Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin mendedahkan bahawa syarikat perunding imej kerajaan, APCO Worldwide telah terlibat penuh dalam penyusunan jadual lawatan untuk Perdana Menteri, isterinya dan Menteri Pertahanan ke Amerika Syarikat (AS) awal tahun ini. Dalam satu dokumen yang merupakan pendedahan wajib kepada Jabatan Kehakiman AS, Petra telah mendedahkan bahawa APCO telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur program mereka. APCO yang berpusat di Washington, Amerika Syarikat dilantik sebagai perunding citra kerajaan pada Julai tahun lepas, untuk memberikan nasihat tentang konsep 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada tahun ini, APCO menerima tamparan hebat kerana diheret dalam pertarungan politik negara apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa lembaga pengarah syarikat tersebut dianggotai oleh beberapa kerat pemimpin Israel di Parlimen. Syarikat juga didakwa pernah melakukan kempen "One Israel" untuk Tel Aviv sebelum ini. (BUKANKAH DAKWAAN ANWAR MAKAN DIRI SEHINGGA TERPAKSA MEMINTA MAAF PADA SAHABAT-SAHABAT ZIONISNYA SELEPAS ITU?) Ekoran pendedahan itu, Anwar dikatakan akan digantung selama enam bulan dari Dewan Rakyat. Para pemimpin PAS juga telah menghantar memorandum kepada Majlis Raja-raja bagi membantah penglibatan APCO ini. Ogos lepas, ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail turut mendedahkan bahawa Malaysia menjadi pelanggan negara terbesar APCO, dengan bayaran RM 77 juta setahun. Berdasarkan dokumen yang diledakkan oleh Petra, APCO mendakwa bahawa mereka terlibat dengan penggambaran dan rakaman video program Datin Seri Rosmah Mansor, yang disebut sebagai ‘Wanita Pertama’ di AS untuk kegunaan kerajaan Malaysia. Syarikat tersebut juga mendakwa bahawa mereka terlibat penuh dalam membantu dalam merancang rundingan pakar-pakar pemikir dan majlis makan malam yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi. Dalam dokumen itu juga turut didedahkan bahawa semasa lawatan Najib ke AS September lepas, APCO telah memainkan peranan penting dalam mengatur pertemuan Perdana Menteri dengan pelbagai wakil akhbar, lembaga-lembaga akademik, kerajaan AS dan organisasi dasar, serta pelbagai pertemuan dengan media. “Selama kunjungan Perdana Menteri Najib ke Amerika Syarikat pada akhir September 2010, pendaftar (APCO) memberikan sokongan logistik untuk pertemuan dan wawancara antara Perdana Menteri bersama editorial New York Times, wakil-wakil dari CNN, Wall Street Journal dan Dewan Hubungan Luar Negeri. "Pendaftar juga menghadiri ceramah Perdana Menteri di Dewan Hubungan Luar Negeri pada September 28, 2010,” tambah surat pendedahan itu. PUAK PEMBANGKANG PAS NI NAMPAKNYA DAH TAK ADA MODAL NAK DIJADIKAN ISU UNTUK MENAIKKAN KEMARAHAN RAKYAT. ISU APCO LAGI DIMAINKAN WALAUPUN DI KELANTAN SENDIRI ADA MC DONALD YANG MEMANG DAH SEMUA ORANG TAHU AGEN YAHUDI. YANG DIPEGANG ADALAH LAPORAN DARIPADA SEORANG INDIVIDU YANG MUNAFIK YANG TELAH BANYAK MENABUR FITNAH DAN MENIPU. BUKANKAH ALLAH MELARANG KITA MENDENGAR BERITA YANG DIBAWA OLEH ORANG MUNAFIK TANPA SIASAT TERLEBIH DAHULU? APAPUN, BERDASARKAN PENULISAN DALAM HARAKAH INI, ANAK SUFI TERTANYA-TANYA, APA YANG TAK KENA DENGAN TINDAKAN DS NAJIB NI. SALAHKAH MEMPROMOSI NEGARA KE PERSADA DUNIA? SALAHKAH MEMPROMOSI NEGARA UNTUK MENCARI PELABUR DAN SALAHKAH MEMPROMOSI NEGARA UNTUK MENINGKATKAN IMEJ NEGARA DI PERSADA ANTARA BANGSA? ADA KE BERDOSA TINDAKAN YANG DIDAKWA PEMBANGKANG NI? BETAPA DANGKALNYA OTAK MEREKA. LEBIH BAIK MEMPROMOSI NEGARA UNTUK MENINGKATKAN IMEJ NEGARA DARIPADA ANWAR YANG KE SANA SINI UNTUK MEROSAKKAN IMEJ NEGARA DI PERSADA DUNIA. KEPADA ORANG PAS YANG KONONNYA BERIMAN KEPADA ALLAH, APAKAH TINDAKAN MEREKA INI DIREDHAI ALLAH ATAU HANYA MENDATANGKAN MUSIBAH? BERITA DALAM HARAKAH INI BANYAK BENAR YANG DAH LARI DARI LANDASAN AGAMA KITA. DAH TAK DA MODAL KE? |
Blog ini dibina sebagai wadah luahan dan harapan hati insan-insan yang bimbang perlembagaan negara kita yang menjadi tunjang pemerintahan negara dicabuli dan dipinda oleh mereka yang terlalu lahap mendapat kuasa hingga tergamak menggadaikan hak kita, sanggup mencemar agama dan biadap terhadap institusi raja.
RAKAN PEJUANG
10 December 2010
APA YANG HARAKAH PERJUANGKAN????
APCO uruskan Najib, Rosmah dan Zahid ke AS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment