RAKAN PEJUANG

19 October 2011

PAS MENOLAK HIMPUNAN SEJUTA UMAT!

SALAM...

APA NAK JADI DENGAN HADI AWANG? APA NAK JADI DENGAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA NI? APA YANG TELAH BERLAKU WAHAI PENGANUT PAS? KALAU ORANG KATA PAS NI DAH JADI BALACI KEPADA DAP, MEREKA MARAH PULA. PADAHAL NYA KITA SEMUA BOLEH TENGOK BETAPA PAS KINI MENOLAK KEPENTINGAN AGAMA DAN PENYATUAN UMMAH DEMI MENYELAMATKAN KELANGSUNGAN POLITIK MEREKA. 


MALANG SEKALI, PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT YANG SEWAJARNYA MENDAPAT SOKONGAN UTAMA PAS TIDAK MENDAPAT SOKONGAN MEREKA. KATA HADI, TIDAK ADA PARTI POLITIK YANG TERLIBAT, JADI PAS TIDAK AKAN TERLIBAT. INI BERMAKNA PENGANUT PAS JUGA TIDAK AKAN TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN INI. KALAU HADI IKHLAS MEMPERJUANGKAN ISLAM, MENGAPA HADI TIDAK MAKLUMKAN BAHAWA YANG TIDAK TERLIBAT HANYA PARTI TETAPI AHLI PAS TIDAK DIHALANG UNTUK MENYERTAI PERHIMPUNAN INI. NAMUN, MALANGNYA, IA TIDAK TERPACUL DARI MULUT HADI. 

 DULU MASA BERSIH, MELALAK-LALAK AMBIGA KATA PERHIMPUNAN BERSIH BUKAN SOAL POLITIK TAPI PAS MENGERAHKAN PENGIKUTNYA MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM YANG TIDAK DIREDHAI ALLAH ITU.HADI PUN DATANG WALAUPUN BERPIMPIN-PIMPIN SEBAB DAH TAK LARAT. TAPI KERANA MENURUT NAFSU DAP DAN KAFIR LAKNATULLAH, SANGGUP BERSESAK DALAM PERHIMPUNAN YANG TAK MENDATANGKAN FAEDAH LANGSUNG TU.

TAPI BILA PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT NI, HADI DENGAN SELAMBANYA KATA PAS TIDAK AKAN TERLIBAT KERANA PERHIMPUNAN TERSEBUT TIDAK MELIBATKAN PARTI POLITIK. BAGUSLAH HADI. TAHNIAH DAP! KEPADA UMAT ISLAM DI NEGARA NI, KITA FIKIRLAH SENDIRI KEMANA HALA TUJU PAS HARI INI.

19/10/11


PAS tidak mahu terlibat


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

7 comments:

Anonymous said...

