RAKAN PEJUANG

11 June 2014

YANG KURIK ITU KENDI.....YANG BAIK ITU BUDI...

SALAM PERJUANGAN

Banyak isu yang sedang berputar sekarang. Terlebih dahulu AS ucapkan tahniah kepada Mah Siew Keong kerana telah mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen Teluk Intan. Namun, AS difahamkan bahawa kemenangan MSK disebabkan oleh pengundi India yang banyak menyokong beliau. Nampaknya pengundi China masih berada di dalam mimpi khayalan DAP yang berhajat untuk mentadbir negara tercinta ini. 

Itulah pola politik di Malaysia sekarang ini. AS tidak mahu mengulas panjang tentang kemenangan MSK, namun yang AS ingin tekankan adalah kesetiaan orang Melayu dan India terhadap BN tetap sama. Begitu juga dengan masyarakat di Sabah dan Sarawak yang masih kuat mendampingi BN. Justeru sewajarnya wilayah ini dijaga sebaiknya. Jangan biarkan pencerobohan dilakukan oleh anasir dalaman mahupun di luar negara. 

Justeru, tindakan DS Hisham memberikan tumpuan terhadap kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) adalah tepat dan bijak. Baru-baru ini, DS Hisham telah pun mengumumkan untuk memberi fokus kepada 4 elemen berkaitan ESSCOM iaitu POLISI, ASET, LATIHAN DAN RISIKAN. Keempat-empat elemen ini sememangnya perlu diberikan tumpuan dan penekanan kerana ia melibatkan keselamatan negara. 
Maknanya di sini, negara perlu menyediakan bajet yang besar untuk pertahanan negara. Jangan ikutkan sangat karenah pembangkang longkang di negara ini yang langsung tidak membina negara. Kes-kes penculikan dan ancaman di persisiran pantai Selatan Sabah  bukan lagi perlu dipolitikkan. Justeru, tindakan Menteri Pertahanan  untuk memberikan tumpuan dan memperhebatkan keselamatan wilayah ini sewajarnya dipuji. Bila negara selamat, ekonomi penduduk tempatan dapat dijana dengan baik.

Ternyata keutamaan DS Hisham bukan sahaja pada pencarian MH370 tetapi juga pada pertahanan negara. Apa yang dilakukan oleh DS adalah pastinya kerana menghargai rakyat Sabah dan Sarawak yang masih setia pada BN. Justeru, keselamatan mereka perlu dijaga dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding masyarakat China DAP yang tidak kenang budi. 

9 comments:

Anonymous said...

Kewajipan Kerajaan Islam antaranya ialah menyediakan pertahanan negara.

Anonymous said...

Sesuatu yang luar biasa bila Hishamuddin akui mungkin wujud rasuah. Dahsyatlah kalau Menteri berani mengaku. DAP bila nampak dia rasuah, habis satu dunia dikaitkannya.

Anonymous said...

Abaikan pembangkang, sampah. tak de apa sumbanganpun

Anonymous said...

Fokus, utamakan keselamatan. Cabaran makin hari makin hebat aku tengok !

Anonymous said...

Dalam masa yang sama jagalah kebajikan angkatan tentera, balas pengorbanan mereka.

Anonymous said...

Setelah Hishamuddin sebut pasal rasuah, SPRM umum akan siasart. Ini permulaan yang baik tapi perlu konsisten

Anonymous said...

Pertahanan adalah maruah negara. Patut keluar bajet besar sebab maruah bukan blh jual beli

Anonymous said...

Kerajaan meneruskan apa yang baik untuk rakyat, pembangkang bertungkus lumus malakukan yang terbaik untuk diri mereka.

Anonymous said...

Keselamatan, kesejahteraan rakyat bukan isu politik. Yang demikian, abaikan pakatan. Memang kepala otak depa tak dak lain selain politik !