RAKAN PEJUANG

19 July 2014

LIHAT LAH MAKNA YANG TERSIRAT BUKAN APA YANG TERSURAT

SALAM PERJUANGAN

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK

Bukan mudah untuk jadi pemimpin. Bukan hanya setakat bercakap saja. Bukan setakat menyembur air liur berceramah sana sini berapi-api tapi tidak memberi makna pun pada pembangunan rakyat dan Negara. Bukan sekadar duduk di kerusi empuk dan sambil itu bertwitter dan berfacebook mencari salah dan terus mencetus isu yang sepatutnya tidak perlu pun diperbesarkan. Bukan sekadar  mencari salah tapi tidak memberikan jalan penyelesaian untuk kebaikan rakyat. Jarang sekalipun turun padang bersama rakyat sedangkan diri dinobat menjadi pemimpin setempat.

Untuk jadi pemimpin kepada sebuah komuniti pun susah ini kan pula nak jadi pemimpin kepada sebuah kementerian, sebuah Negara  yang pastinya memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang sangat tinggi. Paling penting kebijaksanaan dalam mengurus manusia yang berada di bawah mereka. Kita sebagai rakyat di bawah ni, pandai menuding jari, itu tak kena, ini tak kena. Sangat pandai menghentam tetapi sangat kurang memberi pandangan bernas untuk kebaikan. Kita bercakap atas dasar nafsu dan amarah. Kadangkala, percakapan kita itu merentasi ilmu yang kita ada. Akhirnya kita mewujudkan persepsi dan fitnah. Biarlah pemimpin menjalankan tanggungjawab mereka. Kita boleh menegur mereka tetapi biarlah berhemah dan memberikan pandangan yang berguna.

Sebagai contoh, kes MH17 yang berlaku sekarang ini memberikan impak yang bukan sedikit pada emosi kita rakyat Malaysia. PM DS Najib kelihatan sugul dan sedih serta berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk membantu keluarga mangsa tetapi puak satu lagi tu tak habis-habis nak mencari salah. Betapa dangkalnya mereka. Apa saja mereka akan kaitkan dengan kelemahan pemerintah negara. 
Contoh lain, baru-baru ni ada suara sumbang yang mempertikaikan tentang pemergian DS Hisham ke Lubnan untuk bersama-sama tentera MALBATT di sana.  Kata mereka DS Hisham hanya makan angin. AS hanya menggeleng kepala mendengarnya. Butakah mata dan pekakkah telinga? Tidak kah kita tahu bahawa untuk menyertai misi ke Lubnan itu tidak mampu dilakukan oleh pemimpin biasa. DS Hisham boleh duduk di kerusi empuknya, memantau dari jauh perkembangan mereka. Tetapi itu dilakukan kerana beliau tahu, kehadiran beliau ke sana adalah sumber inspirasi, kekuatan dan semangat perwira yang dipalu menggerakkan jiwa dan raga pejuang di sana. Mereka di sana untuk bertarung nyawa membantu mangsa di sana.  Mereka perlukan suntikan semangat. Mereka perlukan tukang palu untuk memukul gendang keberanian dan jati diri dalam diri mereka. 

Justeru, apa yang dilakukan oleh Menteri Pertahanan ini bertepatan dan tepat. Tidak perlu dipertikaikan pun. Tapi macam biasalah puak-puak ni. Mereka tidak pernah berhenti mencari salah dan lemah. Yang mereka tidak sedari adalah merekalah yang lemah, jiwa mereka sakit untuk melihat segala hikmah. Macam AS katakan tadi, bukan mudah menjadi pemimpin di Malaysia kerana pembangkang negara ini mentalitinya rendah dan mereka hanya tahu berpolitik tanpa akal yang matang. 

8 comments:

Anonymous said...

Orang mengutuk kerana mereka tak mampu nak buat. Mereka bimbang rakyat makin kuat menyokong kerajaan.

Anonymous said...

SERIUS. AKU SIMPATI DAN MAKIN KASIH KEPADA KERAJAAN.

Anonymous said...

Benar bro. Aku lihat terpancar keriangan di wajah pasukankita

Anonymous said...

Masa ini kita boleh tahu sikap rakyat, sikap pembangkang bahkan sikap pemimpin kerajaan sendiri.

Anonymous said...

Tabah hadapi cabaran. Susun dan rancang masa hadapan. Yang silap salah dibetulkan

Anonymous said...

Jangan hiraukan tohmahan. Jangan menoleh lagi, terus pandang ke hadapan !

Anonymous said...

Knapa kes MH370 kerismuddin senyap? Sedangkan dia tahu perkara tersebut!..plzz laaa... Byk dah kelemahan kerismuddin di mata umum.tak yah nak memuji sgtt. Dulu aku puji juga kerismuddin ni. Tapi aku tgk dia ni sembang kuat.perlaksanaan terukk!!!..tak caya? Ok skrg KDN zahid hamidi pegang...u all tgk apa dia buat? Mula 2 mcm singaaa!! Skrg? Dulu KEN siapa pegang? Kerismuddin kan?u all semak balik apa dia buat

Anonymous said...

Di Malaysia ini tiada perkara yang tidak dipolitikkan. Normallah tu.