RAKAN PEJUANG

14 December 2010

TAHNIAH MCA.....TIDAK SEPERTI DAP...

Perdana Menteri puji inisiatif MCA

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, MCA merupakan parti politik pertama menubuhkan yayasan perubatan bagi memberi bantuan kewangan untuk tujuan perubatan kepada rakyat yang memerlukan.
Perdana Menteri yang memuji inisiatif itu berkata, usaha murni MCA itu akan memberi banyak manfaat kepada rakyat negara ini yang begitu memerlukan bantuan kewangan untuk tujuan perubatan.
"Usaha ini akan meningkatkan hubungan MCA dengan rakyat kerana rakyat akan melihat MCA sebagai sebuah parti politik yang prihatin terhadap kesihatan penduduk pelbagai kaum di negara ini.
"Oleh kerana kos perubatan yang mahal, ramai rakyat tidak mampu untuk membuat rawatan sekiranya tiada bantuan disalurkan. Saya berterima kasih kepada MCA di atas inisiatif yang cukup murni ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Yayasan Perubatan 1MCA di sini malam ini.
Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong.
Penubuhan yayasan perubatan itu diumumkan Soi Lek selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden MCA 28 September lalu bagi membantu rakyat Malaysia yang tidak mampu tetapi perlu menjalani rawatan di hospital swasta kerana tiada kepakaran dengan menyediakan bantuan kewangan kepada mereka.
Dua minggu selepas dilancarkan, yayasan berkenaan berjaya mengumpul dana sebanyak RM4.5 juta dan sehingga hari ini sebanyak RM10 juta telah berjaya dikumpul.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan MCA itu bukan semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat tetapi lebih bertujuan ke arah membina negara dalam semangat 1Malaysia.
"Ia juga bagi membuktikan Malaysia adalah negara yang benar-benar dimiliki oleh seluruh rakyatnya selain menjadi negara yang hebat dan contoh kepada negara lain," katanya.
Najib dalam pada itu berkata, kutipan sebanyak RM10 juta yang dikumpul itu adalah satu permulaan baik dan kerajaan akan memberikan pengecualian cukai kepada dermawan yang telah menyumbang kepada yayasan tersebut.
(UTUSAN MALAYSIA)

TIDAK SEPERTI DAP YANG SANGAT KEMARUK KUASA, MCA YANG JUGA PARTI MEWAKILI MASYARAKAT CINA DI NEGARA INI TELAH MENGGERAKKAN TABUNG UNTUK PERUBATAN RAKYAT MISKIN. KITA SELALU TERBACA BERITA TENTANG SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN OLEH PESAKIT UNTUK MEMBAYAR HARGA PERUBATAN YANG MENELAN BELANJA PULUHAN RIBU RINGGIT KHUSUSNYA KEPADA MEREKA YANG TIDAK MEMPUNYAI PEKERJAAN.  MELALUI TABUNG YANG DIGERAKKAN OLEH MCA INI, AKAN MEMBERI PELUANG MERINGANKAN BEBANAN RAKYAT YANG KURANG MAMPU UNTUK MENANGGUNG KOS PERUBATAN YANG MAHAL. 

BEGITULAH SEMANGAT CINTAKAN NEGARA YANG DITUNJUKKAN OLEH MCA JAUH BERBEZA DENGAN PERJUANGAN DAP YANG TERLALU BANYAK MENGHINA DAN SERING MENGUNDANG KONFLIK DENGAN UMNO. AMAT JARANG SEKALI KITA MENDENGAR MCA MENGHINA PARTI PAS SEBAGAIMANA DAP MENGHINA UMNO.  

HANYA ORANG YANG BERFIKIR SAJA YANG MENGERTI.....

No comments: