RAKAN PEJUANG

24 June 2014

TERANCAM, DIANCAM ATAU MENGECAM PARASIT

SALAM PERJUANGAN


Sebenarnya UMNO/BN sedang diancam dalam pelbagai bentuk ancaman. Jika UMNO/BN ini diumpamakan pokok, hancur dah pokok ni ditetak-tetak lantaran kebencian yang telah ditanam oleh puak pakatan haram. Namun, UMNO/BN sehingga hari ini masih tegak berdiri bagai pohon rendang yang sentiasa memayungi kita yang berada di bawahnya dengan rahmat dan izin Allah S.W.T.  Betapa kuat taufan meniup, betapa kuat bumi gempita, tapi pokok itu tetap berdiri di situ. Hanya satu saja yang dapat menumbangkan pokok tegap ini iaitu pokok parasit yang berada dilingkarannya. Jadi untuk terus membuatkan pokok ini terus teguh berdiri untuk memayungi kita, parasit ini perlu dikenalpasti dan dibuang agar pokok ini tidak tumbang.
AS ingin kaitkan analogi pokok di atas dengan desas desus yang menyatakan bahawa TS Muhyiddin akan mengundur diri dan digantikan dengan DS Hisham. Maka parasit-parasit ini mulalah mengadu domba dan mengapi-apikan pemimpinnya, mewujudkan kelompok-kelompok yang akan memecahbelahkan dan menumbangkan pokok rahmat ini. Oleh kerana itulah, DS Hisham sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang disebut ini adalah satu konspirasi dan beliau mengajak semua supaya kembali fokus memberikan sokongan kepada PM. 

Mengapa perlu memberikan sokongan pada PM? Mungkin cai-cai nuar dan keluarga siang mencebek dengan kenyataan ni. Namun, yang mereka tidak mengerti adalah sokongan pada PM membawa makna memberi tumpuan pada kerja dan fokus pada pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan. Pemikiran sebegini yang gagal difahami oleh mereka yang pendek akal. Maksudnya di sini, DS Hisham bersuara dengan mengajak seluruh pemimpin UMNO/BN untuk kekal bersatu agar pokok yang tegak ini terus rimbun menaungi seluruh rakyat di negara bertuah ini. Pemikiran hebat datang daripada pemimpin yang bijaksana!

6 comments:

Anonymous said...

Yang ini saya sokong. Datuk Hisham dengan segera mematahkan mainan politik adu domba ini, supaya tidak melarat.

Anonymous said...

Kadang kadang semua ini mainan . Kalau terperangkap, rugilah parti

Anonymous said...

Org politik kena sabar. Hishamuddin dah banyak teruji. Kalau tak sabar boleh lari malam

Anonymous said...

Sebenarnya kalau pemimpin kita cepat bertindak, proaktif tiada apapun dapat menggugat kestabilan yang sedia ada.

Unknown said...

Parasit berada di mana mana. Kalau kita kukuh, kuat parasit tidak akan jadi masalah kepada kita. Sebab itu seruan Datuk Hishamuddin ialah kita kuatkan diri kita.

Anonymous said...

Tidak ada cara lain nak selamatkan umat Melayu melainkan bersatu