RAKAN PEJUANG

13 July 2014

KITA TIDAK AKAN SENTIASA BERADA DITAMPUK LAMA

SALAM PERJUANGAN

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Sebelum ni AS ada menyiarkan penulisan Tarikan Hukum Alam dan kali ni, AS nak kaitkan tarikan hukum alam ini dengan senario politik negara kita ni. AS tidak tahu apa yang telah berlaku pada situasi politik di Selangor  yang sedang bergolak. TS Khalid dikatakan sedang bertungkus lumus mempertahankan kerusi MB daripada dicekak oleh pemimpin agong PKR dan orang-orang kesayangannya. Pemberian bonus sebulan gaji adalah merupakan strategi MB Selangor untuk terus kekal mendapat sokongan warga kerja Kerajaan Negeri Selangor. 

Tak apalah TS Khalid, yang haq akan mengatasi yang bathil. Istiqomahlah dalam melakukan kebaikan. Usah gentar pada mereka yang gila kuasa. Begitulah hukumnya alam ini, jika semalam kita dipuji dan disanjung, hari ini kita akan dihina dan dikutuk. Dunia terus berputar.

Begitu juga dengan putaran hidup Menteri Pertahanan ni. Sebelum ni, menteri ini dikutuk, dihina, diperlekeh kononnya lembik, tidak proaktif dan diterjemahkan menjadi pemimpin yang gagal. Namun, Allah tidak mahu hamba-Nya ini terus diuji sebegitu. Keikhlasan menteri ini menjalankan tanggungjawab memikul amanah akhirnya terbayar dengan penampilan yang amat mengagumkan. Jika Allah mengkehendaki, maka ia boleh berlaku sekelip mata. Kejadian MH 370 telah berjaya membuktikan bahawa menteri ini rupanya memiliki potensi yang amat besar sebagai pemimpin negara. Percaya atau tidak, beliau semakin popular dan semakin disenangi ramai orang daripada usia tua hingga anak muda. Penampilan yang bersahaja dan low profile menjadikan menteri ini diminati. 

Pengendalian kes MH 370 yang dilakukan dengan baik berjaya meningkatkan imej negara. Malahan persabahatan dengan China semakin erat dan hubungan ekonomi juga meningkat. Menteri ini kini semakin aktif dan gigih untuk terus membuktikan pada rakyat Malaysia bahawa beliau pemimpin yang bukan calang. 

AS yakin, Tiong Lai yang mengambil tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan pastinya akan berasa gementar sama ada beliau mampu atau tidak memberikan perkhidmatan terbaik sepertimana yang dijalankan oleh  pemangku menteri ini. Apapun, sama-sama kita tengok.




8 comments:

Anonymous said...

HEBAT LE ANAK SUFI. AYAT RINGKAS TAPI POWERFUL!

Anonymous said...

Benar. Apa yang berlaku ada hikmah tersendiri. Saya jangka musim pemantapan kepimpinan telah bermula

Anonymous said...

Dunia nampak potensi Hishamuddin. Alhamdulillah

Anonymous said...

Inilah takdir. Kalau Tuhan nak mengangkat seseorang tiada siapa dapat menahannya

Anonymous said...

Hishamuddin bekerja untuk kerajaan dan parti. Sekuat mana kutukanpun tak akan mengubah apa apa

Anonymous said...

Aku rasa Hisham dah cukup pengalaman. Cuma masa akan menentukan jatuh bangunnya. Sokongan akar umbi nyata melonjak selepas MH 370

Anonymous said...

Nampaknya makin hari makin kuat cabaran untuk DS Hishamuddin. Harap terus gigih menghadapi segalanya.

Anonymous said...

Moga untuk diri dia, kita harap Hishamuddin dapat bangunkan UMNO