PARLIMEN DICEMARI PERBUATAN BIADAP YANG DIBAWA PEMBANGKANG |
BERKALI-KALI ANAK SUFI LAHIRKAN KEBIMBANGAN PADA PERLAKUAN PEMBANGKANG INI. SEJAK KEBELAKANGAN INI PEMBANGKANG BEGITU GHAIRAH MENUNJUKKAN AKSI-AKSI MEMBERONTAK YANG SEDIKIT SEBANYAK MEMPENGARUHI JIWA ANAK-ANAK MUDA KITA. ORANG MUDA SANGAT MUDAH MENIRU. NAMUN PENIRUAN INI LEBIH MUDAH DIRESAPI PADA PERLAKUAN YANG NEGATIF. JADI, JIKA TINGKAH LAKU PEMBANGKANG INI DIBIARKAN BERTERUSAN BEGINI, BERKEMUNGKINAN AKAN LAHIR MASYARAKAT PENENTANG DAN PEMBERONTAK YANG AKAN MENYUSAHKAN KITA KELAK.
OLEH ITU, ANAK SUFI INGIN MENGAJAK SELURUH RAKYAT MALAYSIA, TOLONG LAH SEBARKAN KEPADA SEMUA KAUM KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN YANG ADA ANAK MUDA, JANGAN TERPENGARUH PADA DAKYAH KATA-KATA DAN PERLAKUAN PEMBANGKANG INI. MEREKA INI SANGAT BAHAYA. TINGKAH LAKU BIADAB MEREKA INI MAMPU MENGUBAH BUDAYA MASYARAKAT KITA YANG PENUH DENGAN NILAI KETIMURAN DAN ADAB. JIKA PUN INGIN MENGAMBIL ALIH KUASA DAN TERLALU KEMARUK NAK KE PUTRAJAYA, JANGANLAH LAKUKANNYA SECARA KURANG AJAR BEGINI. BELAJARLAH MENGHORMATI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG, BELAJARLAH UNTUK MENGHORMATI PERASAAN ORANG LAIN, BIARLAH BERJUANG SECARA SIHAT DAN BERSAING DENGAN BERHEMAH.
JIKA ORANG SEBEGINI TERPILIH MENJADI PEMIMPIN NEGARA, TAK TAHULAH APAKAH AKIBATNYA. APAKAH KESANNYA KEPADA KITA RAKYAT MALAYSIA. KEPINCANGAN MEREKA SEMAKIN MENYERLAH, KEPIMPINAN MEREKA SEMAKIN PUDAR DAN KEBIADABAN MEREKA SEMAKIN MENJADI-JADI!
HANYA ITUKAH SAHAJA YANG MEREKA MAMPU?
2 comments:
mimview.blogspot..
saya menyokong penuh pendapat yang diberikan oleh anak sufi...
MEMANG APA YANG ANAK SUFI KATAKAN ADA KEBENARANNYA. PERJUANGAN PAKATAN HARAM INI HANYALAH KERANA KUASA SEMATA-MATA BUKAN KERANA INGIN MEMPERJUANGKAN NASIB KITA RAKYAT BIASA!
Post a Comment