RAKAN PEJUANG

30 March 2011

WAHAI PENYOKONG PAKATAN HARAM...SILA BACA!!!!!!!! MESTI BACA!!!!!

ANAK SUFI SANGAT TERTARIK DENGAN PENULISAN PENDITA KAIN SINGKAT YANG PERLU DIBACA OLEH SEMUA YANG MENYOKONG NUAR BRAHIM. ANAK SUFI MENGHARAPKAN ARTIKEL INI MAMPU MEMBUATKAN ANDA SEMUA BERFIKIR TENTANG KEBENARAN BUKAN KEPALSUAN.

Jam Omega Yang Hilang, Tragedi Memali dan Teoh Beng Hock: Adalah Kayu Ukur Rakyat Sarawak


Rakyat Sarawak, khususnya pengundi berdaftar, diseru supaya bangkit menentang BN. Temanya ialah, kononnya "rakyat akan hidup lebih selesa tanpa BN"

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Para pengundi Sarawak perlu bangkit menyanggah pemikiran lapuk dengan suatu persepsi baru bahawa tanpa BN rakyat akan hidup lebih selesa.
Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, keadilan dan kesejahteraan tidak mampu lagi ditegakkan di bawah rejim BN.
“Jangan ada peluang buat BN memerintah buat sekian kalinya, kerana puluhan tahun mereka hidup mendera rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Seruan Sdra Mohd Firdaus Jaafar selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda Pas Pusat, pasti akan menghadapi kesukaran.
Kesukaran ini bukan datangnya dari BN tetapi dari Gerombolan Pakatan Pembangkang sendiri. Kesukaran yang mereka sendiri tidak mampu hadapi apatah lagi untuk membuktikan Pakatan Gerombolan ini sesuai diterima oleh Rakyat Sarawak.

PAS
Parti Melayu Pas sudah dikenali oleh seluruh Rakyat Malaysia sebagai sebuah parti yang tidak ada kredibiliti, tidak konsisten, penuh dengan fantasi dan retorik serta mengamalkan fahaman khawarij tegar.
Rakyat Malaysia masih tidak dapat melupakan Tragedi Memali yang merupakan konspirasi Parti Pas untuk menumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyat yang sah.

Dalam peristiwa itu, 4 orang anggota polis yang tidak berdosa telah mereka bunuh manakala orang awam yang terpengaruh dengan ajaran sesat Ustaz Politik Pas yang bernama Ibrahim Libya turut cedera. Alhamdulillah ketua pengganas dalam konspirasi ini telah dapat dimusnahkan bersama pengikut-pengikut kanannya yang juga menjadi mangsa terpengaruh dengan ajaran sesat Ustaz Politik ini.
Pas yang mengamalkan Islam Khawarij,  berjaya memecahbelahkan umat Islam, mewujudkan solat dua imam, mengkafirkan umat islam yang tidak menyokong mereka dan merasuah pengundi dengan balasan syurga, tetapi Pas gagal mendapat sokongan rakyat.
Pas gagal dengan slogan kerajaan Islam, hukum hudud dan mengkafirkan UMNO yang dituduh  mengamalkan asobiah kerana membela bangsa Melayu.
Akhirnya Pas mengumumkan pengguguran retorik negara islam dan hukum hudud lalu mengistiharkan pula sebagai pembela bangsa Melayu dan bermain pula slogan "Pas ganti UMNO" .

Rakyat di Semenanjung Malaysia sudah muak dan sedang menolak Parti Melayu Khawarij ini apabila samakin terbukti menjadi haiwan politik peliharaan DAP yang sanggup menggadai kesucian agamanya sendiri.

PKR
Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang ditubuhkan khusus untuk memberi kepuasan kepada nafsu amarah Nuar Berahim yang gagal dalam konspirasinya untuk memegang tampuk pemerintahan negara.
Setelah berjaya menyingkirkan Allahyarham Tun Ghafar Baba, Nuar Berahim semakin yakin cita-citanya akan tercapai dan terus mencatur kekuatan dalam organisasi UMNO. Dengan kedudukan yang tinggi dalam parti dan kerajaan dia mengaturkan para sahabat dan kroninya menduduki jawatan dalam UMNO Bahagian, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian dan Jabatan Kerajaan, syarikat-syarikat dan konglomerat, malah apa sahaja institusi yang berkaitan dengan ekonomi dan  sosial negara.

Semasa berada hampir di puncak kuasa, Nuar Berahim lupa diri. Menjadikan dirinya semakin ego, beransur zalim dengan pihak yang tidak disukainya, dan memulakan konspirasi untuk memusnahkan individu yang dirasakan menghalang cita-citanya.

Bagaimanapun Allah lebih berkuasa dan maha mengetahui.
"Wamakaru wamakarallah, wallahu khairulmakirin” - Ali Imran 54

Nuar berahim merancang, Allah juga merancang. Tetapi terbukti  Allah jua sebaik-baik perancang.
Rakyat tidak akan melupakan bagaimana Nuar Berahim menjadikan kes liwat dan salahguna kuasa pada sekitar akhir tahun 1990-an sebagai alat politik peribadinya. Dia mengajak rakyat bersamanya turun ke jalanraya berdemonstrasi dengan menamakan perbuatan khianatnya itu sebagai "reformasi".

Kemuncaknya PKR tewas teruk pada PRU 2004 di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir.
Nuar Berahim hanya bernafas semula di bawah kepimpinan Pak Lah sehingga berjaya menambah kerusi parlimen dan BN kehilangan 5 buah negeri tetapi rakyat memulangkan semula negeri Perak dari tangan DAP.
Rakyat tidak akan melupakan temberang Nuar Berahim mengenai Kerajaan Rakyat ke Purajaya 16 September 2008. Rakyat juga tidak akan melupakan hakikat Nuar Berahim mencipta masalah liwat kedua  sehingga sekarang ini masih belum selesai.
Kini berhadapan pula dengan kemungkinan dirinya disabitkan dengan video seks yang baru sahaja didedahkan.
Nuar Berahim merancang mengambil kerusi Presiden UMNO, Perancangan Allah adalah benar, kerusi Sungai Buloh yang diperolehi.
Nuar Berahim merancang melantik Saiful sebagai pembantu membancuh kopi dan membawa Saiful ke Hong Kong dan Singapura bersamanya, perancangan Allah adalah benar, kes mahkamah yang dihadapinya.
Nuar Berahim merancang menawan Putrajaya pada 16 September dan bersekongkol menubuhkan Gerombolan bersama Pas dan DAP, perancangan Allah adalah benar, video seks didedahkan dan jam tangan omega hilang dari pergelangan tangannya.
Apapun, PKR adalah parti keluarga Nuar Berahim dimana dia adalah Penasihat, Isterinya Presiden dan anaknya Naib Presiden. Perancangan Allah adalah benar,  parti ini semakin ditinggalkan dan dijauhi orang.

DAP
DAP adalah parti berasaskan kaum China. Di Perak Ngeh Ko Ham adalah anak saudara Chin Peng, Pengerusi Parti Komunis Malaya yang banyak membunuh Askar Melayu Diraja dan orang awam semasa zaman dharurat dahulu.


Hari ini matlamat mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memusnahkan Perlembagaan Persekutuan dan menggantikannya dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia ciptaan China DAP.
Seluruh Rakyat Malaysia menyedari bagaimana DAP menggunakan Parti Melayu Pas untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan menggunakan Nuar Berahim memporakperandakan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara kita.
DAP tidak pernah berundur walau setapakpun dari matlamatnya menumbangkan kuasa politik Melayu-Pribumi dan menghancyrkan perpaduan umat Islam.
Antara wajah sebenar DAP yang dapat diungkapkan di sini termasuklah:
1) DAP sudah bersatu dengan sekutu - sekutunya iaitu PAS dan PKR untuk memerintah Malaysia. Mereka melihat inilah masa terbaikuntuk berkuasa ketika orang Melayu berpecah kepada pelbagai parti. Mereka amat perlukan undi orang Melayu untuk mencapai cita-cita tersebut. DAP MAHU KUASAI PUTRAJAYA.
2) Lihat Manifesto DAP dalam Pilihanraya 2008. Mesej tersirat mereka adalah untuk mengajak semua orang Cina bersatu. Mereka tulis "Hanya DAP yang kuat dapat melakukan semua ini", itu bukan maksudnya. Maksud sebenar adalah "HANYA CINA YANG KUAT DAPAT MELAKUKAN SEMUA INI". Apakah orang Melayu masih tidak sedar lagi?
3) Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair ( MP Bangsar pada waktu itu ) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia.
4) DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malannya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan kententeraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930.
5) Pada Oktober 1967, DAP menjadi ahli kepada Socialist International, satu pertubuhan sosialis dan komunis antarabangsa. Salah seorang Naib Presiden Socialist International adalah Ehud Barak (Bekas Perdana Menteri Israel). DAP bukanlah demokratik, ideologi DAP sama seperti Parti Buruh di Israel. Dari sinilah Lim Guan Eng meniru konsep "Middle Malaysia" dari konsep "Middle Israel".
Baca seterusnya dari Blog sahabat yuseriyusoff.blogspot.com


Pandangan Pendita:
Pas akan turun berkempen sempena pilihan raya negeri yang berlangsung pada 16 April ini dengan misi menipu, menghasut dan meniupkan kebencian di kalangan pengundi Sarawak.  Berbagai siri fitnah dan pembohongan akan dihiasi dengan ayat-ayat quran dan hadith sebagaimana biasa mereka lakukan.
Selama ini, mereka tidak pernah mendapat sokongan, kecuali segelintir yang terpengaruh dengan retorik pelbagai janji manis yang luar biasa menjelang pilihanraya umum. Mereka juga akan memberi sumbagan "rasuah segera" seperti sogokan kain pelikat, beras, gula, minyak masak,  wang saguhati, dan paling luar biasa adalah janji balasan syurga kepada umat Islam yang tidak mengundi BN.
Satu Malaysia sudah tahu bahawa rakyat Kelantan sengaja dibiarkan hidup melarat terutamanya di kawasan pedalaman agar mereka terus percaya bahawa pembangunan dan kemajuan kebendaan tidak penting kerana tidak boleh dibawa masuk ke kubur apabila mati nanti. Mengundi Pas, walaupun kalah, tetap mendapat balasan syurga!
Kerajaan yang ada sekarang adalah Kerajaan Pilihan Rakyat. Rakyat semakin yakin bahawa hanya BN yang mampu memerintah negara kerana terbukti dapat melaksanakan mandat dan menunaikan amanah rakyat.
Rakyat hanya nampak bahawa Gerombolan Pembangkang hanya mampu melakukan perkara-perkara yang sesat dan menjadi pengkhianat di dalam negara sendiri dengan menyuburkan fitnah serta tohmahan sebagai dasar perjuangan mereka
Rakyat Sarawak tidak akan mudah terpedaya dengan penipuan dan tipudaya Gerombolan Pembangkan dan mereka akan menjadi benteng untuk menghalang rakyat dari menuju ke arah kehidupan yang melarat dan tidak terbela sebagaimana yang berlaku di Kelantan
Rakyat menjunjung demokrasi walaupun Gerombolan Pembangkang membelakangkan konsep demokrasi dengan pelbagai cara yang tidak patriotik, anti nasional dan penuh dengan pengkhianatan yang tidak diperlukan oleh rakyat.
Pas, PKR dan DAP telah banyak menceroboh hak asasi rakyat secara berleluasa dengan penyalahgunaan kebebasan media dan etika berceramah. Pemerhati luar melihat gelagat Gerombolan Pembangkang ini hanya merugikan rakyat dan negara yang sedang membangun.


Pas merancang, Allah juga merencana. Perancangan Allah adalah benar. Allah tunjukkan penyelewengan Tabung Memali yang memalukan

Tragedi Memali adalah mercu tanda kezaliman Pas mempengaruhi ketaksuban pemikiran rakyat dengan memperalatkan agama Islam. Penubuhan Inkues Teoh Beng Hock adalah hasil mainan racist dan sentimen perkauman China DAP, manakala beberapa siri demonstrasi yang dicetuskan oleh Nuar Berahim adalah bukti konspirasi yang tidak berkesudahan.
Rakyat Sarawak akan menolak PAS, PKR dan DAP kerana track record mereka amat buruk di pentas politik Semenanjung Malaysia

3 comments:

Nurul Farahin JB said...

Salam AS,

Tertarik ngan entri ini.

amat jelas bhwa Pas adalah puak khawarij dlm zaman moden kerana kerja Pas selama ini hanyalah menentang UMNO. sedangkan rakyat tahu UMNo tidak pernah sama sekali mengabaikan agama Islam disampingberlaku adil kpd semua agama dan penganut yg lain.

Pkr pula adalh parti peribadi anuwar ibrahim dan keluarga anak beranak dan kroninya sahaja. Para pengikut dan ahli adalah hamba abdi dan kuli guna utk demonstrasi dan buat kacau.

DAP adalah pencatur yg bijak gunakan kebodohan pas khawarij dan kegelojohan anuwar ibrahim. apapun yg berlaku DAP tetap beruntung kerana umat Islam berpecah belah, manakala kaum china terus bersatu.

Saya sedih dengan peristiwa Memali dan al-maunah. Kedua2 tragedi ini adalah hasil tarbiah khawarij Pas yg sanggup membunuh sesama Islam, apatah lagi berlainan agama.

Pas dan DAP apb brgabung..akan menjadi sangat bahaya.

Saya berdoa agar kedua2 parti ini dan anuwar ibrahim disekar oleh Allah utk selamatkan rakyat Malaysia seluruhnya

blogenstarz said...

Sokong 100%
Jangan biarkan gejala songsang bertapak diSerawak.
Sekat dan cantas Anwar !

link saya
http://blogenstarz.blogspot.com

Anonymous said...

yang pasti..najib takut dgn taib mahmud..sebab tu dia masih ketua menteri sarawak...