RAKAN PEJUANG

15 December 2010

NIK AZIZ...SAKIT PUN MASIH NAK MENULIS.. DEMI AGAMA ATAU DEMI KUASA?????

TUAN GURU NIK AZIZ MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL NAMUN KONONNYA UNTUK PERJUANGAN BELIAU TERUS MENULIS WALAUPUN TIDAK SIHAT.  NAMUN PENULISAN TGNA NI SEPERTI BIASA MASIH BERKISAR KEPADA POLITIK DAN KUASA. BARU-BARU NI TGNA BUAT SATU LAGI PENEGASAN TENTANG KETUANAN ISLAM MENGGANTIKAN KETUANAN MELAYU.


NIK AZIZ MENEROPONG PENULISANNYA
YANG ENTAH KE MANA KERANA POLITIK

SEBELUM ANAK SUFI MEMBERIKAN KOMEN TENTANG PENULISAN TGNA NI, TERLEBIH DAHULU ANAK SUFI MENDOAKAN AGAR BELIAU DIBERI OLEH ALLAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUK BELIAU DAPAT BERTAUBAT KEPADA ALLAH DARIPADA SEGALA DOSA YANG DISEDARI ATAU TIDAK DISEDARINYA SELAMA INI. ANAK SUFI MENDOAKAN AGAR TGNA DILIMPAHI RAHMAT ALLAH DAN DAPAT MELAKUKAN IBADAH KEPADA ALLAH S.W.T. UNTUK MENGHABISKAN SISA USIA YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN TERHAKIS ITU. SEMOGA NIK AZIZ TIDAK LAGI MEMIKIRKAN TENTANG KUASA DAN POLITIK, MENINGGALKAN DAKI DUNIA INI UNTUK TERUS BERMUNAJAT KEHADRAT ALLAH DAN MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH SEMOGA TIDAK MUFLIS DI AKHIRAT KELAK. 

MENGENAI KETUANAN ISLAM DAN KETUANAN MELAYU INI, ANAK SUFI HANYA INGIN BERTANYA KEPADA SEMUA, MANAKAH YANG LAHIR DAHULU, BANGSA ATAU AGAMA? MANAKAH YANG PERLU DISELAMATKAN TERLEBIH DAHULU BANGSA ATAU AGAMA? ADAKAH BANGSA DAN AGAMA ITU SAMA ATAU BERBEZA?

IBU BAPA MELAYU MELAHIRKAN ANAK YANG BERAGAMA ISLAM
JUGA BERBANGSA MELAYU 

BERHUBUNG DENGAN BANGSA MELAYU YANG ADA DI NEGARA INI, ALLAH TELAH MEMBERIKAN PILIHAN KEPADA BANGSA MELAYU UNTUK MEWARISI KESUCIAN AGAMA ISLAM SEBAGAI PEGANGAN AKIDAH KITA YANG PERLU DIJAGA DAN DIKEMBANGKAN. JUSTERU, SETIAP ANAK MELAYU YANG LAHIR SECARA AUTOMATIKNYA MENGANUT AGAMA ISLAM TANPA PERLU MENGUCAP TERLEBIH DAHULU. 

BERBEZA DENGAN KAUM LAIN YANG MAJORITINYA MEMPUNYAI PEGANGAN AGAMA SELAIN AGAMA ISLAM, MAKA LAHIRNYA MEREKA KE DUNIA INI BELUM LAGI ISLAM SEHINGGA MEREKA BALIGH DAN MENGUCAPKAN DUA KALIMAH SYAHADAH. NAMUN BERAPA RAMAI DI KALANGAN MEREKA INI YANG DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH UNTUK MEWARISI AGAMA ALLAH INI. SEBAGAI CONTOH, SEPASANG BAYI KEMBAR BERBANGSA CINA DILAHIRKAN, SEORANG DI BERI KEPADA KELUARGA MELAYU DAN SEORANG LAGI BERBANGSA INDIA. APAKAH PEGANGAN AGAMA KEDUA-DUA BAYI INI? TENTUNYA SEORANG ISLAM DAN SEORANG LAGI HINDU.
SETELAH BERTAPAK KIAN LAMA DI NEGARA INI, BANGSA MELAYU TERUS BERKEMBANG DAN DENGAN KONSEP KETUANAN MELAYU ITU MAKA TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA MENGENAI RAJA-RAJA MELAYU YANG MEMELIHARA HAK KEISITIMEWAAN ORANG MELAYU DAN MEMELIHARA KESUCIAN AGAMA ISLAM. KERANA ITULAH MAKA TELAH DITETAPKAN BAHAWA ORANG BUKAN ISLAM TIDAK BOLEH MENGEMBANGKAN AGAMA MEREKA KEPADA ORANG ISLAM. IA ADALAH KESALAHAN. INI BERTUJUAN UNTUK MEMASTIKAN AGAMA ISLAM TERUS DIMULIAKAN SELAMANYA.

SIAPAKAH YANG MENJAGA KESUCIAN AGAMA INI? ADAKAH AGAMA ITU BOLEH BERDIRI SENDIRI? TENTULAH DI NEGARA MALAYSIA INI, BANGSA MELAYU YANG TELAH DIPILIH OLEH ALLAH UNTUK MENJAGA DAN MENGAMALKAN AGAMA YANG DIREDHAI ALLAH INI. NAMUN, TIDAK PULA BANGSA-BANGSA LAIN DILARANG UNTUK MENGAMALKAN AGAMA MEREKA DI SINI. 

OLEH KERANA ITULAH MAKA, DI NEGARA INI, KITA PERLU MEMPERTAHANKAN KETUANAN MELAYU YANG MENJUNJUNG AGAMA ISLAM SEBAGAI AD-DEEN KITA. 

IA SANGAT MUDAH DIFAHAMI NAMUN, PEMIMPIN PEMBANGKANG KHUSUSNYA PAS TIDAK TERBUKA HATI MEREKA OLEH ALLAH UNTUK MEMAHAMI KEADAAN INI SEJAH MEREKA BERTAHALLUF SIYASI DENGAN DAP LAKNATULLAH.  

MAKNANYA, TAHALLUF MEREKA ITU TELAH MENYESATKAN MEREKA. OLEH ITU, ADALAH DINASIHATKAN KEPADA PARA PEMIKIR PAS AGAR MEMBACA KEMBALI SURAH AT-TAUBAH YANG MENCATATKAN PERISTIWA RASULULLAH MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG KAFIR SETELAH DIMETERAI PERJANJIAN ANTARA MEREKA. JANGANLAH JADI KUDA YANG DITUNGGANG SEWENANGNYA OLEH KAFIR DAP UNTUK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM DI KALANGAN BANGSA MELAYU UMNO. PEGANGLAH PADA PENYATUAN AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH YANG MENJADI PEGANGAN KITA SELAMA INI. 


BERSATU KERANA ALLAH ITU YANG LEBIH MULIA.
TINGGALKAN DENDAM DI HATI

BILA BANGSA MELAYU DI NEGARA INI BERPECAH, BERMAKNA PERPADUAN UMMAH SUDAH TIDAK KUKUH LAGI DAN AKHIRNYA ISLAM HANYA AKAN JADI AGAMA PILIHAN BUKAN AGAMA RASMI NEGARA NANTI....

ADAKAH KITA MAHU ITU TERJADI???????

No comments: