RAKAN PEJUANG

13 December 2010

BN NAIK HARGA BARANGAN UNTUK DANA PRU 13.....LAWAKNYA.....

BN naik harga barang untuk dana PRU
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa keputusan kerajaan menaikkan harga empat barangan keperluan baru-baru ini  adalah bertujuan mengutip dana pilihan raya untuk Umno BN.
Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, Umno kini terdesak apabila beberapa negeri yang sebelum ini menjadi 'lubuk emas' mereka, kini diteraju Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008 lalu.
"Apa yang kita bimbang, kerajaan Umno BN menggunakan peluang ini untuk mengumpul dana pilihan raya.
"Apakah dengan kehilangan empat buah negeri pada PRU lalu, mereka hilang punca pendapatan sehingga terpaksa naikkan harga barang secara melulu, biarpun berdepan kemarahan rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

KADANG KALA KITA BERASA PELIK DENGAN ORANG PAS YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN ISLAM. SEJAK BERNIKAH DENGAN DAP LAKNATULLAH, SIKAP ORANG PAS KIAN BERUBAH. KALAU DULU NAK FITNAH MALU-MALU ALAH, KINI FITNAH MEMFITNAH SUDAH MENJADI LUMRAH DAN MAINAN BIBIR KEBANYAKAN ORANG PAS.


TUDUHAN YANG DILEMPARKAN OLEH WAKIL PEMUDA PAS INI UMPAMA MENEMBAK MEMBABI BUTA. LUPA PADA AZAB ALLAH TERHADAP MEREKA YANG MENABUR FITNAH KHUSUSNYA KEPADA SESAMA ISLAM. KENYATAAN LUCU YANG TERKELUAR DARI MULUT NASRUDDIN INI, UMPAMA MENGGUNTING LIDAH SENDIRI. KENAPA? KERANA BERANI MENABUR FITNAH.


SANGAT TERGAMAK DIA MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA KERAJAAN UMNO BN YANG SESUKA HATI MENAIKKAN HARGA BARANG KERANA NAK KUMPUL DANA UNTUK PRU 13.  BEGITULAH KALAU HATI DAH PENUH DENGAN NAFSU UNTUK BERKUASA. SIA-SIA MENJUNJUNG KOPIAH, BERJANGGUT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH TAPI LIDAH DAN HATI MENGIKUT KATA SYAITAN YANG DIREJAM.


KERAJAAN TIDAK SEPERTI PEMIMPIN PAS YANG SUKA MENADAH TANGAN PADA RAKYAT MOHON SIMPATI UNTUK MENGISI PELBAGAI TABUNG DEMI KEPENTINGAN DIRI. BARU-BARU INI PAS MENGAJAK PENYOKONGNYA BUAT TABUNG BULUH UNTUK DISERAHKAN KE UNIT PETI UNDI PAS SEBAGAIMANA DIDEDAHKAN OLEH ALAHAI SILUNCAI.


SIAPAKAH YANG LEBIH MENINDAS? KERAJAAN ATAU PAS? 

SETIAP HARI DS NAJIB DAN MENTERI KABINET YANG LAIN BEKERJA DAN BERFIKIR UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT. LIHAT SAJA DI TELEVISYEN SABAN HARI ADA SAJA PROJEK BARU UNTUK RAKYAT DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN. APAKAH ITU SEMUA TIDAK CUKUP UNTUK MENAFIKAN DAKWAAN PEMUDA PAS INI?

TAPI ORANG-ORANG PAS NI SUKA SANGAT MELEMPAR TUDUHAN YANG SARAT DENGAN UNSUR FITNAH TIDAK BERKESUDAHAN.  CUKUP-CUKUPLAH MEMFITNAH DAN MEMBUAT ANDAIAN. CUKUP-CUKUPLAH MENDERA  EMOSI RAKYAT DENGAN MENANAM BENCI DAN DENDAM PADA KERAJAAN.  


RAKYAT PUN SUDAH MUAK DENGAN LAKONAN DEMI LAKONAN PAS YANG KINI IBARAT KADUK NAIK JUNJUNG HINGGA KIAN TERSASAR DARI ARAH TUJU SEBENAR PERJUANGAN MEREKA.

No comments: