RAKAN PEJUANG

31 July 2014

JANGAN JADI ANAK DERHAKA

SALAM PERJUANGAN

SALAM SYAWAL SALAM AIDILFITRI

Belum terlewat lagi untuk AS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca AS. AS mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca sama ada yang pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

AS ini anak yatim piatu tiada ayah tiada ibu. Walaupun begitu, AS seronok tengok anak-anak pulang ke kampung halaman berjumpa ibu dan ayah serta saudara mara pada Syawal yang penuh kemuliaan ni. Kita tidak tahu bahawa kepulangan kita bersama-sama ibu dan ayah untuk menyambut hari raya adalah saat dan detik yang amat membahagiakan mereka. Membahagiakan mereka amat besar pahalanya di sisi Allah S.W.T.

Walau sesibuk manapun kita pun ni, luangkanlah sedikit masa bersama mereka.  Dalam hal ni, AS tabik juga pada beberapa pemimpin Negara kita yang sempat juga menziarahi ibu bapa yang masih ada menjelang Syawal tiba. Antaranya adalah DS Hisham yang sempat menjalankan tanggungjawab terhadap ibunya yang tua. Pemimpin yang hebat bukan hanya hebat mengurus dan mentadbir Negara tetapi juga hebat sebagai seorang anak yang menyanjungi orang tuanya.  Dalam kesibukan urusan kerja rasmi Negara, pemimpin ini tidak pernah lupa untuk menziarah orang tuanya. Restu ibu itu yang utama. 

Embedded image permalink
Allah memberkati dan merahmati hidup seorang anak yang memuliakan ibu bapa mereka. Bila diri dirahmati Allah, orang akan suka dan sayang pada kita. Segala urusan dipermudahkanNya.

Kad Hari Raya drpd Malbatt saya simpan buat slamanya “: SLMT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR&BATIN”

Semoga selepas bercuti berhari raya ni, pemimpin Negara kita semakin cekal mengharungi cabaran yang sedang dan akan menunggu mereka.

8 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Moga jadi anak soleh.

Anonymous said...

Saya selalu menyaksikan, orang taat kepada ibu bapa sentiasa mencapai kejayaan dalam kehidupan. Semoga Allah berikan kejayaan kepada Datuk Hishammuddin.

Anonymous said...

TANPA MAK, RAYA MACAM TAK ADA SERI, KOSONG

Anonymous said...

Seronok tgk pemimpin kita tunjukkan contoh yang baik. Semoga Allah membalas kebaikan beliau dengan rahmatNya

Anonymous said...

SESUATU YANG PERLU DITELADANI...

Anonymous said...

Lepas raya pulun kerja. PRU dah dekat sangat...

Anonymous said...

Keluarga bahagia asas masyarakat sejahtera. Kita harap kitapun akan dapat bentuk keluarga yang bahagia.

Anonymous said...

love u hishamudin...