RAKAN PEJUANG

17 December 2010

PEMUDA DAN PUTERI UMNO PERLU BACA INI..TOLONG BACA INI...

PEMUDA - SAYAP BN YANG ASYIK LEKA
  

PUTERI - SEBAGAI PENYERI YANG TIDAK BERSERI

PEMBANGKANG SEMAKIN AGRESIF DAN SEMAKIN GALAK MENGGUNAKAN KAEDAH MENGAMUK SEBEGINI. MEREKA MENGAMUK DAN BERTINDAK AGRESIF MELALUI MEDIA ALTERNATIF, MENGAMUK DALAM BLOG DAN WORDPRESS, MENGAMUK DALAM TWITTER DAN FACEBOOK.  TUJUAN MEREKA ADALAH SATU IAITU MEMBURUKKAN IMEJ PERDANA MENTERI KITA DAN MEROSAKKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHDAP UMNO DAN BN. MEREKA TIDAK PEDULI SAMADA SECARA HARAM ATAU SUMBANG, YANG UTAMA MEREKA NAK MENJATUHKAN BN.


MALANGNYA BLOG-BLOG ANAK MUDA BN KHUSUSNYA BLOG PEMUDA-PEMUDA UMNO, BLOG PUTRI-PUTRI UMNO SEPI DAN SURAM. YANG MEREKA WAWARKAN DALAM BLOG MEREKA ADALAH KEHEBATAN MEREKA MENGANJURKAN PROGRAM YANG TIDAK SERIUS YANG BOLEH DIBUAT OLEH SESIAPA SAHAJA. CIRI-CIRI KEPIMPINAN DAN SEMANGAT JUANG TERNYATA HAMBAR DALAM BLOG DAN FACEBOOK MEREKA. 

KEMANA PERGINYA SEMANGAT ORANG MUDA UMNO DAN BN? APAKAH MEREKA MASIH LAGI DIBUAI MIMPI INDAH DAN RETORIK CERITA PENGLIPULARA YANG MEREKA AKAN TERUS DILINDUNGI OLEH PAHLAWAN-PAHLAWAN UMNO YANG LAIN? SEKARANG BUKAN MASA BERMIMPI DAN BERILUSI. SEKARANG ADALAH WAKTU UNTUK KITA MEMBALAS SERANGAN. NAMUN BIAR LAH SERANGAN BALAS ITU DIBUAT SECARA BERETIKA DENGAN FAKTA BUKAN FITNAH MENJATUHKAN LAWAN. 

BANGUNLAH WAHAI JIWA ANAK MUDA UMNO. BANGUNLAH DAN SEDARLAH BAHAWA RUMAH YANG TELAH MELINDUNGI HIDUP KAMU SELAMA INI SEDANG DIBALING NAJIS DAN DIGOYANG OLEH MEREKA YANG INGIN MENGUBAH PERLEMBAGAAN KAMU. MEREKA YANG RAKUS BERKUASA YANG SANGGUP MENGGADAI HAK KAMU DAN PERTIKAIKAN KEISTIMEWAAN YANG KAMU ADA DIBUMI INI. MEREKA SEDANG BERMAIN DENGAN API PERKAUMAN. KAMU SEMUA TIDAK KIRA APA BANGSA PERLU BERSATU UNTUK MENYELAMATKAN NEGARA KAMU DARIPADA JATUH KE TANGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG CUBA MENGUBAH HALUAN BAHTERA KAMU INI.  

 BANGUNLAH KAMU WAHAI ANAK MUDA! GEGARKAN DUNIA SIBER KAMU DENGAN FAKTA UNTUK KAMU LAWAN DAN TEPIS TOHMAHAN PEMBANGKANG. SELAMATKAN MARTABAT AGAMA KITA, MARUAH BANGSA KITA DAN HAK ANAK-ANAK KITA KELAK!
JIKA KAMU MASIH TIDAK MAHU MEMPERDULIKAN SERUAN INI, JIKA KAMU MASIH MEMBATU DAN MENDIAMKAN DIRI, JIKA KAMU MASIH TULI UNTUK MENDENGAR EJEKAN PEMBANGKANG, JIKA KAMU MASIH BUTA UNTUK MELIHAT  TINDAKAN PEMBANGKAN, JIKA KAMU MASIH TIDAK TERSENTUH EMOSI MELIHAT BANGSA DAN AGAMA KAMU DIPERMAINKAN, JIKA KAMU TIDAK KISAH MELIHAT PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA KIAN TERLERAI....

ANAK SUFI HANYA MAMPU BERKATA, DS NAJIB BERSEDIALAH MENERIMA KEKALAHAN KERANA PEMUDA TIANG NEGARA SUDAH HILANG SEMANGAT JUANGNYA, KERANA PEMUDA HARAPAN KITA TELAH LEMAH JIWANYA, KERANA PEMUDA GENERASI KITA TELAH MATI CINTANYA PADA AGAMA DAN NEGARA.

3 comments:

Penditakainsingkat said...

Inilah akibatnya jika pemilihan kepimpinan parti dipengaruhi oleh elemen rasuah dan semangat berpuak-puak yang berkesudahan.

Kita harap kepimpinan pemuda dan puteri dapat menyusun program dan aktiviti yang berkesan kerana himpitan masa dan ancaman anti nasional semakin menjadi-jadi.

Janganlah sekali-kali mengharapkan kejayaan melalui usaha dan kerja kuat Perdana Menteri sahaja. Kepimpinann akar umbi per;lu diaktifkan dan fokuslah kepada keperluan dan keutamaan untuk memenangi PRU 13 nanti.

Artikel dlm blog ini sangat menarik dan amat relevan. Tahniah dan teruskan perjuangan.

anak sufi said...

Terima kasih pendita..hati anak sufi jadi resah apabila melihat anak-anak muda UMNO gagal mainkan peranan mereka sebagai penyelamat maruah kita. mereka harus dikejutkan selalu. semoga mereka sedar bahaya yang sedang menanti..

Anonymous said...

Knapa hanya mengharapkan UMNO?mengapakah UMNO dan PAS tidak boleh bergabung membentuk satu kerajaan yang bukan sahaja hebat dari segi duniawi malah mementingkan AGAMA...? mengapa menciptakan bahaya sendiri? mengapa kita hanya memandang dan mementingkan dalam sudut keduniaan sahaja? bukankah kerajaan2 Islam dahulu dari Khulafa ar-Rashidin hinggalah ke zaman Turki Uthmaniyah cemerlang dalam kedua2 aspek tersebut..jangan ulangi kesilapan lalu.kerana gilakan kuasa, bangsa dan negara habis tergadai..SAYA INGIN ANAK SUFI MENJAWAP PERTANYAAN SAYA INI..