RAKAN PEJUANG

30 June 2014

MH370 - HISHAM DIPECAT SEBENARNYA?

SALAM PERJUANGAN

Dua hari yang lalu, DS Liow Tiong Lai telah rasminya menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan mengambil tanggungjawab daripada DS Hishammuddin Tun Hussein yang telah memangku kementerian ini lebih kurang setahun lamanya. Sepanjang pentadbiran DS Hisham, beberapa perubahan telah berlaku yang antaranya adalah perasmian KLIA 2. Selain itu, kejadian kehilangan MH370 adalah yang terhebat didepani oleh DS Hisham. Kejadian yang tidak pernah dialami oleh mana-mana negara di dunia ini dan menjadi sejarah dalam penerbangan negara benar-benar menguji kewibawaan DS Hisham sebagai peneraju kementerian ini. 

DS Hisham ada pilihan untuk menyerahkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada pihak MAS dan Jabatan Penerbangan Awam sepenuhnya kerana beliau hanyalah pemangku menteri kementerian ini. Namun, itu tidak lakukan. Cabaran insiden MH370 ini dihadapi dengan penuh dedikasi, tekun dan tidak berbelah bahagi. Walau memegang dua kementerian tetapi DS Hisham berjaya mengurusnya dengan baik. Justeru, insiden MH370 ini telah membuka mata ramai orang mengenai potensi yang ada pada DS Hisham sebagai pemimpin negara. Ramai yang kagum dengan cara beliau mengendalikan isu MH 370, cara beliau berhadapan dengan pemberita antarabangsa dan pemimpin dunia. Sungguhpun kesibukan beliau mengurus peringkat antarabangsa, sentuhan menjiwai keperitan dan kesedihan keluarga mangsa terus digalas dan dirasai bersama. Ini menjadikan DS Hisham semakin dikagumi oleh anak-anak muda dan masyarakat Malaysia umumnya. 

Walaupun, ramai penumpang China terlibat, namun, negara China terus menjalinkan hubungan dengan negara kita. Malahan hubungan itu makin erat. Cara komunikasi yang dipamerkan oleh DS Hisham menunjukkan beliau layak diangkat menjadi pemimpin negara yang hebat. Sebagai bukti, pemimpin seluruh dunia khususnya negara maju seperti Amerika juga negara jiran Singapura mengangkat topi kepada DS Hisham sewaktu berdepan dugaan ini. Kerana itulah, Astro Awani memperuntukkan slot memperlihatkan populariti DS Hisham sejak menguruskan isu MH ini. Malahan Astro Awani telah menyediakan artikel berkaitannya. Sila Link di sini dan Video ini.

Pada pandangan AS, memang DS layak menjadi PM suatu hari nanti kerana DS Hisham mempunyai kriteria yang sesuai menduduki tampuk pemerintahan tertinggi tersebut. Tahniah DS. 

12 comments:

Anonymous said...

Dalam kes MH370 Hisham terpaksa menjadi jurucakap sebab nak cover line untuk sepupunya Najib.Jika tidak isu ini akan kantoi.Aku rasa semua rakyat Malaysia dah tau drama yang dilakonkan oleh dua ekor sepupu ni.

Anonymous said...

Anon, hidup adalah drama. Plotnya telah dirancang. Mujur dua sepupu ini berlakon drama murni. Kalau drama liwat, drama tipu, drama lelong agama lagi kita sedih.

Anonymous said...

Jalinan hubungan dengan China adalah pencapaian terbesar datuk hishamuddin. China adalah kuasa besar dunia yang sedang mengejar US.
Berbaik dengan orang kuat adalah kebijaksanaan.

Anonymous said...

Satu masa dulu aku rasa Hisham dah kantoi. Tapi MH370 mengubah persepsi aku. Aku rasa sampai masanya Hisham memang mampu pergi lebih jauh dalam barisan kepimpinan negara, insyaallah.

Anonymous said...

Ini yang dikatakan takdir. Ada orang gila gila nak naik, tapi tak boleh naik. Orang yang tak rancang apa apa tiba tiba melonjak naik

Anonymous said...

KITA DARI LUARPUN DAPAT LIHAT KESUNGGUHAN DATUK SERI HISHAMUDDIN. BUKAN NAK KATA PULAK, MEMANG PAYAH KENDALI SESUATU YANG BARU. TAK TAU HUJUNG PANGKAL !

Anonymous said...

Sebenarnya jatuh bangun pemimpin bergantung kepada penyokong. Kalau ahli UMNO diupah untuk naikkan seseorang, mungkin kita akan rugi tokoh berwibawa yang tak mahu mengupah !

Anonymous said...

Saya harap Datuk Hisham dapat gunakan kesungguhan yang sama untuk kukuhkan UMNO/BN. Saya perhatikan sokongan makin kurang khasnya daripada anak muda

Anonymous said...

dimana ada hisham disitu akn jadi masalah.. semasa jadi menteri pertahanan tercetus insiden lahad datu, pindah jd menteri pengankutan insiden kapalterbang lesap tanpa berita.. kalau jadi pm nanti.. taktau insiden apa yg akan berlaku.. dari segi usahanya mengekalkan jawatannya utk naib presiden umno.. memang dia ada potensi utk jadi org no 1 negara..

Anonymous said...

Jatuh bangun kita sebenarnya telah ditentukan. Ada je lorong nak naik atau nak jatuh. Aku rasa sekarang zaman Hishamuddin nak naik kot?

Anonymous said...

Org jiwa besaq. Sikitpun Hisham tak tunjuk kecewa walaupun dunia tahu komitmen beliau

Anonymous said...

Potensi manusia tidak sama. Hisham ternyata terserlah apabila dalam keadaan krisis