Sikap ego pemimpin PAS bermula di Seksyen 19 Shah Alam berkaitan isu kuil Hindu dikawasan majoriti penduduk Islam. Semasa BN berkuasa kuil sudah diarah pindah ke Sek 18 th 2003 tetapi pihak kuil enggan pindah. Ramai tidak tahu masalah sebenar isu kuil di Sek 19 dan Sek 23 jadi PANAS pada tahun 2009. Penduduk dijanjikan PKNS kuil lama di Sek 19 akan pindah sebab disitu tapak rumah 16 unit. Th 1988 kuil itu kecil digunakan penduduk setinggan. Selepas th 2000 ramai penduduk India dari kawasan baru dibuka diSek 20 datang kekuil itu. Tahun 2005 semua setinggan dipindahkan. Pd tahun 2006 kuil semakin aktif selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan. Makin banyak aduan dibuat kuil makin besar tanpa kelulusan PBT. Bila buat aduan MBSA buat rondaan tetapi bila penguat kuasa beredar ubahsuai kuil disambung lagi. Pada 28/07/2006 penduduk minta campur tangan Sultan Selangor. Dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa”. Realitinya tanah itu terus diceroboh. Julai 2007 aduan kepada Biro pengaduan Awam JPM dan BPR kerana kuil sudah dibesarkan jadi 5 bilik. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Sek 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan kuil dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Usaha penduduk bertahun2 minta kuil pindah jadi sia-sia. Kemelut dihadapi penduduk bertambah sukar. Pada April 2008 pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR dipapan tanda PKNS, kata mereka dua parti sokong kuil tak payah pindah. Aduan kepada wakil rakyat tidak ada tindakan. Pada 21/7/2008 tiga buah lori membawa masuk bahan binaan. Penduduk tahan sebuah lori mereka kata kerajaan Selangor lulus besarkan kuil. Aktiviti kuil bertambah hebat mereka semakin berani mengganggu ketenteraman awam. Gangguan bising lagu Hindu setiap hari. Keramaian bergendang semakin kerap pada Julai 2008. Mereka mula bergendang ketika azan Maghrib hingga ke tengah malam. Kawasan penduduk jadi sesak dan kecoh. Banyak masalah sampingan bila mereka berkumpul ramai dikuil itu. Bila ada upacara pemujaan kawasan penduduk dipenuhi asap jerebu kerana unggun api besar dipasang, bau kemenyan sangat kuat. Aduan demi aduan tiada tindakan. Pada Dis 2008 gangguan kuil semakin kronik penduduk minta bantuan NGO. Tetapi kedatangan NGO tidak disenangi Khalid Samad yg menyerang NGO pada 08/01/2009. Depan mata penduduk dan penguat kuasa MBSA Khalid bela Hindu kuil. (semak Minaq-Jinggo AP Shah Alam pertahan kuil). Pada 10/01/2009 Khalid Samad tulis artikel Persoalan Kuil Sek 19 yang minta ia disebarkan konon provokasi UMNO kerana PRK di Kuala Terengganu. Artikel itu tersebar luas dlm blog pro PR pada Jan 2009. Ramai pembaca blog puji Khalid kerana membela kuil Hindu. Pada 12/01/2009 artikel Undang2 DS dan BN Khalid tuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Pada 18/08/2009 artikel Persoalan Kuil dikeluarkan semula bersama artikel Tapak kuil Sek 23. Menurut Khalid Samad ikutkan Hindu mereka ingin kuil kekal ditapak itu, Pada 19/8/2009 Khalid menulis dasar PR mudah “Tiada kuil baru tiada kuil diroboh”. Pada 30/8/2009 Khalid menyindir penduduk tinggal berhampiran kuil. NGO disindir sebagai Tukang Perhangat dan Hero Melayu. Ogos 2009 TV Selangor siar sidang media Khalid mengenai pemindahan kuil Sek 19 ke Sek 23. Logikkah UMNO dituduh menimbulkan ketegangan di Sek 19?. Sikap Khalid Samad sering menyalahkan pihak lain tetapi kesilapan dia sendiri yang menyebabkan kemelut penduduk Sek 19 berpanjangan. Hindu kuil tidak peduli sensitiviti penduduk Islam. Kenapa Khalid tidak persoalkan kenapa mereka mengganggu ketenteraman kawasan masyarakat Islam?

Anonymous said...

