerita pd bini aku dan aku. ini kesilapan besar harun din. dia harun din memang baik tapi dia akan nampak lebih baik kalau tak sertai politik.

belum tentu jadi penyokong dan ada jawatan dlm pas harun din boleh masuk syurga,silap silap keneraka, woooi nauzubillah..harun din kena ingat ini semua kerja tuhan.walau pun beza umur kita 10 th aku lebih muda tapi harun hang kena pikir berkali kali kali kali.....

Aliffnajmi said...

Dulu aku sokong PAS sbb ada Harun Din kt dlm PAS, tp kini aku keluar dr PAS sbb ada Nik Aziz, Nizar, Mat Sabu dan ostat2 serta para penyokongnya yg terlalu angkuh, terlalu memandang rendah pd org yg tak bersependapat dgn mereka.

Semoga Dato Harun Din lekas sembuh dan dpt menjalani ibadah2 dgn selesa. Aminn.

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat saudara.

Tiada siapa yang tak sayang pada agama. Begitu juga bila dikatakan perjuangan yang berlandaskan agama, maka tentunya menjadi menjadi impian setiap insan yang cintakan Islam mahu Islam di martabatkan sebagai cara hidup dalam setiap pentadbiran.

Lalu lahirlah badan politik yang seawalnya kearah tersebut dengan pemimpinnya yang telus dan sanggup berkorban kearah menegakkan Islam sebagai perjuangan politiknya.

Setelah masa berlalu dan setelah silih berganti pucuk pimpinan maka hala tujunya kian berubah demi tuntutan semasa bagi mendapat kuasa politik maka kekaburan telah meresap jauh dalam hati pucuk pimpinan dan penyokongnya hingga retaknya melintasi sempadan yang tak kenal lagi sesama Islam yang mempunyai kalimah yang sama atau orang asing dijadikan kawan yang disangka setia dalam perjuangan......

Seharusnya ini menjadi cermin yang akan membuat kita bermuhasabah bersama..... walahualam

Anonymous said...

Kami berdoa kpd Allah agar Dato Dr harun din cepat sembuh dan kami harap Dato Dr harun din jadi penceramah bebas semula bg memudah dan membetulkan apa yg berlaku pd umat islam skrg ini.