RAKAN PEJUANG

03 December 2010

JANGAN LAH EKSTREM SANGAT......

Tolak politik kebencian, ekstremisme – PM

Najib Tun Razak menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) 2010 Ke-6 di Istana Keamanan, Phnom penh, semalam. – bernama

PHNOM PENH 2 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru parti-parti politik Asia untuk menyertai Malaysia dalam gerakan global untuk kesederhanaan dan menolak sama sekali politik kebencian serta sebarang jenis ekstremisme.
Perdana Menteri menegaskan, ia penting kerana Asia yang sedang pesat berkembang ekonominya, tidak mampu menghadapi sebarang gangguan dan kemusnahan diakibatkan oleh ekstremisme dan keganasan yang menjadikan dunia sebagai tebusan.
Sambil menegaskan tentang pentingnya parti-parti terbabit mengelak sepenuhnya daripada menggunakan pendekatan ekstrem, beliau berkata:
“Sebagai anggota keluarga Asia, kita mempunyai kepentingan masing-masing untuk memastikan rantau ini bebas dan selamat daripada ideologi yang mendukung konflik, kemusnahan, perpecahan dan permusuhan.
“Kesederhanaan mestilah menjadi suara yang dominan, manakala kerjasama dan rundingan hendaklah sentiasa menjadi pilihan serta menolak permusuhan dan konfrontasi.
“Isu sebenarnya bukan antara Islam dan bukan Islam tetapi antara kesederhanaan dan ekstremisme dalam pelbagai kepercayaan sama ada Islam, Kristian, Judaisme, Hindu dan lainnya,” katanya.
Beliau menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Persidangan Antarabangsa Parti-Parti Politik Asia (ICAPP) Keenam di sini hari ini.
Perhimpunan itu dirasmikan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan dihadiri lebih 317 pemimpin parti politik dari 51 negara Asia dan Oceania.
ISLAM JUGA MENGGALAKKAN KESEDERHANAAN. UCAPAN DS NAJIB TUN RAZAK INI JELAS MENUNJUKKAN KEBIMBANGAN BELIAU TERHADAP KELOMPOK EKTREMIS YANG BANYAK MEMBAWA KEPADA PETAKA KEPADA NEGARA DAN RAKYAT. LIHAT DI MANA-MANA SAHAJA DI NEGARA INI, KUMPULAN EKTREMIS INI TELAH MENGORBANKAN NYAWA YANG BUKAN SEDIKIT BILANGANNYA.

BEGITU JUGA DI NEGARA INI YANG TERDAPAT SEGELINTIR INDIVIDU PEMIMPIN DAN PENGIKUT PARTI POLITIK YANG SANGAT TAKSUB KEPADA POLITIK SEHINGGA MENJADIKAN MEREKA LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG. KETAKSUBAN INI MENYEBABKAN ADA DI ANTARA MEREKA YANG SANGGUP MAKI HAMUN DAN MENCERCA UMAT ISLAM DI NEGARA DENGAN SEKONYONG-KONYONGNYA. TANPA MEMPEDULLIKAN HALAL DAN HARAM, DOSA DAN KEMURKAAN ALLAH, PUAK EKTREMIS INI TERUS-TERUSAN MENJADIKAN AGAMA DAN BANGSA SEBAGAI ALAT UNTUK MENGHALALKAN CACI MAKI MEREKA PADA ORANG LAIN. YANG SEDIHNYA ADALAH CACI MAKI INI DIKHUSUSKAN KEPADA ORANG ISLAM SENDIRI. SILA BACA PENULISAN BLOG PEWARIS NEGARA BERKENAAN PERKARA INI.

TEGURAN DS NAJIB INI SANGAT BERTEPATAN DENGAN SENARIO MASA KINI YANG BERLAKU DI NEGARA KITA. CARA POLITIK YANG DIPENUHI DENGAN CACIAN, MAKIAN, FITNAH DAN BAHASA KASAR INI DIBIMBANGI MENJADI BUDAYA DALAM MASYARAKAT DAN AKAN MEMBENTUK GENERASI KURANG AJAR. 

SAYANGILAH NEGARA KITA, CINTAILAH AGAMA KITA, KASIHILAH GENERASI KITA! APA YANG KITA LAKUKAN HARI INI AKAN MEMBERI IMPLIKASI PADA GENERASI AKAN DATANG. BERHEMAHLAH SEBAGAI ORANG TIMUR DAN BERADABLAH SEBAGAI ORANG BERIMAN. 

DS NAJIB TIDAK PERNAH GENTAR PADA PEMBANGKANG KERANA BELIAU SEDANG MEMBAWA NEGARA KE LALUAN SEBENAR UNTUK KEBAIKAN DAN KESENANGAN GENERASI AKAN DATANG.

2 comments:

The Unspinners Kembali said...

Nak link kami kasi, takkan tak link balik .... sombong betul you ni :)

anak sufi said...

oh ya ke? rasanya macam dah ada...sorry sahabat.