SALAM MAAL HIJRAH 1432 KEPADA SEMUA SAUDARA SEISLAMKU.
PENGHIJRAHAN NABI KE MADINAH TELAH BERJAYA MENYATUKAN UMMAH DAN MEMBAWA KEPADA KEGEMILANGAN ISLAM. GOLONGAN ANSAR YANG TERDIRI DARIPADA GOLONGAN AUZ DAN KHAZRAJ TELAH LAMA BERPECAH WALAUPUN MEREKA DATANG DARI SATU RUMPUN YANG SAMA. KEHADIRAN RASULULLAH MENYATUKAN MEREKA MEMBAWA SERIBU RAHMAT KEPADA MEREKA. PENYATUAN GOLONGAN ANSAR DAN MUHAJIRIN INI AKHIRNYA TELAH MENYATUKAN UMAT ISLAM DI MADINAH TANPA MENGIRA SUKU KAUM, KEDUDUKAN DAN HARTA.
SESUNGGUHNYA PENYATUAN UMMAH INI ADALAH MERUPAKAN ANTARA KAEDAH YANG SANGAT BERMAKNA DALAM PERKEMBANGAN ISLAM. ANDAI KATA PADA KETIKA ITU, GOLONGAN ANSAR INI T ERUS BERPECAH, BAGAIMANA MUNGKIN PENYATUAN MEREKA DENGAN PUAK MUHAJIRIN BOLEH BERJAYA. JIKA PENYATUAN PUAK ANSAR DAN MUHAJIRIN INI GAGAL, BAGAIMANA PULA UMAT ISLAM BOLEH BERKEMBANG, BERTAPAK DENGAN MEGAHNYA SEHINGGA BOLEH MENGISLAMKAN NEGARA-NEGARA YANG LAIN.
BEGITULAH HEBAT DAN BESARNYA HIKMAH PENYATUAN UMMAH. TAPI KINI SETELAH 1432 BERLAKUNYA HIJRAH RASULULLLAH KE MADINAH, DI NEGARA INI, UMAT ISLAM SUDAH TIDAK BERSATU LAGI. MASING-MASING BEGITU ANGKUH MENCARI KESALAHAN DEMI KESALAHAN ORANG LAIN SEOLAH-OLAH MEREKA ITU MANUSIA PALING HEBAT DAN PALING DICINTAI ALLAH.
KEHINAAN UMAT ISLAM TERHADAP UMAT ISLAM ITU SENDIRI TELAH MEMBAWA KEPADA PENGHINAAN KEPADA AGAMA ISLAM INI. DI MANA MARUAH KITA SEBAGAI UMAT ISLAM RELA DAN MEMBIARKAN ORANG BUKAN ISLAM MENGHINA SAUDARA KITA SENDIRI?
APAKAH KITA LUPA BAHAWA ALLAH DAN NABI KITA MENYURUH KITA BERSATU AGAR UMAT ISLAM DIPANDANG MULIA DI MATA ORANG BUKAN ISLAM. BILA UMAT ISLAM BERSATU, MAKA BARULAH SYIAR ISLAM ITU DAPAT DIKEMBANGKAN DENGAN NUR ISLAM SEBENAR.
BARULAH RAHMAT ALLAH AKAN TERUS MELIMPAH KEPADA KITA UMAT ISLAM DI NEGARA INI. JIKA KITA TERUS BERPECAH, MAKA DIKHUATIRI, RAHMAT ALLAH AKAN SEMAKIN JAUH DARI KITA DAN APABILA INI BERLAKU, ALLAH TIDAK AKAN MELINDUNGI KITA DARI BENCANA YANG DITURUNKAN. NAUZUBILLAH MIN ZALIK.
SEMPENA MAAL HIJRAH INI, MARILAH KITA BERSATU UNTUK MEMPERKUKUHKAN UMAT ISLAM DAN MENERUSKAN SYIAR ISLAM AGAR MENDAPAT BARAKAH DAN RAHMAT ALLAH SELAMANYA.
No comments:
Post a Comment