RAKAN PEJUANG

03 August 2011

PENGAKUAN PEGAWAI IMIGRESEN YANG TELAH DILEPASKAN DARI ISA.

SALAM...

INI ADALAH PENGAKUAN DARIPADA PEGAWAI IMIGRESEN YANG TELAH DITANGKAP ATAS KESALAHAN PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN TELAH DILETAKKAN DI BAWAH ISA. IA ADALAH SATU PENGAKUAN YANG IKHLAS DARIPADA MEREKA. 


KALAU ISA NI TERUK, TAK KANLAH ANWAR BOLEH BERJUMPA KELUARGA DAN BERSANTAI BERSAMA DALAM TAHANAN!


'ISA buatkan kami benar-benar insaf'
Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
2011/08/03
Tiga bekas pegawai imigresen mahu rakan setugas ambil iktibar kesalahan mereka 

KAMUNTING: “Alhamdulillah, pembebasan saya hari ini (semalam) adalah kerana keberkatan Ramadan. Saya betul-betul insaf dan sedar dengan kesalahan yang saya lakukan,” kata seorang daripada tiga bekas pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dibebaskan petang semalam.
Bagi ketiga-tiga mereka yang ditahan sejak Oktober tahun lalu kerana kesalahan penyeludupan manusia tiada apa yang lebih bermakna selain terlepas daripada kurungan dan kembali menjalani kehidupan yang normal.
Hanya tangisan kegembiraan dan lafaz kesyukuran dipanjatkan sebaik ketiga-tiga mereka menerima perkhabaran gembira itu daripada Pegawai Khas Bahagian Pemulihan Menteri Dalam Negeri, Datuk Pirdaus Ismail kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam. 

Seorang pegawai lingkungan usia 30-an itu dengan nada terharu melafazkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam di atas keprihatinan mereka membebaskannya serta tujuh rakannya, mulai semalam. 

“Saya tidak mahu mengungkit lagi peristiwa lama. Pengajaran yang berlaku kepada saya menjadi teladan kepada diri sendiri dan rakan lain supaya lebih berintegriti. Selepas ini, saya akan kembali ke pangkuan keluarga dan membina hidup baru,” katanya dalam temubual di Pusat Tahanan Perlindungan Taiping di sini, semalam. 

Beliau bersama dua lagi rakan lain termasuk seorang wanita dibebaskan daripada tahanan ISA kira-kira jam 7 petang semalam sebaik urusan dokumentasi selesai. Lima lagi akan dibebaskan, Jumaat ini. 
Kelmarin, Hishammuddin mengumumkan kementeriannya akan membebaskan lapan bekas pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut ISA secara berperingkat mulai semalam selepas pihaknya mendapati mereka memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis, menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya. 

Seorang lagi tahanan yang dibebaskan berpendapat ISA patut dikekalkan kerana ia satu pendekatan yang baik bagi ‘memulih’ mereka yang mengancam keselamatan negara. 

“Sebelum ini, saya mengandaikan ISA adalah kejam. Saya baca dalam blog, macam-macam yang diperkatakan mengenai ISA, termasuk tahanan diseksa seperti dicabut kuku dan diberi makanan seperti anjing, tetapi semua itu tidak benar. 

“Saya dilayan dengan baik. Makanan dan tempat tidur selesa, malah saya diberi pengisian aktiviti yang banyak menyedarkan diri saya. 

“Saya tidak mahu buat lagi (kesalahan)... saya sudah insaf dan ISA ini betul-betul menyedarkan saya,” katanya berazam menggunakan peluang kedua ini menjadi insan lebih baik. 

Seorang lagi tahanan yang juga bekas pegawai kanan jabatan itu berkata, dia akan berusaha untuk mempraktikkan semua latihan dan kursus yang dijalani sepanjang lapan bulan di kem tahanan apabila keluar nanti. 

“Sepanjang berada di sini, kami sudah diberi persediaan untuk menghadapi dunia luar dalam bentuk latihan dan kursus. Jadi, saya bercadang untuk menjadi seorang usahawan bagi meneruskan kehidupan bersama keluarga nanti,” katanya yang akan dibebaskan Jumaat ini. 

Seorang lagi tahanan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menahannya mengikut ISA dan bukan didakwa di mahkamah. 

“Kini saya, betul-betul memahami ISA adalah satu bentuk pencegahan dan bukannya hukuman,” katanya. 



SUMBER: BERITA HARIAN

4 comments:

Anonymous said...

wakakakk...dah kena turn over dah...itu otak punya sudah pusing2 maaa....

pemuda jawi said...

nampak sangat pemuhung....

anti sesat said...

pemuda jawi...

yang kena bohong adalah korang yang bodoh dan dungu ni. yang membabi buta je ikut apa ketua korang cakap.

jangan nak menafikan lah oi! kalau orang lain semua bohong. kalau korang hatta si kafir celaka tu cakap semua betul.

bengong!

Anonymous said...

Memang betul la akta ISA tu berkesan,tahniah pada polis yg buat kerja dgn baik.Tabik spring.Terbukti bersalah insaf.Tidak lah betul,sindiran maksud akta ISA "ikut suka aku".kikikiki kena kencing dgn pembangkang shj.