RAKAN PEJUANG

28 May 2014

BUKTI KETELUSAN....APA LAGI PUAK PAKATAN NAK SPIN?

SALAM PERJUANGAN

AS ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Sultan Azlan shah yang telah mangkat petang tadi. Sedih rasa hati ini kerana kita kehilangan seorang sultan yang bijak. AS teringat pesanan akhir Almarhum agar umat Islam bersatu, tidak berpecah supaya umat Islam di negara ini kuat untuk menentang musuh Islam.

AS tidak mahu bercakap panjang tentang peristiwa sedih ini. AS ingin membawa isu data mentah Inmarsat yang telah dikeluarkan semalam bertujuan untuk memenuhi tuntutan keluarga mangsa MH370 dan juga untuk memberi peluang data tersebut dianalisis oleh pakar dalam bidang ini di seluruh dunia. Walaupun data ini masih belum diproses, namun keprihatinan Pemangku Menteri Pengangkutan ke atas kaum keluarga mangsa pesawat tersebut membawa kepada pengeluaran data itu. Ini menunjukkan ketelusan kerajaan dalam menangani isu MH370. Kaedah ini dapat menangkis tohmahan, serta hinaan yang dkeluarkan oleh pembangkang terhadap kerajaan khususnya DS Hisham yang dikatakan telah tidak telus mengeluarkan kenyataan peristiwa kehilangan pesawat tersebut.

Selain itu, sebagaimana yang kita sedia maklum, DS Hisham memang amat mengambil berat kebajikan keluarga mangsa malahan keluarga mangsa boleh membuat tuntutan insurans tanpa perlu sijil kematian. Kepimpinan yang sebegini amat diperlukan untuk menjadi pelapis pemimpin utama negara. Apapun doa untuk MH370 tetap kita teruskan. Semoga tiba satu detik Allah membuka kebenaran kehilangan pesawat ini. 

8 comments:

Anonymous said...

Ini ketakutan sebenar pembangkang. Data didedahkan. Mereka mahu MH370 terus jadi misteri. Senang mereka nak main

Anonymous said...

DS Hisham mewakili Kerajaan. MH370 bukan isu politik. Di sinilah bijaknya beliau. Percubaan mempolitikkan isu ini telah beliau gagalkan

Anonymous said...

Frust pembangkang. Jerat tak kena

Anonymous said...

Suruhlah Anwar atau Mahfuz hurai data ni. Biar mereka muntah taik!

Anonymous said...

Keprihatinan Hishamuddin tak de siapa blh pertikai. Yg ni kita patut hargailah

Anonymous said...

Perkara serius. Ada prosedur dan peraturan, bukan blh redah je

Anonymous said...

Biar lambat tetapi laporan ini boleh dipertanggunjawabkan.

Unknown said...

Ini data mentah. Belum diproses. Jelas pihak MAS atau kerajaan tidak mahu dilihat mengubahsuai data ini. Inilah janji Pemangku Menteri Pengangkutan, telus dan jujur.