RAKAN PEJUANG

21 April 2014

3 PAGI PUN DATANG JUGAK.....

SALAM PERJUANGAN...

Sejak akhir ini banyak sangat berita kemalangan yang diterima. Baru pagi tadi dalam jam 2 pagi berita pendaratan cemas MH192 di KLIA diterima dengan penuh kejutan. Maklumlah, MH370 pun belum selesai isu lagi, ini dah ada satu lagi pesawat yang mengalami masalah teknikal yang memerlukan pendaratan kecemasan. 

Dengan izin Allah S.W.T, akhirnya pesawat tersebut berjaya mendarat setelah berlegar-legar di ruang udara selama beberapa jam. Tahniah kepada juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat yang begitu profesional sehingga semua penumpang selamat. Syukur. 

Dalam keadaan yang sebegitu terkejut, kehadiran  DS Hisham di KLIA pada jam 3 pagi sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada para penumpang dan krew. Kehadiran DS Hisham membuktikan bahawa pemimpin ini sangat prihatin dan amat bertanggungjawab pada kementerian yang digalas. Tahniah DS. AS terbaca komen daripada seseorang yang menyatakan bahawa walaupun dia penyokong pembangkang, namun dia respect DS Hisham kerana sentiasa ada bersama waktu kesukaran sebegini walaupun pada waktu dinihari. 


Bersyukurlah pada Allah kerana menyelamatkan negara kita daripada satu lagi bencana besar yang pasti mengundang pelbagai persepsi dan andaian daripada pihak yang membenci kita. Tahniah sekali lagi kepada Juruterbang dan pembantunya. Anda Hebat. 


13 comments:

Unknown said...

Congratulation! DS HISHAM. That is the way a minister, MP & ADUN should be seen and doing their jobs.
DS Hisham has led the way for others to follow. How many of them could do that?

Anonymous said...

Dah sebulan lebih Datuk Seri bekerja tanpa henti. Kita doakan kesihatan beliau dan pasukannya.

Anonymous said...

Datuk Hisham dah macam pemimpin dulu dulu. Macam nenda dia. Jenis yang tak pandai berehat.

Anonymous said...

Demi rakyat. Masa tu Nuar Brahim di mana?

Anonymous said...

Kalau aku boleh bercakap dengan Najib, aku nak mintak dia teruskan Hishamuddin sebagai Menteri Pengangkutan. Tak payah MCA

Anonymous said...

DULU AKU MENYAMPAH SI HISHAM NI
TAPI SEKARANG TENGOK DIA DH PERBAIKI
KESALAHAN LALU ,,,,AKU MULA RESPECT
LAGI PUN SEKARANG DIA HUNUS SENJATA NO MORE ''KERIS''

Anonymous said...

Yg dok hentam Hisham bukan2 ni pukul 3 pagi dok syok tido kt rumah lagi.. sapa yg buat kerja, sapa yg hanya tau menyalak mcm anjing je?

Anonymous said...

Setiap kejadian adalah atas kehendak Allah.. X de sape yg boleh persoalkan... apa yg penting usaha manusia tu...

Anonymous said...

Ya Allah...terharunya... bila masa Hisham ni berehat & tidur?

Anonymous said...

Semangat & kewibawaan beliau ni lah yang menjadi keyakinan rakyat Malaysia

Anonymous said...

Dulu orang tak heran pun Hisham ni.. sama la dengan aku pun..tapi sekarang semua orang da buka mata dan nampak siapa Hisham sebenarnya...

Anonymous said...

Tiada kata2 yang dapat gambarkan berapa hebatnya Hishamuddin sejak dua menjak ni

Anonymous said...

So proud of you DS Hisham