RAKAN PEJUANG

07 December 2010

ISU AIR: KEZALIMAN SIAPA? BN ATAU PR?


SEJAK KEBELAKANGAN INI, KENAIKAN TARIF AIR MENJADI ISU POLITIK YANG SANGAT BERKESAN OLEH PIHAK PAKATAN RAKYAT. MAINAN POLITIK INI SEBENARNYA HANYA MEMBAWA KEPADA KESAN BURUK KEPADA RAKYAT TANPA DISEDARI. BERIKUT ADALAH SEDUTAN DARIPADA PENDAPAT ORANG AWAM MENGENAI MASALAH AIR INI:
Seperkara lagi, jika penswastaan tol dan elektrik boleh diteruskan mengapa tidak bagi industri air yang banyak membawa kebaikan kepada kita. Lihatlah di negeri-negeri yang tidak diswastakan wujud kelambatan dari segi pembaikan paip bocor dan juga penghantaran lori-lori tangki air ke daerah-daerah yang keputusan bekalan air seperti di Pahang dan Kelantan.
Bagi kawasan pertumbuhan utama seperti di Lembah Klang ini amatlah menyedihkan apabila industri air diubah suai daripada penswastaan kepada rejim baru kerana ia boleh menimbulkan impak negatif kepada para pelabur khususnya pelabur asing yang tidak mahu pembabitan mereka dalam bidang pelaburan terjejas kerana masalah-masalah berkaitan air yang sepatutnya tidak tergugat oleh isu-isu pentadbiran dan politik berkaitan dasar mengenai air ini.
Saya dan juga pengguna air lain amat berharap agar proses penswastaan air sedia ada diteruskan kerana dengan berpatah balik ke belakang seolah-olah kita mengizinkan segala ragam permasalahan air ini terus kekal dan sebati dengan kehidupan pengguna air yang sentiasa dahagakan pembelaan dan khidmat yang berterusan dan memuaskan.
SELAIN ITU, UNTUK MENDAPATKAN GAMBARAN YANG LEBIH JELAS MENGENAI PENSTRUKTURAN AIR DI SELANGOR, SILA BACA DI SINI.


ANTARA PETIKAN DI ATAS ADALAH:
1.  Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang.


2.  Justeru kerajaan Persekutuan telah bersetuju membiayai Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor yang bernilai sekitar RM3.936 bilion. Sebahagian besar pembiayaan projek adalah melalui pinjaman Japan International Cooperation Agency (JICA) dan selebihnya dibiayai geran Kerajaan Persekutuan. Perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada 31 Mac 2005 memperuntukkan bahawa JICA akan menanggung sebanyak 75 peratus daripada kos kerja pembinaan manakala baki 25 peratus lagi akan ditanggung Kerajaan Pusat.


3.  Justeru apabila kerajaan negeri berusaha menangguhkan pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat, kerajaan persekutuan perlu menanggung beban kewangan termasuk peningkatan kadar faedah daripada pinjaman


4.  Tindakan kerajaan negeri bermain politik dalam isu air ini sangat tidak munasabah. Penstrukuturan air, kenaikan harga air dan pembinaan loji pembersihan air di Hulu Langat adalah isu yang berasingan. Khalid Ibrahim memperjudikan nasib penduduk lembah klang hanya untuk menunjukkan beliau menjadi juara rakyat dalam masa yang singkat tetapi merosakkan masa depan rakyat untuk mendapat bekalan air bersih.


5.  Alasan kenaikan tarif air ini hanyalah sandiwara kerajaan negeri kerana syarat-syarat sedia ada sudah cukup menjaga kepentingan pengguna. Seperti yang saya jelaskan tadi, tarif air tidak boleh dinaikkan tanpa persetujuan panel penilai yang dianggotai oleh kerajaan negeri, persekutuan dan wakil Syabas.


6.  Saya berharap kerajaan negeri Selangor tidak bermain politik dalam isu bekalan air bersih di Lembah Klang. Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim mengaitkan isu pembinaan loji di Hulu Langat dengan penstrukturan semula pengendali bekalan air bersih di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah tidak masuk akal dan boleh menjejaskan bekalan air bersih pada masa akan datang.


7.  Alasan Tan Sri Khalid kononnya masalah bekalan air bersih di Lembah Klang tidak akan berlaku pada 2014 tetapi pada 2019 tidak pernah disokong oleh fakta atau mana-mana data penyelidikan. Sampai hari ini kita tertanya-tanya siapakah yang dilantik oleh Tan Sri Khalid bagi menjalankan penyelidikan tersebut?


8.  Rakyat harus bijak membuat penilaian dan mendapat semua fakta bukan sekadar mempercayai sandiwara dan lakonan politik kerajaan negeri. Ini kerana mereka yang berhadapan dengan krisis kuasa dan melihat tiada masa depan politik akan mengambil pendekatan populis. Peduli apa dengan apa yang berlaku lima enam tahun lagi kerana mereka mungkin sudah tiada ditampuk kuasa untuk berhadapan dengan kemarahan rakyat.


9.  Kerana benci kepada Barisan Nasional dan pemimpin tertentu ada orang sanggup menerima apa sahaja tohmahan kerajaan negeri tanpa berfikir dengan rasional dan melihat fakta yang ada. Hakikatnya kos menguruskan air bersih di Lembah Klang sangat tinggi hingga mencecah berbilion ringgit. Dan ia perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi sama ada melalui tarif air mahu pun melalui subsidi kerajaan yang akhirnya merupakan wang rakyat juga.


JADI KEPADA RAKYAT NEGERI SELANGOR, JANGANLAH TERMAKAN KATA-KATA MANIS PENYANGAK PKR NI. MEREKA INI BUKAN NAK TOLONG RAKYAT TETAPI MEMANG NAK MENGHANCURKAN EKONOMI NEGARA DENGAN BERTOPENGKAN KEBAIKAN MENOLONG RAKYAT.  


SATU SOALAN YANG BOLEH DIFIKIRKAN, SIAPA SEBENARNYA YANG MENZALIMI RAKYAT?

2 comments:

blogenstarz said...

W'salam
Akan diambil tindakan dengan segera .

T Kasih banyak diatas kerjasama anda....

pencintaislamelayu said...

Askm..salam perkenalan darihttp://bersatuislamelayu.blogspot.com/

semoga kita bersama-sama memperjuangkan agama,bangsa dan negara