RAKAN PEJUANG

10 March 2011

ULAMA PONDOK TIDAK SETUJU DENGAN NIK AZIZ YANG TAKABUR!

Nik Aziz sudah terlalu takbur
TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.
"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.
"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.
Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.
Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.
Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.
"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.
"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.
Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.
Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.
"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.
"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.
"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.
Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.
__________________________________________________________________

Ulasan saya:


Masih ramai di luar sana yang masih tidak mahu percaya bahawa Nik Abd Aziz Nik Mat membawa pengaruh wahabi. Tidak dinafikan juga ramai di kalangan alim ulama yang sudah arif mengenai kewahabian Nik Abd Aziz. Kini tok-tok guru pondok pula bangun mentahzir masyarakat tentang bahaya yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz ini. Usah menuduh mereka sebagai UMNO, mereka tiada kaitan langsung dalam hal politik . Hanya mereka yang bertuhankan politik sahaja dengan mudah menuduh orang yang menentang mereka sebagai UMNO dan banyak lagi gelaran. Amar makruf dan nahi mungkar adalah satu kewajipan tak kira kita didalam pertubuhan apa pun tak kira UMNO atau PAS.


Saya malas nak menulis bab politik disini. Mari kita tumpukan kepada hal yang lebih penting iaitu perkara akidah. Kenapa kami mengatakan Nik Abd Aziz menyerupai wahabi ? Persoalan ini memerlukan huraian yang panjang dan tidak dapat tidak mesti di huraikan secara teliti untuk mengelak dari salah faham masyarakat terhadap bahaya agama wahabi ini. Saya ingin menyenaraikan sebahagian dari kesalahan Nik Abd Aziz


  1. Mengatakan Allah duduk bersila di atas Arsy seperti dia duduk bersila
  2. Mengatakan Allah turun pada langit bumi
  3. Menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bahkan menghina Allah seperti sifat 'samseng'
  4. Menghina nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai budak kampung
  5. Mengatakan sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلمmeniru ajaran Kristian
  6. Menghina institusi pondok
  7. Mengkafirkan seteru politik (UMNO) dengan mengatakan mereka berakidah seperti komunis dan ayah pin yang kafir
  8. Mengatakan Kristian laknatullah boleh menggunakan nama Allah dalam Bible mereka
  9. Membenarkan ayat Al-Quran dibaca oleh orang kafir demi untuk kepentingan politik.
  10. Menghalalkan hubungan politiknya bersama DAP tetapi dalam masa yang sama mengutuk seteru politiknya (UMNO) bergabung dengan MCA,GERAKAN dan MIC.

sumber dari hafizhandasah.blogspot.com.
\


ULASAN ANAK SUFI: NIK AZIZ, JANGANLAH SOMBONG DAN BONGKAK DENGAN ILMU YANG ALLAH PINJAMKAN SEMENTARA WAKTU!

6 comments:

Penditakainsingkat said...

Salam Anak Sufi,

Nik Aziz ni dah lebih daripada tahap takabbur...

Dia perasan bahawa dalam Malaysia ni dia sorang je yang tahu agama, dia sorang jer yang faham Islam, dia sorang jer yang perjuang Islam.

Sudah mula didapati, pengikut yang taksub mula memuja dan mendewakan Nik Aziz sebagaimana yang berlaku dlam Arqam dan Ayah Pin.

Anonymous said...

susah untuk parti umno menang di kelantan. pengikut pas di kelantan terlalu taksub dgn ajaran nik aziz. walhal sudah terang lg bersuluh nik aziz itu salah tp tetap jgk mereka ikut dan taati. ambo tetap yakin dan akan trus mnyokong barisan nasional kerana percaya dengan kepimpinan di bawah najib tun razak.

Unknown said...

dengan syarat umno tubuh parti baru yg bernama islam ,menanglah,

Unknown said...

guru saya cakap didalam dunia ni yang betul jadi tak betul dan yang tak betul tu jadi betul

Unknown said...

saya pernah hadir dalam ceramah pas d balai islam , tapi saya lupa tahun berapa? dan apa yang saya ingat masa tu pengerusi pas ,wah bercakap memang ikut emosi,kutuk ni biasa je....lagi pulak depan nik aziz,nik aziz boleh diam ,tak cakap apa pun ,agaknya nik aziz suka bila org2 pas maki org,
ending majlis nik aziz bagi ucapan dia bangun ,saya ingat dia nak cakap pasal agama,rupa2nya dia cakap kalau nak pas menang kat kelantan undilah saya,apa yg saya nampak muka dia dah kena bius dengan syaitan je...

Unknown said...

Kalau saudara nak tahu DOA PENUH BERKAT telah dibaca oleh Syeikh Guru Murshid Tareqot Ahmadiah......
Doa kesejahteraan Agama,Bangsa,Tanah Air OLEH SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD SA'ID AL-LINGGI PADA MALAM 31 OGOS 1957
Yang merupakan datuk kepada GURUKU