Sambungan
Kenapa NGO dikaitkan dengan UMNO?.Logikkah penduduk minta bantuan UMNO sedangkan semasa BN berkuasa penduduk mengadu kepada Sultan Selangor, BPR dan Biro Pengaduan JPM?. Kenapa pihak kuil yg disokong MIC semasa BN dulu disokong pula?. Salahkah penduduk minta bantuan Pertubuhan NGO?. Adakah Wakil Rakyat menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak membantu penduduk Islam?. Penduduk menghadapi tekanan emosi kerana bunyi bising dari kuil setiap hari, penduduk hadapi risiko dan situasi yang sukar dikawasan sendiri. Semasa menyambut Aidilfitri Okt 2008 gangguan bising lagu Hindu dipasang kuat setiap malam. Mereka anggap penduduk sekitar seperti pekak belaka. Majlis kenduri penduduk diganggu bising. Bulan Nov dan Dis 2008 ganguan menjadi2. Kumpulan berpakaian hitam bergendang sambil menyanyi dan bertepuk tangan seperti kumpulan dikir barat. Kawasan penduduk jadi tempat pemuda Hindu berkumpul bising, merempit, minum dan mabuk. Ada penduduk diminta bayar wang jika mahu kuil senyap ketika keluarga itu hendak mengadakan majlis tahlil selepas kematian ahli keluarga. Ada penduduk yang diletak parang bersilang depan pagar rumah. Ada rumah diconteng besar nombor kumpulan gangster 303. Pengunjung kuil memakir kenderaan sesuka hati ganggu kawasan dan laluan penduduk. Tindakan drastik NGO bina gelanggang bersebelahan kuil mengurangkan sedikit masalah penduduk. NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. 30 Mei 2009 YB Adun maklumkan kepada AJK masjid kuil akan pindah. Tapak kuil baru dipilh berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam Sek 23. Penduduk bantah kuil besar dikawasan tapak satu ekar dibina berhampiran kawasan mereka. Tapak dikatakan 200 meter dari kawasan penduduk Sek 23 hanya diseberang Padang Permainan. Laporan MTEN yang disediakan MBSA Julai 2009 ada menyebut masalah penduduk Sek 19 hadapi tekanan akibat gangguan kuil, pihak polis menasihati pihak Majlis pindahkan kuil Sek 19. Bantahan penduduk Islam Sek 23 juga ditulis dalam laporan itu. Kenapa mesyuarat pemindahan kuil tidak ada wakil penduduk Sek 23?. Kenapa wakil rakyat tidak menjaga sensitiviti penduduk Islam? Kenapa bantahan penduduk tidak dipedulikan tapak kuil pula dipagar. Pada 28/8/2009 demo penduduk Sek 23 di SUK. Bila kepala lembu diusung ramai melenting konon hina penganut Hindu. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?. Pada 26/7/2008 Hindu kuil Sek 19 buat perarakan bergendang waktu tengah malam jam 1 pagi bawa patung besar kuda terbang dihadapan rumah peduduk Islam. Suasana malam itu kecoh. Penduduk tegur diugut bunuh, polis sampai mereka jerit “Apa komplen2 Melayu bodoh”. Kenapa tidak ada tindakan serius kedua-dua wakil rakyat selepas aduan dibuat?. Malah gangguan semakin gawat hingga Dis 2008 sehingga penduduk terpaksa minta bantuan pihak luar. Demo kepala lembu jadi isu Negara. Harakah tuduh UMNO sebagai dalang kepala lembu. Pemimpin Islam PR buat ulasan isu kepala lembu menyalahkan sesama Islam. Pada 30/09/2009 risalah “ Isu pemindahan kuil di Sek 19 ke Sek 23” diterbitkan kerajaan Selangor. Penduduk Sek 19 dan Sek 23 serta NGO Islam dituduh menimbulkan isu perkauman. Kenapa pihak kuil yang buat provokasi kepada penduduk Islam dibela?.Adilkah jika NGO dan penduduk Islam saja yang dipersalahkan?..Dalam risalah tulis Keadilan Untuk Semua. Wakil Rakyat Shah Alam menyembunyikan fakta sebenar bantahan penduduk.Islam. Janji pemimpin kepada penduduk pemindahan kuil selesai Nov 2010 tetapi sampai hari ini kuil masih disitu juga.

Anonymous said...

http://www.khalidsamad.com/2009/09/
FRIDAY, SEPTEMBER 4, 2009
Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M
13 Ramadan 1430 H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,

Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;

“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”

Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,

“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”

Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke Seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.

Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.

Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-

“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”

Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu.

Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskanIslam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.

Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.

وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى

YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam

Labels: Islam, Isu semasa, Shah Alam

Anonymous said...

Petikan Utusan Online Sept 2009. Pada mulanya media PR dakwa kuil itu 150 tahun. Tetapi selepas itu usia kuil diturunkan 106 tahun.


Penduduk nafi kuil berusia 106 tahun

SHAH ALAM 13 Sept - Penduduk Seksyen 19 di sini menafikan kenyataan seorang wakil penduduk Hindu di situ yang menyatakan Kuil Sri Maha Mariaman telah wujud 106 tahun sebelum merdeka. Kenyataan mengenai usia kuil itu disuarakan oleh seorang penduduk pada sesi dialog penduduk Seksyen 23 bersama Menteri Besar Selangor di sini pada 5 September lalu. Penduduk mendakwa kenyataan tersebut tidak berasas kerana ketika mereka berpindah ke situ pada tahun 1988, kuil itu hanya berkeluasan kurang 1.5 meter persegi dan sudah tidak digunakan lagi. Kuil itu difahamkan dibina untuk sementara sahaja bagi kegunaan pekerja estet.

