RAKAN PEJUANG

23 December 2010

TOLONG BACA NI.....PAKATAN YANG MENCABAR KITA...

  DIPETIK DARIPADA BLOG MANUSIA LEMAH DIBUMI

ANAK SUFI INGIN BERKONGSI CATATAN YANG DIBUAT OLEH MANUSIA LEMAH DIBUMI YANG DICATAT PADA TARIKH  14 DISEMBER 2009....MOHON BERKONGSI SAUDARA...

 DAP sudah bertambah Kurang Ajar...Siapa yang lagi Racist????

Salam...Maaf sudah lama hamba menyepikan diri...bukan kerana lari dari medan perjuangan cuma melihat, memuasabah diri dan merenung apa yang akan terjadi dengan Negara kesayangan hamba ini kelak...
Nampak seperti negara kesayangan hamba ini berkemungkinan besar akan mengalami sejarah yang maha hebat dan lebih hebat dari kisah perjuangan Tunku dan sahabatnya Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan untuk memerah segala usaha untuk mencapai kemerdekaan malah mungkin lagi hebat dari sejarah kejatuhan kota Melaka dulu jika masih bertapaknya DAP dan PKR dibumi Malaysia ini...
Setiap hari dan minggu ada sahaja hal yang akan dibangkitkan oleh Pakatan DAP dan PKR ini untuk mencabar kerajaan, perlembagaan dan sensiviti rakyat...Ada sahaja perkara yang mencabar perlembagaan yang dijadikan modal untuk menutup segala kerja haram yang dilakukan oleh pimpinan DAP dan PKR...
Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan persoalan dari YB DAP yang mempertikaikan peruntukan khas Perdana Menteri untuk Masjid di negara ini...YB ini cakap peruntukan ini tidak adil dan sebagainya....Hamba tertanya ketika itu apa yang tidak betul dengan perlaksanaan tanggungjawab oleh Perdana Menteri itu...Bukankah PM sudah melaksanakan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 3..."Islam adalah agama persekutuan: tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai dimana-mana bahagian Persekutuan....Malah PM juga turut mentaati apa yang telah diwarisi daripada pemimpin sebelumnya iaitu Tunku dan sahabatnya yang telah memperakui perkara ini dalam "Kontrak Sosial"...Jadi dimana silapnya????
Apa yang tidak memuaskan hati YB DAP ini...Adakah dengan pemberian peruntukan ianya akan mendatangkan ancaman kepada agama yang YB ini anuti...Rasanya orang di Malaysia ini sudah cukup dewasa dan rasional serta bertolak ansur dengan semua agama...kenapa hamba berbicara sebegini...hamba akan mengambil contoh negeri Selangor sahaja...kita lihat perbandingan jumlah masjid/surau dengan rumah ibadat agama lain...Malah rasanya ramai yang sudah tahu perkara realiti ini..Dimana usaha kerajaan selangor untuk menambah bilangan masjid yang ada jika dikatakan Kerajaan sekarang ini racist...kenapa kuil yang diutamakan.????
Kali ini sekali lagi DAP mencabar Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 iaitu " Bahasa kebangsaan adalah bahasa kebangsaan" ...Apa yang mereka buat??? Karpal mencadangkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua...Bukan hamba tidak bersetuju tetapi pada hamba tidak perlu diperuntukkan dalam perlembagaan untuk dijadikan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi kedua negara...kerana dalam perlembagaan Perkara 152 sendiri tidak pernah menyekat mana-mana bahasa lain untuk dipertuturkan di bumi Malaysia ini...Malah realiti masa ini ramai dikalangan rakyat Malaysia bersembang dan bertutur dengan bahasa inggeris tidak kira dimana jua...jadi kenapa perlu untuk diperuntukkan dalam perlembagaan...atas dasar apa??? untuk apa???
Jika dikatakan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional serta dikepalai oleh UMNO dikatakan racist dan mementingkan melayu...dimana racistnya kerajaan sekarang??? Kekayaan Malaysia masih diterajui oleh orang bukan melayu...pendidikan juga diterajui oleh orang bukan melayu...jika benar kerajaan racist rasanya tidak ada orang melayu yang ketinggalan dalam ekonomi dan pendidikan...jika Kerajaan racist rasanya tidak ada anak orang bukan melayu yang akan mendapat tempat untuk kemasukan ke Universiti dan sebagainya....Jika KERAJAAN hari ini racist maka tidak akan ada Syarikat Kontraktor orang bukan melayu yang boleh membina empayar perniagaan mereka...kerana semuanya mesti akan diberikan kepada orang melayu...tetapi realitinya anda boleh melihat sendiri....jadi dimana yang dikatakan racist....
(klik gambar untuk lihat lebih jelas)
Malah pada hamba yang paling racist adalah DAP sendiri...kenapa??? lihat sahaja di Pulau Pinang...Lihat senarai Exco yang dilantik mentadbir negeri Pulau Pinang....Dikatakan sebuah negeri yang dibentuk atas faktor Pakatan DAP, PAS dan PKR...tetapi dimana YB PAS yang menang kerusi ADUN di Pulau Pinang...Malahan di Pulau Pinang sendiri DEB telah dihapuskan...siapa yang menerima padah akibat tender dilakukan secara terbuka...bukankah kontraktor melayu yang berlesen kecil ini menerima akibatnya...Malah peruntukan untuk agama islam sebagaimana dalam perlembagaan juga telah dinafikan haknya....Jika sebelum ini Parti Gerakan yang mentadbir Pulau Pinang adakah kontraktor melayu menerima akibat daripada perlaksanaan DEB??? Adakah peruntukkan oleh kerajaan untuk agama islam dinafikan haknya???
Di Selangor yang majoritinya adalah penduduk beragama islam...mengapa tidak ada satu usul pun menyatakan ingin menambah bilangan masjid di Selangor...kenapa yang diusulkan adalah Gereja terbesar di Asia... Dan bila mana Perdana Menteri memperuntukkan dana untuk pembinaan masjid maka bangun si YB Parlimen DAP ini mempersoalkan peruntukkan pembinaan 611 buah masjid diantara tahun 2000-2008...Kenapa hendak dipersoalkan peruntukkan tersebut????
Untuk makluman semua...peruntukkan 611 buah masjid tersebut juga termasuk di Negeri Kelantan kerana Nik Aziz sendiri mengakui sepanjang tempoh 18 tahun memerintah usaha untuk pembinaan masjid diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan pusat...maksudnya selama ini rakyat Kelantan yang sibuk memperjuangkan PAS dan beribadat di Masjid yang didirikan oleh Kerajaan Pusat...Hasil kerajaan negeri buat apa???? buat apa lagi jika bukan menghasilkan projek mega patung terbesar....
Habis persoalannya...dimana dikatakan kerajaan pemerintah sekarang ini racist...silalah nyatakan wahai mereka yang menyokong DAP dan PKR serta PAS...

1 comment:

anak melayu said...

jangan sampai kami orang melayu menghantar anda bangsa yang tidak mengenang budi balik ke negara asal anda. Bakal terjadi dan anda harus berhati-hati setiap perkataan yang terpacul dari mulut anda semua. Terima kasih.