RAJA DEMONSTRASI
HIPOKRIT ANWAR SEMAKIN JELAS! JANGAN SANGKA RAKYAT BUTA UNTUK MENILAI! ANWAR ADALAH JAGUH DEMONSTRASI. APA SAHAJA YANG TIDAK DISUKAINYA AKAN DITUNJUKKAN DENGAN CARA DEMONSTRASI. SIAPA YANG MEMULAKAN BUDAYA INI? BUKANKAH NUAR BRAHIM?
DEMONSTRASI AMALAN NUAR DAN SEKUTUNYA
JADI, KENAPA NAK MARAH BILA ADA NGO YANG BERDEMONSTRASI KERANA MEMAKSA ANWAR MENYERAHKAN DNA NYA? SALAH KE? KALAU TAK NAK BERDEMONSTRASI, BERSUMPAHLAH ATAS NAMA ALLAH. NI TIDAK, DENGAN BERBEKALKAN AIR LIUR YANG SEMAKIN BUSUK DAN BACIN, ANWAR MEMPERTAHANKAN DIRI KONONNYA DIA TIDAK BERSALAH! BUKTIKANLAH DENGAN CARA SAINTIFIK ATAU DENGAN KAEDAH BERSUMPAH YANG DIANJURKAN OLEH AGAMA KITA. ANWAR MEMANG RAJA PUTAR, RAJA KELENTONG, RAJA PENIPU! TIDAK SUSAH UNTUK MEMAHAMINYA BUKAN?
BUDAYA DEMONSTRASI GANAS YANG DIMULAKAN OLEH NUAR IBRAHIM
Anwar tak layak desak rakyat hentikan demonstrasi
SHAH ALAM 15 Mac - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk mendesak mahkamah mengambil tindakan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman di seluruh negara bagi mendesaknya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sebelum ini Anwar adalah individu yang paling lantang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara untuk rakyat di negara ini.
"Bukankah budaya demonstrasi ini diamalkan oleh Anwar sejak beliau menuntut di Universiti Malaya (UM) lagi?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan peguam Anwar, Karpal Singh yang memohon kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengendalikan perbicaraan liwatnya dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkaitan DNA dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Anwar juga memohon supaya dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia dikenakan tindakan mahkamah kerana menyiarkan laporan tentang demonstrasi itu.
Sementara itu, Hamidzun berkata, sikap berat sebelah yang ditunjukkan Anwar itu membuktikan yang beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Pembangkang di negara ini.
"Apabila terkena batang hidungnya sendiri, beliau dengan angkuhnya memarahi rakyat yang bangkit menentangnya," tegasnya.
(UTUSAN MALAYSIA - 15 MAC 2011)
No comments:
Post a Comment