Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mahfuz juga meminta mana-mana pemimpin Umno memberikan definisi yang jelas mengenai maksud slogan itu yang sering dilaungkan mereka.
"Saya minta secara jujurnya kepada pemimpin Umno untuk mendifinisikan Ketuanan Melayu kerana perkara ini tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada mungkin apa yang dirasakan oleh Umno.
"Saya minta pemimpin Umno menunjukkan kepada kami (Pakatan Rakyat) satu dokumen mengenai Ketuanan Melayu untuk tatapan rakyat," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya, pemimpin Umno khususnya Presidennya, Datuk Seri Najib Razak seboleh-bolehnya diminta mengemukakan dokumen itu pada sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir Khamis ini.
(HARAKAH DAILY)
ANAK SUFI SUDAH TIDAK MAHU LAGI MEMBINCANGKAN ISU KETUANAN MELAYU INI, TAPI ANAK SUFI RASA SANGAT TERGANGGU EMOSI APABILA SI MAHFUZ INI SENGAJA MENGEMUKAKAN ISU INI DENGAN NIAT YANG JAHAT UNTUK MEMPERTIKAIKAN BANGSA MELAYU DI TANAH MALAYSIA (DULU TANAH MELAYU) INI. MENGAPA MAHFUZ SEBAGAI ORANG MELAYU MAHU BUKTI TENTANG KETUANAN MELAYU?
MAHFUZ NI MEMANG DAH TERLALU KEMARUK DENGAN KUASA. SANGGUP MEMBAWA ISU KETUANAN MELAYU MENGIYAKAN APA YANG DIKATAKAN OLEH ANWAR DURJANA. BAGAIMANA RAKYAT NAK MENERIMA MANUSIA SEPERTI INI UNTUK JADI PEMIMPIN? OTAK TIDAK DAPAT BERFIKIR DENGAN WARAS DAN FIKIRAN TIDAK MENCAPAH UNTUK MENCAPAI MAKSUD TERSIRAT DAN TERSURAT DALAM SESUATU PERNYATAAN.
KETUANAN MELAYU BUKAN MAKNA TERSURAT TETAPI IA ADALAH MAKNA TERSIRAT DAN MERUPAKAN LAMBANG KEPADA KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU. SEPERTI KATA DR. RIDHUAN TEE, APA MASALAH DENGAN KONSEP KETUANAN MELAYU INI?
TELAH BERKALI-KALI DINYATAKAN BAHAWA KETUANAN MELAYU MEMANG TIDAK TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN SECARA BERTULIS TETAPI IA ADALAH KONSEP BUKAN PERNYATAAN YANG PERLU DIBUKTIKAN. APA YANG ADA DISEKITAR KITA, SEJARAH BANGSA, DAN NAMA TANAH MELAYU INI JUGA MERUPAKAN BUKTI KETUANAN MELAYU. RAJA-RAJA MELAYU JUGA SUDAH MENGINGATKAN KITA JANGAN LAGI MEMPERTIKAIKAN TENTANG KETUANAN MELAYU. TAPI PENGKHIANAT BANGSA SEPERTI PAS DAN PKR NI SUKA SANGAT MAIN ISU KETUANAN. KONON TAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN. KALAU NAK IKUT PERLEMBAGAAN, APAKAH DEMONSTRASI ITU DIBENARKAN DALAM PERLEMBAGAAN? APAKAH TINDAKAN MOHON DERHAKA SI NIZAR TU ADA DALAM PERLEMBAGAAN? BANYAK LAGI KALAU NAK DIKAITKAN DENGAN KEBIADABAN PEMBANGKANG TERHADAP PERLEMBAGAAN.
CUKUP-CUKUPLAH MENDERA PERASAAN DAN JIWA ORANG MELAYU. PAKATAN HARAM INI TIDAK HABIS-HABIS MEMBUAT PROPAGANDA YANG MEMBUATKAN RAKYAT KHUSUSNYA KAUM BUMIPUTERA DI NEGARA INI BERASA RESAH DAN GELISAH. APAKAN TIDAK, ORANG MELAYU SENDIRI INGIN MEROSAKKAN BANGSANYA DAN MENUKAR FAKTA SEJARAH TANAH MELAYU.
INILAH PERBEZAAN KERAJAAN DI BAWAH PIMPINAN DS NAJIB DENGAN PIMPINAN PAKATAN PEMBANGKANG DI BAWAH PENTADBIRAN ANWAR IBRAHIM. HABIS PENGIKUT-PENGIKUTNYA PUN JADI MACAM DIA YANG TIDAK TAHU MEMBINA DAN MEMBANGUNKAN UMMAH, SEBALIKNYA HANYA TAHU MERUNTUHKAN SEGALA YANG TELAH SEDIA KALA TERBINA.
MAHFUZ....RAKYAT SEDANG MENILAI KAMU!!!!!!!
No comments:
Post a Comment