SALAM PERJUANGAN
Hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar. Ada kala kita berada di atas dan ada waktunya kita berada di bawah. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang kekal abadi. Tidak pernah ada manusia yang sentiasa statik di puncak. Justeru itulah kita perlu sentiasa bermuhasabah agar kita sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Hukum tarikan alam membuktikan bahawa jika kita berbuat baik, kebaikan itu akan datang kepada kita tanpa diundang sehingga akhir kita Husnul Khatimah tetapi jika kita berbuat jahat, menganaiyai orang, mengajak orang ke arah mungkar, maka segala keburukan dan kejahatan itu akan kembali kepada kita dan kaum keluarga kita. Nauzubillah. Jangan mati kita dalam kebencian Allah S.W.T.
Justeru wahai saudara seislamku, berlumbalah kita melakukan kebaikan, berusahalah kita agar mati kita Husnul Khatimah. Bersangka baiklah sesama kita. Perbanyakkanlah sedekah. Jika tidak mampu sedekah dengan wang ringgit, bersedakahlah dengan doa. Semoga Ramadhan Al-Mubarak ini menyatukan hati-hati kita untuk bersama-sama mengukuhkan ikatan ummah.
1 comment:
Org bertaqwa dijanjikan Syurga.
Sifat org bertaqwa;
1.Pemurah dlm keadaan senang dan susah.
2.Sabar menahan marah, tak mudah marah.
3.Pemaaf, berlapang dada, tidak berdendam.
4.Suka berbuat baik.
5.Selalu ingat akan Tuhannya Allah swt, bila melakukan kesalahan segera minta ampun dan bertaubat.
(Ali Imran 133-136).
Matlamat puasa utk melatih kita menjadi org bertaqwa, tercapaikah ?
Post a Comment