RAKAN PEJUANG

18 July 2014

BUKAN SEKADAR IKRAR

SALAM PERJUANGAN

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK.

Kita sekali terkejut. Terkejut dengan kehilangan pesawat MAS MH17 yang telah ditembak jatuh di Ukraine. Sedih memikirkan nasib keluarga mangsa yang pastinya mengalami trauma yang cukup kuat. Sebelum ini mereka bersama merasai kesedihan keluarga mangsa MH370, kini mereka pula merasainya. Ucapan takziah yang mendalam daripada AS kepada keluarga mangsa.
PM kita yang amat bertanggungjawab ini telah menyatakan ikrar bahawa sesiapa sahaja yang menembak pesawat MH17 akan dibawa ke muka pengadilan dunia. Semangat kesungguhan itu yang amat bermakna bagi kaum keluarga mangsa. Walaupun kita tahu bukan mudah untuk berurusan dengan pihak Ukraine atau Russia namun, apa yang dinyatakan oleh DS Najib mengandungi makna yang lebih jauh mendalam yakni beliau merasai setiap sedu dan sedan kesedihan keluarga mangsa dan berusaha untuk membantu yang sedaya upaya.

Selain PM, mantan Menteri Pengangkutan @ Menteri Pertahanan pun ada bersama ketika sidang media dilakukan. Ini menunjukkan keprihatinan menteri ini terhadap apa yang berlaku. Rakyat Malaysia bersedih lagi Cuma berbeza kali ini kita sudah tahu di mana letak jatuhnya pesawat berbanding dengan MH370 yang masih hilang entah ke mana. 

7 comments:

Anonymous said...

ini bala sebab melayu bodoh sokong al-juburi

Anonymous said...

Doa jangan berhenti. Ini ujian Allah kepada kita semua.

Anonymous said...

Komitmen kerajaan kita sangat baik.Simpati kita kepada pemimpin kerana berat benar ujian yang terpaksa dihadapi.

Anonymous said...

Kesetiaan adalah kunci kekuatan sesebuah organisasi

Anonymous said...

Masyaallah...ini takdir. Redha, usaha dan jangan putus asa berdoa.

Anonymous said...

Terimalah segalanya sebagai ketentuan Tuhan. Tapi jangan lupa berusaha bagi perbaiki keadaan.

Anonymous said...

ALLAH menguji...