RAKAN PEJUANG

06 May 2013

KEJAYAAN UMNO/BN KERANA KEHENDAK ALLAH JUA! TAHNIAH PAS KERANA TERBUKTI ANDA HANYA BALACI DAP!

Salam Perjuangan....

Tahniah kepada BN kerana telah berjaya sekali lagi mendapat mandat daripada rakyat untuk mentadbir negara. Tapi anak sufi yakin, akan ada episod sambungan daripada puak pembangkang yang pastinya akan mencari jalan untuk melakukan rusuhan dan undi tak percaya (harap tidak lah). 

Kepada puak PAS pun anak sufi nak ucapkan tahniah juga kerana telah berjaya menjadi balaci kepada dap. Akhirnya DAP telah mendapat sokongan padu kaum china sedangkan melayu terus berpecah. Lebih malang lagi bila PAS hanya mendapat beberapa tempat sahaja dalam parlimen dan selebihnya adalah PKR dan majoritinya DAP. Tahniah kerana menjual agama dan memecah belahkan melayu!

Peringatan anak sufi kepada puak PAS, bermuhasabahlah. kalian telah melakukan solat hajat berpuluh ribu jamaah, kalian telah berdoa diberi kemenangan dan menghancurkan BN. 

Malangnya doa kalian tidak diterima Allah malahan kalian terus mendapat kekalahan yang teruk. Kalian semakin dibenci oleh orang Melayu kerana kebodohan sendiri. Allah juga tidak redha pada perjuangan kalian yang mempergunakan agama. Sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk dalam PRU 13 ni bahawa kafir bersatu untuk menghancurkan kita, sedangkan kita bermatian untuk menghancurkan saudara kita sendiri. 

Kalau tak sedar lagi, tak tahulah!!!!!!

8 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih Ya Allah atas rahmatmu menjaga umat Islam melayu di Malaysia dengan qada dan qadar mu memberi kemenangan kepada UMNO dan BN. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH.
Wahai bangsaku melayu betapa hebatnya apa yang diterjemahkan bangsa Cina Dalam PRU-13 ini. Masih tidak nampakkah kita bangsa melayu perpecahan kita sesama Melayu ? Bangsa Cina telah mengajar orang Melayu macam mana kaum cina bersatu. Renungkan lah wahai bangsa Melayu ku apa yang telah diterjemahkan dalam PRU-13 ini.

Anonymous said...

Parti jual agama dan kalimah Allah, suka mengkafir dan parti kafir harbi gagal tawan Pentadbiran Persekutuan.Hudud itu sekadar retorik mereka saja - DAP lebih majorit bandingnya.

Anonymous said...

Percayalah PAS tetap tidak akan sedar. PAS dapat pertahankan Kelantan kerana berjaya menakutkan nakutkan rakyat Kelantan dengan menggunakan syuga/neraka. Pepatah 'menang sorak kampong tergadai' langsung tidak buka minda atau hati mereka untuk melihat realiti yang akan berlaku sekira DAP terus berjaya mendapat sokongan dibumi Malaysia.Disini kebodohan orang Melayu terserlah dan orang bukan Melayu ketawa besar.

Anonymous said...

Sesungguhnya Jelas terbukti..Allah juga tidak memperkenankan doa mereka yang jauh terpesong....kerana mendoakan kehancuran bangsa dan keturunan mereka sendiri.....PAS akan menanggung akibat andai ada pengikut mereka yang akan hilang akidah kerana mempertikaikan kenapa ALLAH tidak menerima doa mereka.....

Anonymous said...

Nampak gaya, PAS dah dihududkan DAP. Bila orang kopiah nak Islam secara membuta tuli.

PAS 21, PKR 30 dan DAP 38 kerusi Parlimen. Bolehlah kini DAP laksanakan hudud ala DAP diMalaysia.

Anonymous said...

lepas ini tak perlu lah lagi nak memperkasakan sekolah Jenis Kebangsaan Cina.Biar mereka guna duit sendiri saja seperti sekolah swasta.

buat undang-undang dalam bahasa Melayu sahaja diParlimen.Dan mahkamh mesti guna Bahasa Melayu dan semua undang2 dalam bahasa Inggeris di Bahasa Melayukan dan menjadi rasmi.

Anonymous said...

Di negara barat, perlu fasih bahasa rasmi sebelum diberi kerakyatan. Adakah semua pengundi bangsa Cina boleh berbahasa Malaysia dgn baik?

Anonymous said...

Apabila cina swing undi mereka kepada pakatan dengan harapan pakatan berjaya menawan pusat pentadbiran Persekutuan dan Pakatan pula gagal menawan pentadbiran pusat seperti diwawarkan, cina telah silap langkah dan membuka tembelang mereka akan siapa mereka sebenarnya kepada orang melayu apabila terlalu overconfident Pakatan akan menang dan habuan yang mereka akan dapat dan justeru itu bolehlah mereka "ransom" Dato Seri Anwar. Jadi siapa yang akhirnya tertipu? Melayukah?

PM akan tubuhkan Kabinet seperti dikehendaki oleh Perlembagaan. Tidak akan DAP diberikan apa-apa jawatan diKementerian - itu sudah pasti dan itulah logikahnya. MCA dapatlah sedikit kerana mereka "gagal" dan dahpun ikrar tidak mahu jawatankalau gagal. begitu juga MIC dapatlah lebih dari sedikit berbanding cina MCA. Maka siapa kini kena tipu? siapa juaranya?

kasualti yang ketara dalam masa terdekat ini adalah Nik Aziz sendiri, Mat Sabu, Haron Din dan PAS keseluruhannya. Hilang Kedah. jangka masa panjang, UMNO akan menjadi lebih kental perpaduannya.

Tun Mahathir dah "turun", Nik Aziz pun dah "turun". Kit Siang dan Guan Eng dan karpal bila lagi? masing-masing pun dah ada anak masing-masing sebagai ganti. nak apa lagi?