SALAM....
ANAK SUFI INGIN MENGAJAK SEMUA UNTUK MENILAI PERBEZAAN PANDANGAN BLOGGERS PRO - BN DENGAN PRO - PAKATAN. ANAK SUFI KURANG PASTI SAMA ADA ANDA SEMUA SEDAR ATAU TIDAK BLOGGERS ATAU PENYOKONG PRO-BN MENULIS ATAS DASAR KEBENARAN SEDANGKAN BLOGGERS PRO-PA BERCAKAP ATAS DASAR KETAKSUBAN PARTI SEMATA-MATA!
MENGAPA ANAK SUFI KATAKAN DEMIKIAN? SEBAB BLOGGERS PRO-BN AKAN MENENTANG SIAPA SAHAJA YANG DILIHAT TELAH TERSASAR PERLAKUAN ATAU KATA-KATA DARI PERJUANGAN MENDAULATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ATAU TIDAK SEHALA DENGAN SUARA RAKYAT YANG SEBENAR.
SEBAGAI CONTOH, ATAS DASAR PERJUANGAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA, BERAPA RAMAI BLOGGERS TELAH MENGKRITIK PEMIMPIN BN TERMASUK NAZRI AZIZ, KHAIRY JAMALUDDIN, CHUA SOI LEK, ISMAIL SABRI, SAIFUDDIN ABDULLAH DAN JUGA SEMUA PEMMPIN UMNO/BN DAN BARISAN KETUA-KETUA PEMUDA DAN PUTRI YANG TERKENA TEMPIAS KRITIKAN PARA BLOGGERS DAN FACEBOOKERS YANG PRO-BN.
MENGAPA? BUKAN KERANA BN BANYAK SALAH ATAU TERLALU LEMAH PENTADBIRANNYA, TAPI KERANA UNTUK MEMBERI IDEA ATAU PANDANGAN KEPADA PEMIMPIN BN AGAR MEMBETULKAN KATA-KATA YANG MUNGKIN CELUPAR ATAU PERBUATAN YANG MUNGKIN TERSASAR HINGGA BOLEH MENGANGGU PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. AGAR PERJUANGAN BN INI KONSISTEN SELAMANYA SEBAGAI PARTI YANG MEMBERIKAN KHIDMAT TERBAIK KEPADA RAKYAT.
TIDAK KETERLALUAN KALAU ANAK SUFI KATAKAN, PEMBANGKANG YANG TERBAIK ADALAH BLOGGERS BN SENDIRI YANG MAMPU MENILAI BAIK BURUK PERLAKUAN KERAJAAN ATAU BN DENGAN TULUS IKHLAS. YANG BAIK DISOKONG, YANG BURUK DITEGUR DAN DIDESAK AGAR PIHAK KEMENTERIAN YANG TERLIBAT MEMBETULKAN KEMBALI KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKAKAN.
MEMANG BENAR PEMBANGKANG YANG BAIK MAMPU MEMBERI CHECK AND BALANCE KEPADA KERAJAAN TAPI SAYANG SERIBU KALI SAYANG, PEMBANGKANG DI MALAYSIA ADALAH PEMBANGKANG YANG LEBIH BANYAK MENYUMBANG KEPADA KEMUSNAHAN DENGAN MENGKRITIK APA SAHAJA YANG KERAJAAN LAKUKAN HATTA YANG BAIK SEKALIPUN. NAMUN MEREKA GAGAL MEMBERI JALAN PENYELESAIANNYA. CONTOHNYA PEMBENTANGAN BAJET 2011 YANG LEPAS, MASIH ADA JUGA PEMBANGKANG YANG TIDAK BERPUAS HATI SEHINGGA MEMBANGKITKAN ISU "SELUAR DALAM".
APALAGI BLOGGERS PENGIKUT DAN PENYOKONG PARTI PEMBANGKANG DENGAN LANCANG DAN BIADAB AKAN MELETAKKAN APA SAHAJA ISU KEPADA KERAJAAN SEOLAH-OLAH MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA SEHINGGA KEGAGALAN DI RUMAH JUGA TURUT DIKAITKAN DENGAN KERAJAAN.
BEGITU JUGA DENGAN FACEBOOKERS PAKATAN YANG BERMATIAN MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH DENGAN CACIAN DAN MAKIAN PADA PRO-BN YANG TIDAK SEPENDAPAT DENGAN PAKATAN MEREKA.
MEREKA SEKONYONG-KONYONGNYA MENYOKONG APA SAJA YANG DIPERKATAKAN ATAU DIPERBUAT OLEH PEMIMPIN MEREKA WALAUPUN MEREKA SEDAR KEPINCANGAN YANG SANGAT NYATA TELAH BERLAKU. UMPAMANYA DI PENANG YANG MENYAKSIKAN UMAT MELAYU ISLAM DI SANA DIPERBODOHKAN, MENYOKONG KOMUNIS APABILA PEMIMPIN MEREKA TURUT SAMA BERSEKONGKOL MENYOKONG CHIN PENG, BERSAMA BERJUANG UNTUK BENG HOCK, MENERIMA SAHAJA FATWA NIK AZIZ HATTA MEMBERI SIFAT KEPADA ALLAH SAMA DENGAN SIFAT MANUSIA DAN BANYAK LAGI. JARANG DAN TERAMAT JARANG SANGAT-SANGAT MEREKA MENENTANG PARTI YANG TERANG-TERANGAN MELAKUKAN KEMUNGKARAN DAN KEJAHILAN.
SYABAS KEPADA BLOGGERS KERAJAAN YANG PRO-BN YANG LEBIH IKHLAS BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA BERBANDING BLOGGERS PEMBANGKANG KHUSUSNYA BLOGGERS PAS. MEREKA SANGAT TAKSUB PADA PEMIMPIN DAN SANGAT TAKUT TERKENA SUMPAHAN ATAU DAULAT NIK AZIZ DAN PEMIMPIN YANG LAIN BERBANDING KETAKUTAN MEREKA PADA ALLAH S.W.T.
SIAPAKAH YANG BENAR? RAKYAT SEMAKIN JELAS PERJUANGAN YANG SEBENAR!
No comments:
Post a Comment