Seorang penduduk Khatijah Abu Bakar, 51, memberitahu, kenyataan wakil penduduk itu langsung tidak masuk akal kerana ketika berpindah ke Seksyen 19 pada 20 tahun lalu, kuil tersebut sudah lama ditinggalkan. Ketika itu katanya, difahamkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjanji untuk merobohkan kuil berkenaan kerana kawasan tersebut sepatutnya dibina enam belas buah rumah. Tetapi jelasnya, pada tahun 2000 kuil tersebut diaktifkan semula oleh penganut Hindu dari Seksyen 20 dengan pengubahsuaian serta pembesaran kuil dilakukan pada 2006. ''Keadaan itu memaksa perwakilan penduduk membuat aduan dan satu papan tanda telah diletakkan oleh PKNS bahawa penceroboh akan didakwa.''Tetapi amaran tersebut tidak diendahkan oleh pihak kuil dan meneruskan pengubahsuaian itu sehingga hampir dengan rumah kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Dia mendakwa semenjak pemerintahan kerajaan campuran di Selangor, majlis yang diadakan di kuil itu tidak lagi dikawal dan seperti mendapat sokongan daripada pemimpin.

Seorang lagi penduduk, Sharkhiyah Ahmad, 51 berkata, kenyataan wakil penduduk semasa sesi dialog itu hanya mahu meraih simpati hingga cuba mereka-reka cerita tanpa fakta yang betul. ''Kenyataan wakil penduduk itu hanya cakap kosong sahaja bagi menarik simpati pihak kerajaan negeri yang seolah-olah memihak kepada mereka. ''Saya pun hairan kenapa pihak kepimpinan sekarang terlalu mengikut kata-kata mereka berbanding suara kaum majoriti?"ujarnya. Sharkhiyah turut menyifatkan pemimpin tertentu seperti talam dua muka iaitu menyatakan sokongan ketika berdepan kaum majoriti Melayu tetapi beralih ke belakang bersekongkol dengan pihak lain.

Anonymous said...

Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Demonstrasi_kepala_lembu September 2009
Kuil Hindu Sri Mahamariamman

Kuil Hindu Sri Mahamariaman di Seksyen 19 Shah Alam, asalnya kecil sahaja, setakat 2X2 meter pada tahun 1988. Kuil kecil ini semakin membesar dan didakwa pula ada sejarah 150 tahun. Oleh kerana saiznya kecil dan tidak ada usaha pendaftaran dibuat kepada mana-mana pihak, maka ia ia tidak terdaftar dalam pelan pembangunan bandar raya Shah Alam.

Tidak ada bukti seperti resit, surat atau fail yang menunjukkan mana-mana kuil Hindu berusia 150 tahun. Hanya sekadar mengingatkan bahawa buruh India dibawa oleh majikan peladang British sejak 1800 lagi. Masjid juga tidak ada rekod, fail, resit atau batu tanda pembinaan. Penduduk Melayu di Seksyen 19 yang duduk di sana sejak 1988 menyatakan saiz kuil itu kecil sahaja.

Tapak kuil milik estet getah dan kelapa sawit Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Tidak ada mana-mana pihak berusaha mendaftarkannya kerana tidak ada bantahan. Penduduk Melayu yang merungut juga tidak ada rekod bantahan dan rekod laporan polis kerana saiz kuil itu kecil sahaja.Alangkah baiknya jika semua kuil, tokong, surau dan masjid mempunyai pelan pembinaan, rekod pendaftaran, senarai nama jawatankuasa pengurusan dan sebagainya.

Di Seksyen 19 hanya ada 5 keluarga India. T.Murugiah pernah berunding pihak kuil setuju akan pindah ke Seksyen 22. Malangnya MIC campurtangan dan berjanji diselesaikan selepas PRU 12. Kuil ini dikendalikan oleh orang luar iaitu dari Kapar dan pengikutnya sekitar Taman Seri Muda, Seksyen 18 dan Seksyen 20.

PenganutPAS said...

Perhimpunan BERSIH bersama Ambiga - PAS sertai. Anytime..anywhereback

PAS up gereja DUMC.

PAS pentingkan politik dari agama

PAS pentingkan undi dari akidah.

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Anonymous said...

PAS sebenarnya bukan parti perjuangan Islam, tetapi parti perjuangan politik. Kalau Islam mestilah syumul, maka tidak kira apa-apa pun asalkan ianya mempunyai tujuan dan matlamat untuk Islam kenalah sokong. Kenapa apabila Al-Syeikh Ambiga ajak ke perhimpunan BERSIH 2.0 Pas terus arahkan ahli-ahli PAS turun, tetapi apabila Presiden Pembela Islam Dr Yusri ajak, dia jawab itu untuk Ngo's sahaja. Jadi Islam ini ada beza-beza pula. Parti politik aqidah Islam lain dan ngo's pula aqidah Islam lain. Islam Pas dan Islam sebenar ke?. Nampaknya PAS akan kena bala kali ni.