SEJAK AKHIR-AKHIR INI, PIHAK PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN BERANI MENGGUNAKAN MAHASISWA SEBAGAI ALAT MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU MEREKA UNTUK BERKUASA. MEREKA SUDAH MULA MENYELINAP MASUK KE UNIVERSITI MELALUI KERTAS EDARAN DAN PENCERAMAH YANG DIJEMPUT ATAS TUJUAN TAZKIRAH ATAU MOTIVASI KEPADA PELAJAR.
TUJUAN MEREKA ADALAH UNTUK MENGHASUT MAHASISWA UNTUK MEMBENCI KERAJAAN. ISU YANG DIMAINKAN ADALAH ISU YANG SAMA SAJA IAITU RASUAH,. ZALIM DAN KENAIKAN HARGA BARANGAN. SILA BACA BLOG TANGGA LANGIT INI.
KINI, PEMBANGKANG MENGAJAK LAGI MAHASISWA DAN RAKYAT NEGARA INI MENENTANG DS NAJIB TUN RAZAK SECARA JELAS. KERANA TERDESAK DAN UNTUK MENGALIHKAN KELEMAHAN MEREKA MENTADBIR BEBERAPA NEGERI MAKA MEREKA MENGAJAK RAKYAT UNTUK MELAKUKAN DEMONSTRASI YANG KONONNYA DEMONSTRASI AMAN. BAGAIMANA NAK AMAN JIKA DEMONSTRASI TERSEBUT TIDAK MENDAPAT KELULUSAN PIHAK BERKUASA. KELAK AKAN HANYA MENGUNDANG PADAH.
KAMI RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN TERLIBAT DENGAN TINDAKAN BODOH PEMBANGKANG INI YANG HANYA MERUGIKAN NEGARA. KAMI RAKYAT MALAYSIA TIDAK BUTA UNTUK MENILAI TINDAKAN PEMBANGKANG INI. KAMI TAHU BAHAWA TUJUAN PEMBANGKANG MENGADAKAN PELBAGAI DEMONSTRASI INI ADALAH UNTUK MEMBURUKKAN IMEJ NEGARA DAN MEMBURUKKAN IMEJ DS NAJIB TUN RAZAK.
BILA DEMONSTRASI INI MENDAPAT LIPUTAN DI LUAR NEGARA, MAKA IMEJ NEGARA AKAN TERCEMAR. BILA IMEJ NEGARA TERCEMAR, PELABUR DAN PELANCONG ASING TIDAK AKAN DATANG KE NEGARA INI. BILA PELABUR TIDAK DATANG DAN PELANCONG ASING TIDAK LAGI MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH DESTINASI MEREKA, MAKA PENDAPATAN NEGARA AKAN SEMAKIN MERUDUM. BILA PENDAPATAN NEGARA KURANG, MAKA AKAN SEMAKIN MENGECIL PELUANG PEKERJAAN DI NEGARA INI. PENGANGGURAN AKAN BERTAMBAH, SYARIKAT AKAN MENGALAMI KERUGIAN. BILA PELUANG PEKERJAAN SEMAKIN MENGECIL KERANA EKONOMI YANG MERUDUM, MAKA RAKYAT NEGARA INI AKAN SEMAKIN SUSAH. BILA SUSAH, RAKYAT AKAN SALAHKAN KERAJAAN. BILA RAKYAT BANGKIT MENENTANG KERAJAAN, MAKA PEMBANGKANG AKAN TERUS MENERUS MENGHASUT RAKYAT MENJATUHKAN KERAJAAN KONONNYA KERAJAAN TIDAK MAMPU MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT. BILA INI BERLAKU, MAKA PEMBANGKANG BOLEH KETAWA BESAR KERANA TELAH BERJAYA MEMPERBODOH DAN MEMPERALATKAN MAHASISWA DAN RAKYAT YANG MENGIKUT TELUNJUK MEREKA SEDANGKAN MEREKA BERSENANG LENANG MERAMPAS KUASA DI ATAS KEDANGKALAN KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.
JADI SIAPA YANG BERSALAH JIKA NEGARA TIDAK AMAN KELAK? SIAPA YANG BERSALAH JIKA GENERASI AKAN DATANG MENANGGUNG BEBANAN EKONOMI YANG MERUDUM? SIAPA YANG BERSALAH? KERAJAAN YANG TELAH MEMBERIKAN KEMAKMURAN KEPADA KITA KAH ATAU PEMBANGKANG YANG DENGAN JAHATNYA TELAH MEMBAWA HURU HARA KEPADA NEGARA?
DS NAJIB SEDANG MENERUSKAN AGENDA NEGARA KE ARAHA NEGARA MAJU YANG BOLEH MEMBERI KESENANGAN KEPADA RAKYAT. MENGAPA KITA PERLU BERSEKONGKOL DENGAN PEMBANGKANG UNTUK MERUNTUHKANNYA????
KEPADA MAHASISWA, ANDA BIJAK JIKA:
* ANDA BOLEH FIKIRKAN BETAPA BANYAKNYA WANG KERAJAAN MENAMPUNG ANDA MENDAPAT PENDIDIKAN HINGGA KE PERINGKAT TINGGI.
* ANDA BOLEH MEMBUAT PENILAIAN DAN MEMBACA RENTAK PEMBANGKANG YANG HANYA MENGGUNAKAN ANDA SEBAGAI ALAT DEMONSTRASI.
*ANDA BOLEH MENILAI APAKAH KESAN JANGKA PANJANG JIKA ANDA BERTINDAK TANPA BERFIKIR.
* ANDA FIKIRKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PELAJAR MELEBIHI AGENDA PEMBANGKANG YANG CUBA MERUNTUHKAN KESTABILAN NEGARA.
* ANDA MENJADI RAKYAT YANG BERGUNA KEPADA NEGARA DENGAN MENIMBA ILMU DAN MENGGUNAKAN ILMU UNTUK AGAMA DAN MASYARAKAT.
* ANDA MENJADI MAHASISWA BUKAN MAWAS SISWA YANG SUKA MENJERIT PEKIK SEKADAR MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU PEMBANGKANG UNTUK BERKUASA.
MAHASISWA PERLU NYATAKAN KEPADA PEMBANGKANG BAHAWA MAHASISWA ADALAH INDIVIDU BIJAK BUKAN INDIVIDU LEKEH YANG BOLEH DIPERGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT MEREKA.
KITA PERLU MENOLAK AGENDA JAHAT PEMBANGKANG YANG HANYA AKAN MERUGIKAN RAKYAT NEGARA YANG TERCINTA INI!!!!!
1 comment:
anak sufi.
saya seorg mahasiswa. sdara, mahasiswa yg bijak adalah mahasiswa yang meletakkan Allah di tmpat yg pertama dlm setiap perkara, berpegang kepada AlQuran dan hadis,mempraktikkan Islam sepenuhnya, berjihad di jalan Allah. kami, mahasiswa ingin mnjadi pejuang agama dan bangsa. krana dgn agama shj yg dpt menyelamatkan bgsa. sdgkan sejarah sndiri mncatatkan, khadiran Islam memajukan melayu. *sila rujuk sejarah tamadun melayu. bandingkan bgaimana sikap melayu dulu dan kini. berbeza sama skali. anak sufi tentu dpt mmbuka mata dan membezakan apa yg baik dan buruk. krn sy pasti anak sufi seorang sufi. sekian,terima kasih.
Post a Comment